Saturday, May 19, 2012


Satu Episod dalam Pertemuan Meja Bulat Kajian Semula Sistem Pendidikan Kebangsaan, 19 Mei 2012 di Memorial Tun Hussein Onn:

Hairan sungguh hamba apabila seorang profesional Melayu berhujah bahawa kita tidak sesuai mengikuti jejak bangsa-bangsa besar dalam penggunaan bahasa kebangsaan untuk kemajuan bangsa kerana kononnya sejarah kita masih amat baru. Sanggahannya itu berkaitan dengan seruan saya agar para pemimpin kita mengikut jrjak negara-negara maju sedunia yang menggunakan bahasa kebangsaan mereka dalam proses memajukan negara.

Apabila dijelaskan bahawa dalam zaman Sriwijaya pada abad 7 bahasa Melayu telah menjadi bahasa tamadun tinggi dan kemudian menanjak dalam zaman kesultanan Melayu, sehingga Valentijn menyamakan taraf bahasa Melayu dengan taraf bahasa Latin dan Perancis pada abad yang sama, iaitu abad 16, terbayang keraguan pada wajahnya.

Malah menurut sumber sejarah China, tamadun Melayu telah wujud sebelum tahun Masihi lagi apabila dicatay hubungan China dengan negeri-negeri di alam Melayu.Memang wajar sejarah dijadikan mata pelajaran wajib.


Suka · · Kongsi · 4 jam yang lalu berhampiran Kuala Lumpur ·
AbdRahman Mohamed, Norliza Abu Bakar, Zana Ahmad dan 82 yang lain menyukainya.
Dikongsi 3 kali

Mohd Faizal Profesional Melayu yang tidak profesional
4 jam yang lalu · Suka · 2

Haris Zuan malangnya sejarah diajar di sekolah hanya sejarah elit politik pemerintah. Sejarah sosial, apatah lagi sejarah kebudayaan bangsa tidak ditekankan dengan bersungguh.
4 jam yang lalu · Tak Suka · 4

Aseef Alwee Begitu naif sekali? Inilah akibatnya apabila minda terlalu berpaksikan Barat!
4 jam yang lalu melalui mudah alih · Suka

Amir Wijaya Patutnya sejarah kegemilangan bahasa Melayu tu semua diajar dalam mata pelajaran BAHASA MELAYU sendiri sejak sekolah rendah dan disambung ke peringkat menengah. Masukkan terus dalam sukatan pelajaran. Sekarang ni pelajar2 TIDAK diajar tentang sejarah bahasa Melayu secara mendalam, KECUALI mereka yg mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu di Tingkatan 6.
4 jam yang lalu · Tak Suka · 6

Amir Wijaya Dalam mata pelajaran Sejarah pun, mana ada diceritakan tentang sejarah bahasa Melayu dengan mendalam? Tidak ada, selain dinyatakan bahawa bahasa Melayu memainkan peranan sebagai lingua franca pada zaman kerajaan Melayu Melaka dalam 2-3 ayat daripada keseluruhan buku teks. Itu saja. Dengan hanya menjadikan Sejarah mata pelajaran wajib, masalah ini tidak akan selesai. Sukatan pelajaran Sejarah kita sendiri memang banyak kekurangannya. Seperti kata Haris Zuan, yg banyak ditekankan ialah "sejarah elit politik pemerintah", bukan keagungan tamadun bangsa Melayu.
4 jam yang lalu · Suka

Merrylnnda Anne org mcm 2 memang buta sejarah...soriee jika pandangan dr org muda mcm saya d pertikaikan..tp kenyataannya menurut sejarah yg sebenarnya sejarah d tanah melayu telah d putar belitkan beberapa faktanya oleh pihak barat dan ada beberapa fakta yg sebena mseh berada d dlm simpanan mereka hingga sekarang...itulaa propaganda org barat..mereka bukan sepenohnya ingin meninggalkan tanah kitaa...tidak menghairankan jika satu hari nanti kita akan dijajah semula...opss terlebih2 pulak~~~~..maaffff.............
4 jam yang lalu · Suka

Amir Wijaya Bayangkanlah daripada begitu ramai pengguna bahasa Melayu di negara ni, tak sampai 0.0x% (x = angka isi sendiri) pun yg tahu kewujudan batu bersurat Kedukan Bukit atau teks Melayu 'Aqaid Al-Nasafi. Sudahlah tak ramai yg hendak masuk Tingkatan 6, yg masuk Tingkatan 6 pula bukan semuanya wajib ambil Bahasa Melayu, kerana mata pelajaran wajib ialah PENGAJIAN AM, BUKAN Bahasa Melayu, sedangkan Bahasa Melayu Tingkatan 6lah satu2nya mata pelajaran di negara ini yg mengajar sejarah bahasa Melayu.
4 jam yang lalu · Suka
Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa Ralat:Pada abad 16
4 jam yang lalu · Suka
Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa Sukatan pelajaran sejarah dan pendekatan pengajarannya perlu diorientasikan semula, terutama untuk penghayatan, bulan pengetahuan fakta.
4 jam yang lalu · Suka · 2

Chegu Fakta Auta sokong 100%
3 jam yang lalu · Suka

Ahmad Sarju Saya yakin bukan seorang seperti yang Tuan sebutkan itu.Ada ramai lagi yang fikiran mereka dijajah dan masih memandang sepi hingga ke hari serta memperlekehkan keupayaan Bahasa Melayu mampu menjadi salah satu bahasa ilmu di dunia ini.Buktinya tokoh sukan,tokoh kewangan,tokoh pentadbiran malahan media masaan sendiri masih tidak yakin kepada Bahasa Melayu.Namun demikian perjuangan memartabatkan Melayu tetap akan terus diperjuangkan kerana bahasa adalah maruah bangsa bagi mempastikan bangsa Melayu tidak akan hilang di dunia.
3 jam yang lalu · Tak Suka · 4

Chegu Fakta Auta Bahasa Melayu adalah Bahasa Pemasaran no 1 di Malaysia
3 jam yang lalu · Suka

Amir Wijaya Masalah tidak yakin kepada bahasa peribumi sendiri turut melanda India, Filipina, Singapura, negara2 Afrika...paling teruk di Filipina rasanya. Krisis jiwa.
3 jam yang lalu · Tak Suka · 1

Moktar Mohd Nuri Adakah perlu sistem pendidikan kita dihalusi semula?. Nampak seperti ada yang kurang mantap ataupun pelaksananya yang kurang mantap.
3 jam yang lalu · Suka

Muhamat AbdRahman Jangan lupa bahawa kita bukan bangsa warisan revolusi. Kemerdekaan kita bukan oleh pejuang yang cinta bahasa sendiri seperti bangsa lain. Tetapi kita tetap bersyukur kerana di era kemerdekaan kita di salut dengan sistem pendidikan yang tetap mahu kepada acuan sendiri. Perlahan-perlahan dan mungkin bukan di zaman kita ini, Bahasa Melayu akan kembali ke persadanya apabila barisan pemimpin generasi baru kita akan meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa negara sesuai dengan jati diri negara Malaysia yang berlatar melayu dan nusantara.
3 jam yang lalu · Tak Suka · 1

Amir Wijaya Bila kita mengkritik sistem pendidikan kita, maka akan ada beberapa suara sumbang lagi jahil yg berkata "sistem pendidikan kita kan dah cukup baik, anak2 kita tidak pun diajar untuk menjadi penyamun atau perompak, nak ubah apa lagi". Ramai drpd kita, ialah "herd of idiots", yg hanya tahu menelan dan menerima segala2nya yg disumbat oleh kuasawan@kapitalis.
3 jam yang lalu · Tak Suka · 2

Zulkifli Hamid memang buat sakit hati bincang dengan orang yang tak dak jati diri dan lebih banggakan bahasa lain.....lalu saya buat cerita bodoh saja dengan mereka ni..."bulan lepas saya pi london..dari pemandu teksi...cuci tandas.. cuci longkang..angkut sampah...buka pintu hotel..jaga hotel...dan semua tu ...depa ni semua speaking english.... dari kecik sampai mati...tak pulak jadi saintis mcm yg hangpa kata tu !!!!
3 jam yang lalu · Tak Suka · 1

Jamal Iskandar Bin Ismail KBMM: Bukanlah dinamakan rakyat negara jika tidak tahu akan sejarah bangsa negaranya. Prof. Naquib mewajibkan sejarah dipelajari. Setuju akan saranan Prof agar mata pelajaran Sejarah diwajibkan dipelajari.
3 jam yang lalu melalui mudah alih · Tak Suka · 1

Ramlee Wahab Kalau dapat saya berjumpa denggan 'manusia' tersebut, alangkah seronoknya...!
3 jam yang lalu · Suka

Amran Ibrahim Rashidi MOHON KONGSI ya Prof akan catatan hebat Prof ini.
3 jam yang lalu · Tak Suka · 1

Cikgu Mohamad Musip Memang banyak profesional Melayu yang berpendirian dan bersikap "lupa daratan" setelah berjaya dalam kerjaya masing-masing. Benar, mata pelajaran Sejarah patut dijadikan mata pelajaran wajib atau mata pelajaran teras untuk memasakkan kesedaran terhadap jati diri bangsa.

Pada masa yang sama, saya juga terkilan apabila dua orang pemimpin atasan kita tampak suka berucap dalam bahasa Inggeris meskipun khalayak mereka ialah rakyat Malaysia. Apakah perlunya mereka berucap dalam bahasa Inggeris sedangkan yang mendengar ucapan itu warganegara Malaysia?
3 jam yang lalu · Tak Suka · 1

Yusuf Muhammad Itulah sikap sebilangan profesional Melayu kita, terlalu dibelenggu oleh bahasa Inggeris sehingga minda terus terjajah. Semoga Bahasa Melayu akan menjadi salah satu bahasa dunia. Saya menyokong penuh perjuangan Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa.
2 jam yang lalu · Tak Suka · 1

Cik Ros Kesiannya, orang berkenaan buta sejarah...
2 jam yang lalu · Tak Suka · 1

Rose Disember Seharusnya Bahasa Pusaka ibunda tercinta~ Bahasa Melayu ~ dibajai agar tambah teguh berdiri, bukan dipandang sepi tidak dihormati oleh bangsa sendiri. Siapa lagi kalau bukan kita sendiri yang mesti menjaga identiti ini. Bukankah bahasa itu adalah jiwa bangsa?
2 jam yang lalu · Tak Suka · 2
Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa Kanda Ahmad Sarju: Keadaan itu terjadi dalam pertemuan meja bulat kajian semula sistem pendidikan negara anjuran sebuah badan bukan kerajaan dan dihadiri oleh wakil80 badan. Di luar pertemuan itu memang banyak lagi watak seumpama itu. Bagaimanapun perjuangan kita terusKan dan penerangan kita perluas supaya kian banyak yang faham.
lebih kurang sejam yang lalu · Suka · 1

Cikgu Mohamad Musip Jika saya berada dalam majlis itu, saya sendiri sanggup menyelar insan yang sedemikian walaupun saya bukanlah tokoh atau personaliti penting. Setelah 54 tahun merdeka, masih ada insan yang masih menggilai bahasa Lord Mounbatten...
lebih kurang sejam yang lalu · Suka

Badr HMan Berpeluang berjumpa dgn bangsa2 lain,mengembara ke beberapa negara.Membuat saya bertambah teguh, bahawa bahasa Melayu mmg boleh menjadi bahasa Ilmu. Ilmu ialah pemahaman, bahasa memudahkannya.
59 minit yang lalu melalui mudah alih · Tak Suka · 1
Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa Sebagai pembentanG undangan, tanggungjawab saya menjelaskan isu itu tadi. Syukur beberapa tokoh yang hadir, terutama Datuk Kamaruddin Kachar, cukup vokal membantah anggapan bahawa Melayu itu sejarahnya konon agak baru. Begitu juga Datuk Dr. Ramlah Adam selaku pengerusi sesi.
57 minit yang lalu · Suka

Ruby Redzuan tidak keterlaluan jika kita sebut sebagai 'sengal'...
51 minit yang lalu melalui mudah alih · Suka

Aminuddin Mohamed KB: Mengapa di US sejarah USA tu wajib dipelajari oleh pelajar disana sdgk sejarah USA masih terlalu muda jika dibandingkan dgn sejarah bangsa melayu.Ianyatidak lai utk mewujudkan jati didri didlam sesuatu umat.Polisi pendidikan "flip flop" Malaysia ini menjadikan masyarakat kita tiada jati diri.Natijahnya dunia entah keman,akhirat pun entah kemana.Pendapat ahli professiional berkenaan adalah lumrah dikalangan umat melayu ni
36 minit yang lalu · Tak Suka · 1

Rose Disember Apa-apa pun didoakan semoga nanti Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa dan lain-lain akan berjaya juga menjernihkan isu ini dan mampu membuat sebilangan profesional yang tidak profesional itu jangan menganggap mudah dan memandang rendah bahasa kita. Pencerahan tentang isu ini harapnya berterusan supaya mereka benar-benar sedar jangan bersikap seperti melepaskan batuk di tangga sahaja bila sampai kepada isu bahasa. Saya amat menyokong perjuangan tuan.
30 minit yang lalu · Tak Suka · 2

Zaiton Ismail Sejarah Tahun 4 bakal diwajahkan..sesiapa yang ingin jadi calon penulis, sila sahut tawaran pelawaan di akhbar perdana hari minggu ini.
19 minit yang lalu · Suka

AbdRahman Mohamed Inilah dia jenis manusia Melayu yang meruntuhkan semula kegembilangan Bahasa Melayu.
..
5 minit yang lalu melalui mudah alih · Suka

2 comments:

  1. Teruskan berjuang Prof, masih ada golongan2 professional yang faham akan perjuangan Bahasa Melayu.
    Kebanyakan mereka yang sudah pun berputus asa sebenarnya tewas dengan desakan ekonomi antarabangsa yang menekan Bahasa Inggeris di rantau ini.

    Kebangkitan ekonomi negara Cina akan sedikit sebanyak melemahkan penggunaan Bahasa Inggeris dengan kepentingan Bahasa Mandarin, tetapi bangsa Melayu akhirnya akan tersedar dari lamunan yang mereka hanya boleh mencipta tamadun dengan bahasa sendiri.

    Yang saya khuatir adalah jika kita sendiri yang diwakili oleh pemimpin, ahli akademik dan golongan professional berputus asa dengan Bahasa Melayu. Kita telah mengorbankan tulisan Jawi kita dengan suka rela.

    Kerana umur saya yang masih muda, jka dikurniakan umur yang panjang, saya mungkin sempat melihat negara Cina dan India kembali menegakkan tamadun mereka yang juga telah lama tidur. Ketika itu, orang Melayu sendiri yang akan terpaksa belajar bahasa Mandarin dan kemungkinannya Hindi atas alasan yang sama Bahasa Inggeris dipaksa-paksa pada hari ini.

    Harapan saya ketika itu hanyalah pada Indonesia yang pada saya gigih memartabatkan Bahasa Indonesia sejak awal merdeka lagi. Mungkin pada ketika itu, orang Melayu di Malaysia terpaksa ke Indonesia untuk mendalami Bahasa Melayu.

    Saya cadangkan ada badan yang menyeragam dan menyatukan Bahasa Melayu di Malaysia, Indonesia dan Brunei. Kerajaan bagi negara-negara terbabit harus ketepikan perbezaan politik dan mengutamakan masa depan identiti alam Melayu.

    Biar putih tulang jangan sekali-kali putih mata.

    ReplyDelete
  2. Salam. Terima kasih atas kekentalan semangat juang sdr. Saya mengharapkan lebih banyak orang muda yang bangkit dan menyuarakan jati diri bangsa. Tentang kerjasama serantau, telah ada Majlis Bahada Brunei Darussakam-Indonesia-Malaysia yang sejak 1972 menyelaraskan ejaan dan istilah, dan sejak beberapa tahun lalu meluaskan kerjasama dalam bidang penyelidikan, penerbitan dan pemupukan/kegiatan.

    ReplyDelete