Sang helang tidak pernah bimbang akan kehadiran sang pipit dan burung yang lain. Sang pipit dan yang lain pula tidak pernah berasa perlu untuk menjadi sang helang.
Kembara Bahasa
27 Mac 2013
Wednesday, March 27, 2013
Tuesday, March 26, 2013
Tazkirah kepada diri: Kasihanilah si burung
Kasihanilah burung yang terkurung dalam sangkar. Haknya untuk bebas terbang menikmati mayapada yang disediakan Allah telah ternafi. Aduhai manusia!
Kembara Bahasa
26 Mac 2013
Kembara Bahasa
26 Mac 2013
Monday, March 25, 2013
Tazkirah kepada diri: Intan dan kaca masing-masing berguna
Intan dan kaca masing-masing ada gunanya. Setinggi-tinggi nilainya, intan tidak dapat dijadikan cermin wajah.
Kembara Bahasa
25 Mac 2013
Kembara Bahasa
25 Mac 2013
Thursday, March 21, 2013
Puisi "Biarkan Air Itu Mengalir"
Biarkan Air itu Mengalir
Air itu
akan tetap mengalir
di muka tanah
meskipun diempang
sungai, parit dan longkang
kerana mengalir itu tabii air
Air itu
akan tetap mengalir
meresap
lalu menjadi mata air
berkuasa menggeser lapisan bumi
sekali sekala membawa petaka
atau bertakung
membentuk danau
berpusar dalam
lingkungan
Air itu
akan tetap mengalir
akhirnya membentuk laut dan samudera
mengisi fitrah alam
penyumbang sebahagian kehidupan
dengan ada kalanya
bisa membentuk tsunami
yang memberikan pengajaran
Kembara Bahasa
21 Mac 2013/8 Jamadil Awal 1434
Air itu
akan tetap mengalir
di muka tanah
meskipun diempang
sungai, parit dan longkang
kerana mengalir itu tabii air
Air itu
akan tetap mengalir
meresap
lalu menjadi mata air
berkuasa menggeser lapisan bumi
sekali sekala membawa petaka
atau bertakung
membentuk danau
berpusar dalam
lingkungan
Air itu
akan tetap mengalir
akhirnya membentuk laut dan samudera
mengisi fitrah alam
penyumbang sebahagian kehidupan
dengan ada kalanya
bisa membentuk tsunami
yang memberikan pengajaran
Kembara Bahasa
21 Mac 2013/8 Jamadil Awal 1434
Wednesday, March 20, 2013
Puisi "Pertemuan di Denai Kehidupan"
Pertemuan di denai kehidupan
Pertemuan di denai kehidupan
yang tiada dirancang itu
ialah takdir-Nya semata-mata
Adakah itu nikmat atau ujian
di luar pertimbangan
dan kesanggupan akal
memutuskannya
Yang melandasinya
keredhaan Ilahi belaka
atas apa-apa pun kesudahan
pada-Nya terletak segala urusan
dan keputusan
Mudah-mudahan
tidak berakhir pertemuan
dengan pemakaman keikhlasan
kerana lahir permulaannya
ialah kesediaan berkorban
Kembara Bahasa
20 Mac 2013/8 Jamadil Awal 1434
Pertemuan di denai kehidupan
yang tiada dirancang itu
ialah takdir-Nya semata-mata
Adakah itu nikmat atau ujian
di luar pertimbangan
dan kesanggupan akal
memutuskannya
Yang melandasinya
keredhaan Ilahi belaka
atas apa-apa pun kesudahan
pada-Nya terletak segala urusan
dan keputusan
Mudah-mudahan
tidak berakhir pertemuan
dengan pemakaman keikhlasan
kerana lahir permulaannya
ialah kesediaan berkorban
Kembara Bahasa
20 Mac 2013/8 Jamadil Awal 1434
Tuesday, March 19, 2013
Puisi "Perjalanan untuk Diteruskan"
Perjalanan untuk Diteruskan
Sudah begitu jauh kita melangkah rupanya
sehingga kita tidak mungkin berundur semula
Telah banyak ikrar dan janji yang terlafaz
atas keyakinan
yang terbina daripada harapan
meskipun kadangkala dalam kabut samar
Sesekali keraguan menerpa
mendatangkan syak
atas kemungkinan terowong
tanpa cahaya di hujungnya
atas kemungkinan badai
yang mengaramkan kolek
Dengan tekad yang nekad
teguhkan janji kepada diri
janji kepada teman sejati
untuk melanjutkan perjalanan
yang entah di mana dan bila hujungnya
kerana perjuangan
memang tidak menjanjikan kemanisan di hujungnya
Cukuplah menikmati kemanisan kala melaksanakannya.
Kembara Bahasa
19 Mac 2013
Putrajaya
Sudah begitu jauh kita melangkah rupanya
sehingga kita tidak mungkin berundur semula
Telah banyak ikrar dan janji yang terlafaz
atas keyakinan
yang terbina daripada harapan
meskipun kadangkala dalam kabut samar
Sesekali keraguan menerpa
mendatangkan syak
atas kemungkinan terowong
tanpa cahaya di hujungnya
atas kemungkinan badai
yang mengaramkan kolek
Dengan tekad yang nekad
teguhkan janji kepada diri
janji kepada teman sejati
untuk melanjutkan perjalanan
yang entah di mana dan bila hujungnya
kerana perjuangan
memang tidak menjanjikan kemanisan di hujungnya
Cukuplah menikmati kemanisan kala melaksanakannya.
Kembara Bahasa
19 Mac 2013
Putrajaya
Monday, March 18, 2013
Tazkirah kepada diri: Luasnya nikmat Allah untuk diperkongsikan
Angkasa raya tidak pernah sesak dan kekurangan ruang untuk lebih daripada seekor sang rajawali menikmati alam.
Kembara Bahasa
19 Mac 2013/7 Jamadil Awal 1434
Kembara Bahasa
19 Mac 2013/7 Jamadil Awal 1434
Sunday, March 17, 2013
Puisi "Catatan Malam"
Catatan malam
Hadirku bukan untuk memberitahumu
bahawa daku lebih tahu
bukan untuk menyerlahkan keunggulan
bukan untuk memerikan kehebatan
Daku sekadar makhluk yang nasia
dengan segala kekurangan
dan segala kedaifan
Daku sekadar melunaskan amanah
menggalas tanggungjawab kepada ummah
menurut ketetapan risalah
Ayuh kita mantapkan fikrah
kita perjuangkan hak yang sah
kita punahkan nafsu berbalah
kita betulkan niat yang salah
kita tuju mercu madhatillah
Sanggupkah dikau saksikan
martabat terbilang kian menghilang
persatuan berganti perpecahan
kesatuan akidah beransur lemah
kecendekiaan lebur dimamah akal yang tak subur
kebijaksanaan terperosok dik penggila kuasa yang kemaruk
Masa tidak akan menunggu lama
sedang kita masih terus leka
dengan perbalahan yang sia-sia
dengan dendam kesumat yang tak terselia
dengan amarah yang merajalela
Masanya kian singkat
Ayuh kita bulatkan tekad
mengembalikan ummah bermartabat.
Kembara Bahasa
17 Mac 2013/6 Jamadil Awal 1434
Hadirku bukan untuk memberitahumu
bahawa daku lebih tahu
bukan untuk menyerlahkan keunggulan
bukan untuk memerikan kehebatan
Daku sekadar makhluk yang nasia
dengan segala kekurangan
dan segala kedaifan
Daku sekadar melunaskan amanah
menggalas tanggungjawab kepada ummah
menurut ketetapan risalah
Ayuh kita mantapkan fikrah
kita perjuangkan hak yang sah
kita punahkan nafsu berbalah
kita betulkan niat yang salah
kita tuju mercu madhatillah
Sanggupkah dikau saksikan
martabat terbilang kian menghilang
persatuan berganti perpecahan
kesatuan akidah beransur lemah
kecendekiaan lebur dimamah akal yang tak subur
kebijaksanaan terperosok dik penggila kuasa yang kemaruk
Masa tidak akan menunggu lama
sedang kita masih terus leka
dengan perbalahan yang sia-sia
dengan dendam kesumat yang tak terselia
dengan amarah yang merajalela
Masanya kian singkat
Ayuh kita bulatkan tekad
mengembalikan ummah bermartabat.
Kembara Bahasa
17 Mac 2013/6 Jamadil Awal 1434
Thursday, March 14, 2013
Tazkirah kepada diri: Manisnya melaksanakan perjuangan
Tiada janji kemanisan di hujung perjuangan, namun kemanisan melaksanakan perjuangan itu cukuplah menjadi dorongan.
Kembara Bahasa
14 Mac 2013
Pulau Pinang
Kembara Bahasa
14 Mac 2013
Pulau Pinang
Tuesday, March 12, 2013
Puisi "Bayang-bayang Bukan Diriku"
Bayang-bayang Bukan Diriku
Kukira
bayang-bayang
meskipun bukan realiti diri
tetap milikku
Rupa-rupanya
bayang-bayang
bisa terpisah
dari diri
membawa haluannya sendiri
Apabila mentari mula istirahat
senja menggiliri saatnya
dan bulan menyimpan sinarnya
maka lenyap sudah bayang-bayang
aku kembali memperhatikan diri
itulah realiti
Kembara Bahasa
12 Mac 2013
Kukira
bayang-bayang
meskipun bukan realiti diri
tetap milikku
Rupa-rupanya
bayang-bayang
bisa terpisah
dari diri
membawa haluannya sendiri
Apabila mentari mula istirahat
senja menggiliri saatnya
dan bulan menyimpan sinarnya
maka lenyap sudah bayang-bayang
aku kembali memperhatikan diri
itulah realiti
Kembara Bahasa
12 Mac 2013
Saturday, March 9, 2013
Tazkirah kepada diri: Umpan memancing hati
Pancinglah hati dengan umpan pengertian, bukan umpan kebencian atau kemarahan.
Kembara Bahasa
9 Mac 2013
Kembara Bahasa
9 Mac 2013
Friday, March 8, 2013
Tazkirah kepada diri: Menjaga perkataan
Tazkirah kepada diri:
Usah kauhunus keris wacanamu dengan perkataan yang membunuh kedamaian.
Usah kautusuk jantung hati saudara dan sahabatmu dengan kerambit bergerigi hasad.
Usah kaulukai perasaan mereka dengan ketajaman lidah dan penamu yang berdakwatkan fasad.
Kembara Bahasa
9 Mac 2013
Usah kauhunus keris wacanamu dengan perkataan yang membunuh kedamaian.
Usah kautusuk jantung hati saudara dan sahabatmu dengan kerambit bergerigi hasad.
Usah kaulukai perasaan mereka dengan ketajaman lidah dan penamu yang berdakwatkan fasad.
Kembara Bahasa
9 Mac 2013
Wednesday, March 6, 2013
Renungan ruhaniyah: Rindu menghiasi kamar cinta
Seorang sahabat berperi, "Rindu menghiasi kamar cinta". Kamar cinta kepada Pencipta yang agung seluas samudera tidak bertepi. Kata penyair Amir Hamzah, "Aku rindu rasa, rindu rupa".
Kembara Bahasa
7 Mac 2013
Kembara Bahasa
7 Mac 2013
Tazkirah Diri: Perkataan Biar Bertimbangkan Akal
Perkataan yang bertimbangkan akal laksana bayu yang berhembus lembut dan memberikan bekas kepada kedamaian jiwa. Sebaliknya perkataan yang bertimbangkan perasaan melulu ibarat badai yang menderu dan mengocak kedamaian sukma.
Kembara Bahasa
6 Mac 2013
Kembara Bahasa
6 Mac 2013
Sunday, March 3, 2013
Tazkirah kepada diri: Mengendalikan hati dan rasa
Tazkirah kepada diri: Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Betapa benarnya kata hikmat ungkapan zaman-berzaman itu. Soalnya bagaimana hati dan rasa dikendalikan dengan sewajarnya.
Kembara Bahasa
4 Mac 2013
Kembara Bahasa
4 Mac 2013
Karya kanak-kanak Malaysia menang anugerah di Korea
Berita daripada Sdr. Yusof Gajah Gajah dari Pulau Nami, Korea tentang karya yang dicalonkan oleh DBP untuk pertandingan karya kanak-kanak:
Salam Dr,
Peserta dari Malaysia Jainal Amambing menang Green Island Award menerima sijil dan hadiah USD 1000.00. Jainal hanya kalah beberapa mata untuk hadiah kedua. Katalog pameran akan siap sebelum mereka pergi ke Bologna dan di sana nanti MrKang akan umumkan pertandingan kedua. Sesi penjurian sungguh rancak dan sengit sehingga kami bingung nak pilih juara dan akhirnya peserta dari Korea menjadi juara diikuti dari German dan Iran.43 negara, 619 penyertaan lebih 4600 karya yang ikut kali ini.
Juri terdiri dari Anastasia Arkhipova Russia, Zohreh Ghaeni Iran, Byung-ho Han Korea, Roger Mello Brazil, Wee-sook Yea Korea, Jungko Yokata USA dan Yusof Gajah Malaysia.
Kembara Bahasa
3 Mac 2013
Salam Dr,
Peserta dari Malaysia Jainal Amambing menang Green Island Award menerima sijil dan hadiah USD 1000.00. Jainal hanya kalah beberapa mata untuk hadiah kedua. Katalog pameran akan siap sebelum mereka pergi ke Bologna dan di sana nanti MrKang akan umumkan pertandingan kedua. Sesi penjurian sungguh rancak dan sengit sehingga kami bingung nak pilih juara dan akhirnya peserta dari Korea menjadi juara diikuti dari German dan Iran.43 negara, 619 penyertaan lebih 4600 karya yang ikut kali ini.
Juri terdiri dari Anastasia Arkhipova Russia, Zohreh Ghaeni Iran, Byung-ho Han Korea, Roger Mello Brazil, Wee-sook Yea Korea, Jungko Yokata USA dan Yusof Gajah Malaysia.
Kembara Bahasa
3 Mac 2013
Saturday, March 2, 2013
Puisi "Pasir Salak, Darah Menggelegak"
Semalaman di Pasir Salak
segera mengingatkan daku
akan kebiadaban penjarah dagang
mengadudombakan Sultan Ismail dan Sultan Abdullah
demi kuasa dan serakahnya nafsu penjajah
juga mudahnya si gila kuasa Melayu
tunduk menyerah kerana mendapat kedudukan secara mudah
Tuah mujur Pasir Salak
memiliki pahlawan watan waras fikiran
tiada rela tuan dan ketuanan diketepikan
dirampas oleh si durjana residen
Datuk Maharajalela, Datuk Sagor, Pandak Indut
syahid di tali gantung
demi membela hak dan maruah watan
Amarah pejuang kehormatan
mengajar penjajah erti adab dan hak
Keangkuhan dan keserakahan residen JWW Birch
berakhir dengan melayangnya jiwa
di tangan Si Puntum pengikut setia Datuk Maharajalela
Semalaman di Pasir Salak
menyebabkan darahku menggelegak
mengingat biadabnya penjajah
memporak-perandakan negara
dan kedunguan penguasa bangsa
menilai kaca dan permata
untuk laba yang mendatangkan bencana
Pasir Salak
semoga dikau mengajar waris bangsa
menjadi bijaksana
dan sentiasa waspada.
Kembara Bahasa
3 Mac 2013
segera mengingatkan daku
akan kebiadaban penjarah dagang
mengadudombakan Sultan Ismail dan Sultan Abdullah
demi kuasa dan serakahnya nafsu penjajah
juga mudahnya si gila kuasa Melayu
tunduk menyerah kerana mendapat kedudukan secara mudah
Tuah mujur Pasir Salak
memiliki pahlawan watan waras fikiran
tiada rela tuan dan ketuanan diketepikan
dirampas oleh si durjana residen
Datuk Maharajalela, Datuk Sagor, Pandak Indut
syahid di tali gantung
demi membela hak dan maruah watan
Amarah pejuang kehormatan
mengajar penjajah erti adab dan hak
Keangkuhan dan keserakahan residen JWW Birch
berakhir dengan melayangnya jiwa
di tangan Si Puntum pengikut setia Datuk Maharajalela
Semalaman di Pasir Salak
menyebabkan darahku menggelegak
mengingat biadabnya penjajah
memporak-perandakan negara
dan kedunguan penguasa bangsa
menilai kaca dan permata
untuk laba yang mendatangkan bencana
Pasir Salak
semoga dikau mengajar waris bangsa
menjadi bijaksana
dan sentiasa waspada.
Kembara Bahasa
3 Mac 2013
Puisi "Titis-titis Hujan Malam"
Titis-titis Hujan Malam
Titis-titis hujan malam
persis gemersik suaramu
yang berbisik tentang kehidupan
tentang masa hadapan
tentang tantangan dan kekangan
serta seribu halangan
Titis-titis hujan itu
persis suara batinmu
yang berbicara tentang kedamaian
tentang keinsafan
tentang kesetiaan
dan sesekali tentang kekeliruan
Kitalah yang diberi amanah
mempelajari makna
segala impian harapan dan cabaran
lalu meletakkannya pada sisi yang tepat
dalam renungan akal sihat
dan bantuan makrifat
untuk mengangkat kesatuan dan paduan hati
ke singgahsana kedamaian dan ketenangan hakiki
seperti seruan Ilahi dan Nabi
Ya, Rabbi. Kedamaian dan perdamaian itu tuntutan-Mu.
Satukanlah hati kami
Seperti titis-titis hujan itu
akhirnya terhimpun di tasik
memaknai kedamaian.
Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa
Pasir Salak, Perak
3 Mac 2013
Titis-titis hujan malam
persis gemersik suaramu
yang berbisik tentang kehidupan
tentang masa hadapan
tentang tantangan dan kekangan
serta seribu halangan
Titis-titis hujan itu
persis suara batinmu
yang berbicara tentang kedamaian
tentang keinsafan
tentang kesetiaan
dan sesekali tentang kekeliruan
Kitalah yang diberi amanah
mempelajari makna
segala impian harapan dan cabaran
lalu meletakkannya pada sisi yang tepat
dalam renungan akal sihat
dan bantuan makrifat
untuk mengangkat kesatuan dan paduan hati
ke singgahsana kedamaian dan ketenangan hakiki
seperti seruan Ilahi dan Nabi
Ya, Rabbi. Kedamaian dan perdamaian itu tuntutan-Mu.
Satukanlah hati kami
Seperti titis-titis hujan itu
akhirnya terhimpun di tasik
memaknai kedamaian.
Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa
Pasir Salak, Perak
3 Mac 2013