tag:blogger.com,1999:blog-35176983332184597792024-02-23T18:02:38.912-08:00Kembara BahasaAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/01039727005585033965noreply@blogger.comBlogger650125tag:blogger.com,1999:blog-3517698333218459779.post-53855628855155734002014-05-10T23:07:00.003-07:002014-05-10T23:07:55.006-07:00Kenangan Silam: LempengKenangan silam:

Hujan lebat dengan keadaan perut agak kosong membuka seleraku makan lewat petang, kali ini hidangan lempeng dengan sambal sotong dan kuah dal. Masih kuingat di kampung dahulu bagaimana pada waktu tertentu apabila tidak kecukupan beras ibuku menyediakan lempeng sebagai ganti nasi, berlauk sambal ikan bilis. Kini ketika kemampuan tidak menjadi masalah, kegemaran makan lempeng berterusan dalam kalangan adik-beradikku. Semasa bertugas di Beijing dahulu pun sesekali lempeng menjadi makanan rujiku.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/01039727005585033965noreply@blogger.com81tag:blogger.com,1999:blog-3517698333218459779.post-89928265568059366262014-05-10T23:04:00.002-07:002014-05-10T23:04:22.433-07:00Tazkirah kepada Diri: Penghargaan Tidak Perlu Diundang

Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa

7hb Mei

Kalau diri berharga dan ada harga diri, insya-Allah penghargaan akan bertandang tanpa perlu diundang.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/01039727005585033965noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-3517698333218459779.post-81182060811917583102014-05-10T23:00:00.001-07:002014-05-10T23:00:16.225-07:00Tazkirah kepada Diri: Perihal Semut dan GulaWahai, semut! Memang tabiimu menyukai gula sehingga diungkapkan oleh pujangga lama "Di mana ada gula di situ ada semut". Namun berpada-padalah usah sampai terjadi "Mati semut kerana gula".

10 Mei 2014Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/01039727005585033965noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-3517698333218459779.post-28787687635920694712014-05-10T22:54:00.002-07:002014-05-10T22:54:20.353-07:00Puisi "Pada Remang Senja"Pada remang senja

daku kembali

setelah mewacanakan

peneguhan budaya dan jati diri umat Nusantara di kota Padang.

Semoga umatku seluruhnya

di Nusantara raya

berada dalam saf yang sama untuk mendukung cita-cita luhur itu.

Bangkitlah

kerana bangsa lain tidak pernah alpa

daripada upaya pemerkasaan peradabannya.

Lingkaran Tengah II

8 Mei 2014Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/01039727005585033965noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-3517698333218459779.post-79312958907219047102014-05-10T22:45:00.001-07:002014-05-10T22:47:02.977-07:00Madah Karyawan Yassin Salleh yang MengharukanMadah karyawan Yassin Salleh yang mengharukan:

Doa kami mengiringmu duhai Adinda Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa. Kami akan sentiasa bersama dalam perjuangan yang Adinda julang. Adinda genggam tangkai lentera dan kami akan menyokongnya dengan andang terpegang dalam barisan pawai keramat. Semoga bangsa Melayu akan kembali berpaling melihat DBP sebagai Rumah Gadang di kota yang menang, Salam sirih pinang.

Di Facebook Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa

9 Mei 2014Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/01039727005585033965noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-3517698333218459779.post-29454852120139018512014-05-10T22:40:00.001-07:002014-05-10T22:40:37.720-07:00Kenangan Silam: KompanganAntara kesenian yang subur di kampung dahulu termasuklah kompang. Hampir setiap malam ada permainan kompang (orang Jawa menyebutnya "kompangan") di rumah penduduk kampung, sama ada pada waktu biasa mahupun kerana ada kenduri kahwin. Irama pukulan kompang beramai-ramai dengan seorang pemimpin dan biasanya dibantu oleh pemukul jidur (gendang besar) sungguh segar, apatah dengan iringan selawat Nabi. Biasanya satu sesi pukulan kompang berdasarkan satu bab kitab selawat dan berterusan hingga satu atau dua jam. Rumah asal keluargaku di Parit Bilal, Rambah biasa menjadi pusat tempat permainan kompang dan kulihat ayahandaku biasa juga memimpin permainan kompang. Kini sesekali aku pulang ke kampung tiada lagi kegiatan itu. Kompang hanya dapat didengar di majlis perkahwinan, malah kadang-kadang dengan menggunakan CD.

10 Mei 2014Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/01039727005585033965noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-3517698333218459779.post-43035315101157533382014-05-10T22:37:00.003-07:002014-05-10T22:37:32.981-07:00Puisi "Isyarat dan Ibrah"Senja yang suram

bukan untuk disesali

kerana setiap kejadian

ada ibrah dan isyarat-Nya

9 Mei 2014Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/01039727005585033965noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3517698333218459779.post-51834722022174806982014-05-10T22:32:00.002-07:002014-05-10T22:32:40.489-07:00Pada-Nya Sempurna IlmuSetiap daun yang gugur

setiap debu yang diterbangkan angin

setiap bibit yang bercambah

setiap akar yang menjalar

sekalian planet di cakerawala

segala gerak bani Adam

segala gerak margasatwa

setiap gerak makhluk ghaib

adalah dalam ilmu-Nya

Maka usahlah ada yang mendabik dada

berilmu sempurna

muktamad wibawa

Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa

10 Mei 2014Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/01039727005585033965noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3517698333218459779.post-52705739735232120852014-05-10T22:29:00.001-07:002014-05-10T22:29:30.088-07:00Puisi "Dikau Kami"Dikau Kami

Kalau bukan dikau

yang dianugerahkan Tuhan

menjadi insan yang melahirkan

tiga belas jiwa kami sekalian

menjadi pembentuk sahsiah

dan acuan keperibadian

mengajar kami erti kehidupan

mengasuh kami erti kebenaran

membentuk kami tekal dalam kecekalan

melalui denai kepayahan

mengorbankan kesenangan untuk kami mencicip kebahagiaan

Siapatah kami tanpamu ibu

Siapatah kami tanpa restumu

Siapatah kami tanpa doamu

Siapatah kami tanpa redhamu

Siapatah kami tanpa keampunanmu

Tiada akan setara khidmat kami

Tiada akan sama belaian kami

Tiada akan lunas hutang kami

walaupun seluruh alam kami berikan kepadamu

Syukurku

Rinduku

Syahduku

Sayuku

tiada akan putus

Munajatku

Dia yang rahman menerimamu

dan menyediakan kasur bahagia

tempat istirahatmu di alam sana

Allahumma amin ya Allah.

Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa

11 Mei 2014Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/01039727005585033965noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3517698333218459779.post-31320743596685703942014-04-12T09:48:00.001-07:002014-04-12T09:48:25.949-07:00Puisi "Tazkirah kepada Diri"

Tazkirah kepada Diri

Wahai diri

silap perasaanmu itu

kala dikau merasakan

dirimu sudah di mercu puncak

lalu berasa puas

tiada bukit untuk kaudaki lagi

tiada denai untuk kaurentas lagi

kerana perjalananmu

dan perjuanganmu

bukan berakhir di situ

Dikau belum sebenarnya

sampai di puncak makna

mujahadahmu masih belum sempurna

belum tiba di makam mahmudah

terumbang-ambing di samudera

ganas bergelora

sesekali dikau menang

tetapi tidak jarang dikau kecundang

Maka usah kaulayan perasaan

dan bisikan

bahawa dirimu telah diapung awan-gemawan

dalam keselesaan

sedang cabaran dan jaminan

untuk diterima ke pangkuan

di alam kebenaran

yang abadi belum ketentuan

Usah dikau alpa dan terpesona

oleh puji dan puja

yang dizahirkan manusia

kerana justeru yang tepat mengira

segala amalmu hanya Dia

entah diterima entah sia-sia

meskipun tampak zahir kerja mulia.

Wahai diri

persiapkan bekalan

untuk perjalanan

ke puncak kehidupan

nan sebenar pada hari kesudahan

Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa

6 April 2014Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/01039727005585033965noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3517698333218459779.post-66775404395274282262014-04-11T23:58:00.001-07:002014-04-11T23:58:16.426-07:00Puisi "Atas Nama Kesabaran"Atas nama kesabaran

dan harapan

akan adanya perubahan

sesudah ikhtiar yang panjang

dan tawakal yang tidak berselang

pujuk sahaja kerongkongan

menelan dakwaan

tohmahan dan sindiran

semoga akhirnya muncul kemanisan

hasil perjuangan

untuk cicipan

Allahaumma amin

Lahaulawala quwataillabillah

7 April 2014Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/01039727005585033965noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3517698333218459779.post-69483037911096094462014-04-11T23:33:00.002-07:002014-04-11T23:33:58.637-07:00Tazkirah kepada Diri: Sabar membawa kemenanganWahai diri, pada saat dikau merasakan dirimu alah oleh sesuatu keadaan, dikau sebenarnya menang apabila dikau dapat sabar menghadapi keadaan itu!

Jumaat 11 April 2014Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/01039727005585033965noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3517698333218459779.post-61137808035263834942014-04-11T23:31:00.003-07:002014-04-11T23:31:57.208-07:00Tazkirah kepada Diri: apabila rembulan tidak bersinar

Apabila rembulan tidak bersinar, suluhlah malam yang gelap pekat dengan makrifat.

Jumaat 11 April 2014

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/01039727005585033965noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3517698333218459779.post-54346942523514678072014-04-11T23:26:00.003-07:002014-04-11T23:26:46.925-07:00Puisi "Gurindam Dinihari"Gurindam Dinihari

Orang bersuara tentang yang hak

kaupersenda sambil tertawa terbahak-bahak

Orang berbicara tentang maruah bangsa

kaucebik bibir konon mengada-ada

Orang bercakap tentang nasib generasi muda

kausediakan hiburan melampau penyebab lagha

Orang memperjuangkan budaya dan jati diri

kauhina konon ketinggalan dalam era globalisasi

Orang menegaskan pentingnya budi bahasa dipugar

kauanjurkan pekerti perlunya kurang ajar

Orang bermuafakat mencari berkat

kau berseteru mengikut hati yang karat

Orang lain maju dengan persaingan ekonomi yang sihat

kau berbuat onar dengan pukau dan khurafat

Orang mengoptimumkan masa dengan bekerja

kau leka dengan fitnah dan adu domba

Orang mengukuhkan ukhuwah dan persahabatan

kaupecahbelahkan menurut hasutan syaitan

Orang lain membina rangkaian bangsa besar

kau berebut warisan kebudayaan

yang dahulunya milik bersama tersebar

Ayuhai taulan berhentilah berperi laku dan berfikiran sendat

bagai ikan keli dalam tempayan yang saling menyengat

Berpeganglah pada tali Allah dan sunah Nabi yang berkat

selamat di dunia selamat di akhirat

Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa

2 pagi 10 April 2014Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/01039727005585033965noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3517698333218459779.post-89092037199315481622014-04-11T23:21:00.002-07:002014-04-11T23:21:45.545-07:00Puisi "Sejahteralah Dikau"Kutitipkan doa

jika masih ada hayatmu

sejahteralah dikau

biar di mana dikau berada

jika takdirnya dikau telah kembali

ke pangkuan-Nya

sejahteralah jua

di bawah payungan rahmat-Nya

8 April 2014Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/01039727005585033965noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3517698333218459779.post-66356928900104624042014-04-11T23:17:00.003-07:002014-04-11T23:17:55.610-07:00Puisi "Menaruh Harapan"Menaruh Harapan

MH370

aku rindu rupa

aku rindu rasa

kerana dikau yang setia

untuk sekian lama

membelah angkasa

menaupkan dua negara

dalam persetiaan berdasawarsa

Tetap kunanti dikau kembali

meskipun mungkin tidak di alam realiti

di alam ruhani kerinduanku terpenuhi

Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa

7 April 2014Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/01039727005585033965noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3517698333218459779.post-4171304761016026902014-04-11T23:14:00.001-07:002014-04-11T23:14:14.964-07:00Puisi "Ladamg Warisan"Ladang Warisan

Apatah pilihan yang ada

Ladang nan diamanahkan

tanahnya kian kehilangan baja

sebahagiannya gersang merekah

keras separa batu tidak gembur

pepohon tidak cukup rimbun lagi

kehijauan dedaunnya bertukar kekuningan

Lamun ladang perlu terus diusahakan

kerana itulah satu-satunya

sumber penakatan kehidupan

untuk generasi kini dan mendatang

Mudah-mudahan ladang akan subur semula

dibajak dan dibaja dengan kudrat yang ada

untuk penerusan bibit disemai

tunas menjadi pucuk dan dedaun menghijau

bebunga mekar semula

buah-buahan ranum untuk nikmat semua

Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa

5 April 2014Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/01039727005585033965noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3517698333218459779.post-41585130975005960852014-04-11T23:10:00.003-07:002014-04-11T23:10:33.532-07:00Puisi " Bara dalam Dada"Dalam dada ada bara

lamun bukan untuk bersengketa

onak dan duri di sepanjang jalan melata

akan kutempuh hingga ke hujung sana

29 Mac 2014Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/01039727005585033965noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3517698333218459779.post-26133198395190533942014-04-03T17:53:00.002-07:002014-04-03T17:53:32.818-07:00Imbasan KenanganImbasan kenangan:

Pada malam begini pada suatu waktu dahulu, hamba meniarap menyelesaikan kerja rumah dan mengulang kaji pelajaran, berbantukan cahaya lampu cimni yang suram. Di sisi hamba, ibunda sambil tersengguk-sengguk kerana keletihan bekerja sepanjang hari menemani hamba meskipun tidak hamba pinta. Ya, Allah rahmatilah ibundaku.

3 April 2014Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/01039727005585033965noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3517698333218459779.post-50112586151810118722014-04-03T17:32:00.001-07:002014-04-03T17:32:08.387-07:00Puisi "Kembali Seorang Diri"Kembali Seorang Diri

(Iringan doa untuk sahabatku Allahyarhamhu Sahlan Mohd. Saman)

Dikau kembali

sorang diri

tidak diketahui

oleh anak dan isteri

dalam kehidupan yang sunyi

dalam pencarian rezeki

Jasadmu disemadikan

pada larut malam

di daerah dikau lama berbakti

setelah melalui perjalanan yang panjang

dari Negeri Di Bawah Bayu

Bersemadilah

Beristirahatlah

daripada ujian

dan permainan

dalam kehidupan

yang sementara

dalam naungan rahmat-Nya

di alam peralihan barzakh

untuk ke alam abadi

Dikau kembali

seorang diri

memang demikian janji

dan ketetapan Ilahi

setiap diri

dikau dan kami

kembali seorang diri

menemui pemilik yang hakiki

Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa

2 April 2014Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/01039727005585033965noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3517698333218459779.post-22667807021298601932014-04-03T17:25:00.004-07:002014-04-03T17:25:45.813-07:00Puisi "Mencari Dalil"Mencari Dalil

(Renungan sesudah syarahan di IPGM Sultan Abdul Halim, Sungai Petani)

Mengapatah

dikau masih mencari-cari dalil

untuk keyakinan yang jazam

akan anugerah Tuhan

kepada umat pilihan

dengan kurnia iman

ilmu dan ihsan

peradaban insan

berlunaskan risalah al-Rahman

yang membentuk jiwa kesatuan

merentas kabilah ratusan

di persisiran, daratan dan kepulauan

dengan ulama, pujangga dan pemuka kawakan

pencetus dan pemugar sistem kehidupan

dalam manca lapangan

pemerintahan, ilmu, perdagangan

penggerak nadi peradaban insan

di paksi alam ketimuran

terpateri dalam sejarah persuratan

Lalu dalil apatah lagi

yang dikau cari

untuk meyakinkan diri

bahawa kita mewarisi tamadun bestari

sejak zaman bahari

melampaui dua alaf di muka bumi

yang kini perlu kita pugar rapi

dalam menyongsong alaf penuh duri dan api

untuk memaknai peribadi sejati

Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa

Kangar

3 April 2014Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/01039727005585033965noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3517698333218459779.post-83292550868889746162014-03-28T04:03:00.001-07:002014-03-28T04:03:28.630-07:00Puisi "Takluk Takdir II"Takluk Takdir II

Seandainya demikian

dikau dan semua yang kaubawa

berakhir sejarah dan hayatnya

di Lautan Hindi yang bergelora

dan penuh rahsia

bukan di tanah laluan jalan sutera

sebagaimana asalnya terencana

maka siapatah yang dapat atau perlu

menafikan suratan takdir-Nya

Hanya Dia yang maha tahu

isyarat dan ibrar di balik peristiwa

tidak terjangkau oleh manusia yang menduga-duga

biarpun pelbagai telahan dan andaian

dizahirkan menurut akal fikiran

Ya, Rabbi

Takdir ketentuan-Mu mengatasi segalanya

teknologi canggih reka cipta makhluk manusia

radar primer dan radar sekunder

kawalan berkala dari menara

pakar penerbangan dan aeroangkasa

takluk oleh kuasa yang esa

Insaflah kami

dan mengakulah kami

tiada daya dan upaya kami

melainkan dengan izin dan bantuan-Mu

dan tidak sama sekali kami ingkari

qada' dan qadar-Mu

melainkan tunduk patuh

meredai suratan takdir-Mu

Semoga waris dan kerabat

penumpang dan petugas MH 370

menerima suratan dengan sabar

kerana apabila telah sampai janji

tiada sesaat lebih awal dan lewat semua pasti kembali

kepada-Nya yang wujud azali abadi

Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa

24 Mac 2014Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/01039727005585033965noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3517698333218459779.post-66814764453098480782014-03-28T03:55:00.003-07:002014-03-28T03:55:04.566-07:00Puisi "Teka-teki"Teka-teki

Teka-teki

lumrah kehidupan insan

justeru demikianlah sifat ciptaan

dengan sejumlah kekuatan dan banyaknya kelemahan

Akal bisa memandu

namun akal juga bisa menjadikan insan keliru

Padukan akal dengan naqal

Padukan ilmu dengan wahyu

Padukan ikhtiar dengan tawakal

nescaya payungan rahmah dan barakah

daripada pemilik ilmu yang tiada batas

yang tiada teka-teki bagi-Nya

bisa melindungi diri daripada sifat gegabah

bisa menghindarkan diri daripada resah gelisah

mendidik diri tunduk pasrah

berharap dan berserah

kepada perencana yang tidak pernah salah

Maha suci Allah

Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa

22 Mac 2014Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/01039727005585033965noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3517698333218459779.post-11788095090456810112014-03-18T22:12:00.000-07:002014-03-18T22:12:33.387-07:00Puisi "Kuteruskan Munajat"

Kuteruskan Munajat

Biarpun detik waktu berlalu

dan dikau masih dalam simpanan rahsia-Nya

tidak ketahuan keberadaanmu

sedang kaum kerabat dan sahabat handai

terus berharap

semua insan yang menyertaimu

selamat dan afiat

daku tetap bermunajat

memohon berkat dan syafaat

ke hadrat-Mu yang memiliki kudrat dan iradat

semoga semua akan ditemukan

dalam keselamatan dan kesejahteraan

untuk didakap oleh waris dan taulan

dengan penuh kesyukuran

Seandainya Dia masih akan menguji

kesediaan dan kesabaran

sekalian yang menanti dan yang dinanti

maka berikanlah kekuatan dan keimanan yang jazam

bahawa betapa pun kedukaan

tidak terperikan

dan keperitan tidak terbendungkan

ketetapan-Mu adalah pasti

dan kami tiada memiliki daya upaya

melainkan dengan izin dan bantuan-Mu

Allahumma ya Allah

tiadalah kuasa dan tempat pergantungan lain selain-Mu

Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa

Maghrib 18 Mac 2014

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/01039727005585033965noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3517698333218459779.post-61518751450367003722014-03-18T22:10:00.000-07:002014-03-18T22:10:42.885-07:00Puisi "Tiada Kalau Apabila Tiba Saatnya"

Tiada Kalau Apabila Tiba Saatnya

Terlalu banyak berkalau

dalam kehidupan di dunia

Masih kuingat semasa di bangku sekolah

arahan guru kepada murid

menulis karangan tentang "Kalau saya menjadi itu dan ini."

Maka muncul berbagai-bagai kalau

Kehidupan dewasa pun masih banyak kalau

"Kalau aku kaya...."

"Kalau aku berjaya...."

"Kalau aku itu dan ini."

Terlalu banyak kalau

sehingga cita menjadi melampau

angan-angan tidak terjangkau

kehidupan menjadi kacau

ada kalanya menyebabkan sasau

Ketentuan Ilahi pun disyaratkan berkalau

Tiada kalau apabila tiba saatnya

Janji Dia adalah pasti

Tiada yang dapat lari

Tiada yang mampu menghindari

Semua akan dijemput-Nya kembali

ke alam yang abadi

Ketika itu hanya ada satu kalau

Beroleh sakinah kalau diredai-Nya

Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa

1 pagi 17 Mac 2014

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/01039727005585033965noreply@blogger.com0