Saturday, November 17, 2012

Jambi pusat Kerajaan Sriwijaya?

Pada hari ini insya-Allah sesudah bersarapan di rumah Rektor IAIN Sultan Thaha Saifuddin, pemakalah dan peserta Persidangan Merajut Peradaban Melayu Asia Tenggara dibawa ke daerah yang dikatakan pusat kerajaan Sriwijaya (abad 7-13 M). Catatan pendeta Buddha dari China yang bermukim selama enam bulan di situ, Yi Jing menyebut ibu kota Sriwijaya sebagai Fosyih.

Hamba berasa begitu teruja kerana selama ini banyak menulis pertumbuhan dan perkembangan gelombang pertama peradaban Melayu yang diwakili oleh peradaban pada zaman Sriwijaya dan kemudian menanjak pada zaman Kesultanan Melayu sebagai gelombang kedua, iaitu sesudah Islam sampai di Kepulauan Melayu. Menurut sumber setempat, Kesultanan Jambi diasaskan oleh orang Turki yang dipercayai ada kaitannya dengan Kerajaan Uthmaniyah - satu lembaran baru maklumat peradaban Melayu.

Persoalan lain yang menjadi fikiran hamba ialah kedudukan Jambi sebagai pusat peradaban pada zaman Sriwijaya selama ini dibayangi oleh catatan sejarah bahawa Palembanglah ibu kota kerajaan itu dan tanda sejarahnya pun diletakkan di situ. Sejumlah sarjana Jambi berpendapat bahawa Sungai Batang Hari, iaitu sungai terpanjang di Sumatera yang terletak di provinsi Jambi itulah laluan yang mengembangkan peradaban Melayu, bukan Sungai Musi di Palembang. Sejarah terbuka untuk dikaji.

Kembara Bahasa
18 November 2012/4 Muhaam 1434

2 comments:

  1. Dari kajian hamba pula Lembah Bama adalah Pusat Tamadun Melayu Silam lebih tua dari Sriwijaya..sila lihat pendapat hamba menentang pendapat tersebut...lihat kronolgi Sriwijaya diabad ke7, Lembah Bama diAbad ke3...lihat juga kajian hamba...Lembah Bama (2009) dan Kajian Seri Rama (2011).TK

    ReplyDelete
  2. Insya-Allah akan dibaca kajian itu. Memang ada kerajaan Melayunyang mungkin lebih tua daripada Sriwijaya, seperti di Kutai, Kalimantan, prasasti yang ditemukan dikatakan ditulis pada abad ke-4. Hanya daripada beberapa kerajaan Melayu tua itu, Sriwijayalah yang mempunyai rekod sebagai kerajaan yang gemilang dan menjadi tanda gelombang pertama kebangkitan kerajaan dan tamadun Melayu. Wallahu a'lam.

    ReplyDelete