PILiHAN RAYA
Pilihan raya
bukan memilih untuk suka-suka
bukan memilih asalkan sesiapa
bukan memilih asalkan kerana mendapat apa-apa
bukan memilih untuk mendapat laba
bukan memilih untuk melempiaskan kecewa
bukan memilih kerana amarah tak terkata
bukan memilih kerana dendam di sukma
bukan memilih kerana terpesona oleh kata-kata
Pilihan raya
masa untuk menilai semua
calon berwibawa atau calon badut bahan bercanda
janji tulus atau janji semu bersifat sementara
wawasan berjejak atau ilusi bersalut gula
pemimpin bergagasan atau yang tandus fikiran tak bermaya
Pilihan raya
menjadikan kita bijaksana
atau terkambus dalam bencana
Kembara Bahasa
Kota Kinabalu
28 April 2013
No comments:
Post a Comment