Anugerah
Ramadhan penuh barakah
ialah suatu anugerah
Setiap gerak dikira ibadah
dengan 70 gandaan faedah
selama jiwa pasrah
Ramadhan penuh barakah
lapar dahaga bertukar nikmah
insaf akan golongan yang susah
Ramadhan penuh barakah
mengekang lancangnya lidah
menghalang nafsu serakah
Ramadhan penuh barakah
tanda kasih rahmahnya Allah
terbuka ruang berinfak sedekah
Ramadhan penuh barakah
Laitul Qadr istimewanya hadiah
Satu malam bernilai seribu bulan ibadah
Ramadhan penuh barakah
sebulan berada di madrasah
meningkatkan ta`dib dan tarbiyah
Kupohon Kausempurnakan
anugerah itu berkekalan
hingga ruh beralih dari badan
~Kembara Bahasa~
8 Ogos 2011
GURINDAM ANUGERAH RAMADAN
ReplyDeleteAnugerah Ramadhan penuh barakah,
Bulan keberkatan diberi limpah.
Anugerah Ramadhan berpuasa payah,
Menginsafi derita golongan yang susah.
Anugerah Ramadhan bulan ibadah,
Bersolat terawikh lumatkan sejadah.
Anugerah Ramadhan keampunan ditadah,
Bertasbih bermunajat diperkenan Allah.
Anugerah Ramadhan berjihad ziikrullah,
Mengekang amarah bernafsu serakah.
Anugerah Ramadhan al-Quran di lidah,
Amalan harian pahala berkawah.
Anugerah Ramadhan kesabaran fitrah,
Perhiasan nurani nur iman di wajah.
Anugerah Ramadhan ketakwaan berbuah,
Melanggar syariat patahlah ibadah.
Anugerah Ramadhan keberkatan singgah,
Mengelek ibadah insan solehah.
Anugerah Ramadan Laitul Qadr menjengah ,
Sepuluh malam terakhir rahsia Allah.
Anugerah Ramadhan melumur mahmudah ,
Bulan barakah memerangi mazmumah.
Anugerah Ramadhan madrasah ibadah,
Jangan digincah air mahabbah.
Anugerah Ramadhan syaitan rebah,
Perisai keimanan mendakap iffah.
Anugerah Ramadhan perbanyak sedekah,
Eratkan silaturahim perbanyak ziarah.
Anugerah Ramadhan berzakat fitrah,
Membantu fakir berinfak sedekah.
Anugerah Ramadhan menjelajah Raudah ,
Menikmati kelazatan juadah ibadah.
Ilham rasa,
PAUZI MOHD ISA,
SMJK Choong Hua, 35500 Bidor,Perak DR.
8.8.2011 Isnin, 6.00 petang