Saturday, April 27, 2013

Puisi "Belum Perlu Noktah"

Noktah akhir itu
tidak wajar dikau letakkan
sebelum wacana kita
tentang masa hadapan
selesai kita bicarakan

Insafilah
bahawa sejarah kita sedang ditata
dengan ramuan dan cita
yang tidak pernah terencana
dan terduga
namun kini memerlukan upaya
dan keberanian di luar kerangka biasa
kerana perahu kehidupan itu telah di air
dan pelayarannya tidak akan diundurkan
meskipun destinasinya belum pasti kesampaian

Atas keperluan
menghormati jalan yang dirintis
tidak dikekang dan dihalang
maka dikau tangguhkanlah
meletakkan noktah
pada wacana yang belum usai.

Kembara Bahasa
28 April 2013
Hotel Perkasa, Keningau

No comments:

Post a Comment