Debar sedar 
akan tahun baharu yang bertandang
tiadalah sama
dengan debar sedar 
akan segala salah dan silapku sebagai pedagang
di bumi-Mu ini.
Dalam sedar
meninggalkan tahun yang dahulu
dan meniti tahun yang baharu
kupohon maghfirah-Mu 
atas segala nanar dan sasarnya daku
seraya kupohon rahmat-Mu 
akan tuntunan ke jalan nan lurus.
Semoga segala gerak hati
dan segala gerak jasmani
tetap dalam naungan taufik-Mu
tetap dalam kalungan redha-Mu
~Kembara Bahasa~
31 Disember 2011/7 Safar 1433
 
No comments:
Post a Comment