Bunglon
Bunglon
merah di tanah
hijau di daun
Bunglon
diciptakan Tuhan
menjadi tanda dan iktibar
menjadi kias dan misal
Manusia bunglon
bisa menang sepanjang zaman
kerana angguknya kepada tuan
kendatipun menyanggah iman
Manusia bunglon
bisa mewah sepanjang zaman
kerana sokongannya tiada bandingan
meskipun menyanggah kebenaran
Manusia bunglon
bisa berkuasa sepanjang zaman
kerana pintar membawa badan
meskipun tergadai nilai insan
Lamun di alam akhirah
tiadakan berupaya ia mengubah fitrah
tiadakan berdaya ia mengubah wajah
tiadakan mampu ia berhujah
Bunglon
diciptakan Tuhan
menjadi tanda dan iktibar
menjadi kias dan misal
~Kembara Bahasa~
16 Oktober 2011/18 Zulkaedah 1432
Salam, Prof,
ReplyDeleteMenarik puisi ini. Bunglon mengubah rupa demi keselamatan diri dan kerana itu tidak menjatuhkan martabat diri; Bung Angguk yang menjadi Bunglon dalam puisi Prof jelas tiada harga diri.
Salam, Sdr. Zul,
ReplyDeleteKian banyak muncul 'bunglon' dalam segenap bidang, baik politik, ekonomi, bahasa, pendidikan dan hatta agama!