Saturday, July 16, 2011

Puisi: Enjit-enjit Semut


Enjit-enjit Semut

Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas
Ada harta usah bakhil sebelum hilang nafas

Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas
Ada ilmu usah didagangkan minta dibalas

Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas
Ada kuasa usah zalim suka memangkas

Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas
Ada amanah usah khianat mesti digalas

Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas
Ada akal usah tertipu oleh perasaan tak berasas

Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas
Ada niat usah dibuat tetapi tak ikhlas

Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas
Ada hutang usah bertangguh pastikan lunas

Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas
Ada mata usah sembunyikan yang terang jelas

Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas
Ada telinga usah mendengar yang was-was

Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas
Ada mulut usah keluarkan apa-apa yang terlafaz

~Kembara Bahasa~
16 Julai 2011

3 comments:

  1. GURINDAM ENJIT-ENJIT SEMUT
    Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas
    Gila kuasa semua jawatan hendak dikebas

    Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas
    Gila harta semua kemewahan dunia dilibas

    Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas
    Gila judi semua perkara ilham menetas

    Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas
    Gila hutang semua digadai tidak terbatas

    Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas
    Gila perempuan semua gerak laku bagai beluncas

    Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas
    Gila ilmu semua cabang pengetahuan diingat pantas

    Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas
    Gila pidato semua isi perdebatan cepat diulas

    Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas
    Gila bahasa semua bicara mestilah tuntas

    Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas
    Gila bayang semua tindakan sudah tidak waras

    Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas
    Gila melatah semua usikan mulut pun lepas

    Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas
    Gila berniaga semua peluang niaga hendak dirembas

    Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas
    Gila membaca semua bahan bacaan perlu dikelas

    Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas
    Gila menyanyi semua rentak irama perlu dilaras

    Ilham rasa,
    PAUZI MOHD ISA,
    SMJK Choong Hua, 35500 Bidor,Perak DR
    16.7.2011 Sabtu, Jam 11.30 malam

    ReplyDelete
  2. Sdr. Pauzi Mohd. Isa,

    Terima kasih banyak atas sambutan gurindam "Enjit-enjit Semut" dengan peluasan isu. Semoga lagu rakyat tidak sekadar didendangkan untuk hiburan tetapi untuk pendidikan juga.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih prof. Sekadar bersantai. Ada baiknya semua lagu rakyat diangkat dalam karya puisi untuk pendidikan agar tidak ditelan zaman.
    Teruskan berjuang memartabatkan bahasa. Tahniah Prof. Saya cukup berbangga dengan komitmen dan kegigihan Prof menjaja bahasa kita ke China.

    ReplyDelete