Wednesday, October 31, 2012
Perihal Ungkapan "Mengaku Tidak Bersalah" dalam Bahasa Undang-undang
Pertanyaan:
Adakah ayat pembaca berita TV3, "Pemandu lori itu mengaku tidak bersalah di mahkamah" betul semantiknya. Pada kebiasaan, perkataan "mengaku" membawa maksud jika seseorang mengaku, bermakna dia bersalah.
- Aina
Penjelasan:
Demikianlah sisi semantik dalam laras bahasa undang-undang, kerana dalam proses penghakiman, pertama sekali orang yang dituduh, sesudah pertuduhan dibacakan kepadanya, diminta membuat pengakuan bersalah atau tidak bersalah. Proses penghakiman seterusnya bergantung pada bentuk pengakuan, sama ada "mengaku bersalah" atau "mengaku tidak bersalah" (yang dalam bahasa biasa dinyatakan sebagai "tidak mengaku bersalah").
Kembara Bahasa
1 November 2012
Assalamualaikum
ReplyDelete1. Adakah perkataan 'pohon' bermaksud pokok sahaja atau membawa maksud memohon atau meminta. Betul tak ayat 'Kemaafan saya pohon daripada beliau.'
2. Dalam penulisan surat rasmi perkataan 'jemput' dalam ayat 'Kami berbesar hati untuk menjemput tuan ke majlis...'.Adakah perkataan menjemput itu perlu ditukarkan kepada mengundang?
Sekian, terima kasih.
Waalaikumussalam
ReplyDelete1. Kata "pohon" ada dua makna, iaitu 'pokok' dan juga 'pinta/minta'. Sila baca buku saya "Tuntunan Bahasa" yang membincangkan perihal penggunaan kata.
2. Elok digunakan kata "mengundang" kerana "menjemput" makna adalnya ialah 'mengambil', walaupun dalam penggunaan masyarakst umum kedua-duanya dianggap sama. Di Indonesia, perbedaan makna kedua-dua patah kata itu masih tegas dijaga.
Wallahu a'lam.