Monday, August 26, 2013
Isu "Respek Wanita"
Isu slogan atau tema "Respek wanita" bagi sambutan Hari Wanita 2013 telah agak banyak saya kupas pada siaran Fb sejumlah rakan yang menimbulkannya. Ungkapan itu baru satu daripada sekian banyak ungkapan yang diciptakan tanpa rasa peka, cakna dan bertanggungjawab terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa tamadun besar. Usaha memanau, menegur dan bahkan yang lebih "garang" seperti pelaksanaan Audit Bahasa di kementerian dan kerajaan negeri dan Penarafan Bintang di PBT di seluruh negara diyakini ada kesan yang jelas.
Namun seperti pihak berkuasa lain yang mengetatkan pelaksanaan peraturan berhadapan dengan sejumlah manusia yang terus berbuat onar, maka begitulah juga ada sejumlah pihak yang tidak peduli akan usaha kita membina tamadun bermaruah dan bergerak dengan selera dan caranya yang bertentangan. Tawaran dan khidmat yang diberikan untuk perundingan dan khidmat nasihat bahasa tiada ertinya bagi mereka kerana mereka itu pengamal liberalisme dan kononnya dalam kabilah orang moden dan maju, yang tidak berasa bersalah meminggirkan akar dan jati dri serta citra tamadun bangsanya.
Isu seperti "respek wanita" ialah isu taadun, sikap, pemikiran dan pandangan alam yang tidak dapat diselesaikan sekadar dengan menuding jari kepada sesiapa pun. Isu itu gambaran dekonstruktifisme yang kurang disedari atau tidak dianggap salah oleh sebahagian anggota masyarakat. Kta memerlukan agenda besar dan tegas melalui sistem pendidikan dan semua sektor kehidupan di negara ini untuk membina sikap bahasa, tamadun dan pandangan alam yang tepat dengan gagasan pembangunan menurut acuan kita.
27 Ogos 2013
Apa usaha DBP dalam menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu di Sekolah dan di Universiti?
ReplyDeleteSaya rasa selagi Bahasa Melayu tidak digunakan sebagai bahasa untuk berfikir, saya tidak rasa bahasa ini layak dikatakan bahasa keilmuwan.
- Pelajar Luar Negara di Eropah.
Pada saya soalan ini penting kerana, jika memang tiada masa depan untuk penyelidikan Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu, saya tidak rasa ia satu keputusan yang bijak dan rasional untuk saya pulang ke Malaysia apabila asas seperti bahasa tidak disediakan untuk aktiviti-aktiviti saya.
ReplyDeleteSalam. Panjang untuk dijelaskan peranan DBP di sini. Sdr boleh ke laman web dbp.gov.my, prpm.dbp.gov.my, juga ke blog Facebook saya, Awang Sariyan dan Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa. Usah sentiasa ditingkatkan untuk memartabatkan bahasa Melayu. Terbaru DBP menggerakkan penerbitan berpakej untuk 300 bidang ilmu dan sastera kreatif. Prasarana bahasa seperti kamus, istilah, tatabahasa dll telah mantap dan sdr dapat membantu mengembangkan ilmu bidang sdr. Silakan. Jika ada penerbitan dll, hubungi saa di awsr@ahoo.com. Terima kasih.
ReplyDelete