Thursday, June 7, 2012

Bahasa nikmat besar daripada Allah

Alangkah besarnya nikmat Allah kepada manusia dengan pengurniaan bahasa, sehingga dapat fikiran dan perasaan dizahirkan melalui kata-kata dan dapat pula sesuatu yang ditanggap oleh pancaindera dan akal diolah menjadi rumusan yang tersimpan dalam himpunan akal budi manusia dalam bentuk bahasa (teori, formula, rumus, prinsip dsb). Sayangnya ada orang yang meremehkan bahasa manakala sebahagian yang lain pula menyalahgunakan bahasa dalam bentuk fitnah, nistaan, umpatan dan adu domba. Memang manusia sebahagiannya tidak bersyukur, malah kufur nikmat.
4Suka · · Berhenti Ikut · Kongsi
Mahdi Abas, Mastura Nordin, Khairaniy Tawa'a dan 76 yang lain menyukainya.

Subari Ahmad amin, syukur ya Allah
Semalam pada pukul 12.36 pagi · Tak Suka · 1

Cikgu Mohamad Musip Tuan, memang elok dikumpulkan data "Bahasa dalam kemelut mempertahankan dan merampas kuasa" pada ketika ini.
Semalam pada pukul 12.42 pagi · Tak Suka · 1

Abu Bakar Surin Amat bersetuju dengan pemikiran KBMM. Bahasa menunjukkan bangsa. Bahasa yang baik lahir daripada bangsa yang tinggi peradabannya. Justeru, wujudlah laras bahasa yang tentunya dapat membezakan hiraki penuturnya sama ada daripada kalangan berilmu atau pun gelandangan.
Semalam pada pukul 2.29 pagi · Tak Suka · 1

Aman Iska Sukarno dapat guna Bahasa Melayu utk Nusantara Melayu? Tak gitu Pak? Dengan sesawang cyber ni? Apa bisa kita menyatu ummah MelayuIslam seantaro dunia Pak? Banyak kerja bahasa melayu lagi dlm menyampai tepat maksud bahasa AlQuran kpd umat Muslim yg maseh tak faham....BM
Semalam pada pukul 4.30 pagi · Tak Suka · 1

Aman Iska Siapa merampas kuasa Melayu? Harus diingat budaya MelayuIslam yg boleh agung keakhir zaman! Banding kan dengan budaya China? budaya India? Jepun Korea
Semalam pada pukul 4.36 pagi · Suka

Aman Iska Majoriti penutur BM tak pakai tie pun? Budaya Melayu tegak sendiri di pandang lemah bagi mrk China dan India? Amcmno nak pimpin atau perentah melaun ni sume? Meluaskan BM tu...
Semalam pada pukul 4.42 pagi · Suka

Jamal Iskandar Bin Ismail Bersyukur pada nikmat bahasa kurniaan Allah.
Semalam pada pukul 4.48 pagi melalui mudah alih · Tak Suka · 1

Aman Iska Dlm fb dan cyber ari ni nak guna short form BM cecegubal penggunaannya? Berjelejele BM. ?.xsesuai le...mahal msj tak sampai mcm peluru?
23 jam yang lalu · Suka

Aman Iska Ujud kan terengkas BM utk cyberwar ni!
23 jam yang lalu · Suka

Badr HMan Nikmat bahasa dan bangsa ini diungkap didlm alquran...
22 jam yang lalu melalui mudah alih · Tak Suka · 1

Rogayah Hamid ‎"Tiada kata secantik bahasa ,nak ku puji adinda"....
20 jam yang lalu melalui mudah alih · Suka

Aman Iska Baik sekali budi bahasa orang Melayu. Melayu berkait rapat dengan Islam nya.
19 jam yang lalu · Suka

Badr HMan bangs lain pun baik budinya. sama seperti rajin, tekun, berdisiplin, amanah, ia bukan milik bangs a jepun atau german saja. ia milik semula bangsa...
19 jam yang lalu melalui mudah alih · Suka

Hj Alti Dari paras wajah sahaja, insya-Allah kita boleh terkesan akan seseorang, kiranya paksi kimia diambil kira. Memang kurang tepat, tetapi itulah di antara pilihan yang ada. Demikian juga bahasa yang dilafazkan, orang boleh memahami kita (menilai) samada kita berlawak atau sebaliknya.
17 jam yang lalu · Suka

Hj Alti Tidak kira siapa dan di mana, asalkan mereka mendukung mertabat Bahasa Melayu seperti yang seharusnya, kita harus meraikannya serta berlapang dada. Ibarat dulunya gadis sunti, sekarang sudah waktunya puteri serta wanita kita (BM) itu ke per...
Lihat seterusnya..
17 jam yang lalu · Suka

Aman Iska Sungguh x berbahasa BM di fb gini dan gitu?
15 jam yang lalu · Suka

Aman Iska BM pasar utk pasaran glokal...dronas musuh islam dri israel, usa & uk tu? Kite paham! Msuh xpham!
15 jam yang lalu · Suka



Kembara Bahasa
8 Jun 2012

No comments:

Post a Comment