Wednesday, May 2, 2012

Buku dan Tamadun


Antara isu yang saya kemukakan semasa melancarkan 48 judul buku baru terbitan Galeri Ilmu di bawah pimpinan Haji Abu Hasan Morad di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012, di PWTC pada 1 Mei 2012:

1. Peranan ilmu amat besar dalam kebangkitan dan penakatan tamadun sedunia, seperti tamadun Yunani, Rumawi, Islam dan bahkan alam Melayu pada zaman kesultanan Melayu.

2. Ilmu bukan milik eksklusif sesuatu golongan. Semua golongan berhak mendapat ilmu dan maklumat. Oleh itu penerbit perlu merancang penerbitan buku dan terbitan lain untuk memenuhi proses pengilmuan masyarakat.

3. Penulis yang benar- benar berjaya ialah yang dapat menyampaikan ilmu dan maklumat kepada seluas mungkin khalayak. Ilmu tidak sewajarnya ditujukan hanya kepada kalangan sarjana dan pelajar. Masyarakat umum, remaja dan kanak-kanak merupakan golongan pembaca yang sama pentingnya dalam pengilmuan masyarakat.

4. Sampai saatnya sesuatu bidang dan aspekmilmu tertentu disebarkan dengan melakukan proses adaptasi untuk memenuhi keperluan pelbagai golongan. Karyanilmiah dapat diubah suainuntuk masyarakat umum, remaja dan kanak- kanak. Peranan penerbit cukup bedar dalam hal ini.

Kembara Bahasa
2 Mei 2012

No comments:

Post a Comment