Thursday, April 19, 2012

Catatan rindu



Delapan purnama telah berlalu sejak kutinggalkan kota Beijing, namun ingatan dan kenangan, malah sesekali kerinduan, masih padu terpahat - kepada teman-teman seperjuangan di BFSU, CRI dan institusi lain yang mengembangkan bahasa Melayu, kepada ahong-ahong (imam), para penggerak risalah Allah di pelbagai provinsi, para pelajar, 'anak-anak Malaysiaku' di Lieu Hao Lou, dan semua kenalan yang memperkaya episod-episod kehidupanku.

Mudah-mudahan ada kesempatan lagi untuk hamba menziarahi saudara seagama yang bertebaran di pelbagai provinsi di negara Jalan Sutera itu. Mudah-mudahan juga bahasa dan persuratan Melayu bertambah mekar di sana.

Kembara Bahasa
20 April 2012

2 comments:

  1. kami pun rindu Ayahanda.rasa sunyi sangat sekarang ni tanpa ayahanda!

    :(

    ReplyDelete
  2. Insya-Allah bertemu di tanah air pada cuti musim panas

    ReplyDelete