Selamat berkunjung ke blog Kembara Bahasa. Bahan dalam blog ini boleh dimanfaatkan asal sahaja dinyatakan sebagai sumber rujukan atau petikan. Bagaimanapun Kembara Bahasa tidak bertanggungjawab atas apa-apa jua implikasi undang-undang dan yang lain daripada penggunaan bahan dalam blog ini.



~Kembara Bahasa~

Pendukung Melayu Mahawangsa berteraskan risalah Ilahi




Tuesday, August 23, 2011

Puisi: Teka-teki Tanpa Erti



Teka-teki Tanpa Erti

Teka-teki apatah kiranya yang dikau berikan
sehingga daku tiada pernah mengerti
dan menemukan jawab yang pasti hingga kini

Teka-teki meskipun berkias ibarat
Tersembunyi erti dalam susunan kata yang padat
masih bisa diteka erti yang tersirat

Sungguh tiadalah daku mengerti akan teka-tekimu
yang penuh dengan madah memikat kalbu
namun kemudian terus menjadi kelabu

Sungguh tiadalah daku mengerti akan teka-tekimu
adakah mengandung erti atau sebenarnya lahir daripada akal yang keliru?
adakah kobaran semangat dan janji sejati atau wacana palsu yang semu?

Usah sekali-kali dikau robekkan kepercayaan yang daku berikan.
Usah sekali-kali dikau mungkiri janji yang dikau ikrarkan.
Usah sesekali diaku terus berteka-teki tanpa erti.

~Kembara Bahasa~
24 Ogos 2011/24 Ramadhan 1432

3 comments:

  1. saya faham maksud teka teki tanpa erti. rasa nak nangis..huhu

    ReplyDelete
  2. Anakandaku, Tulus,

    Terima kasih kerana memahami luka hati ayahanda melalui ranjau perjuangan dan berkongsi rasa. Kepada Allah kita memohon bantuan-Nya agar diberi kemudahan dalam perjuangan.

    Selamat beribadah dan selanjutnya Selamat Hari Raya.

    ReplyDelete
  3. GURINDAM TEKA-TEKI TANPA ERTI

    Teka-teki tanpa erti,
    Senario bertali sedang terjadi.

    Teka-teki lama didengari,
    Meskipun kini belum dilunasi.

    Teka-teki tidak dikaji,
    Impaknya kini cemar emosi.

    Teka-teki ditandai sangsi,
    Tertanya-tanya apakah ini?

    Teka-teki tidak diselami ,
    Berlagu pincang di sana-sini.

    Teka-teki disinari janji,
    Melobi hati serata disinggahi.

    Teka-teki tidak dimengerti,
    Hendak disudahi menyeluk guri,

    Teka-teki sangat dikhuatiri,
    Mimpi ngeri di siang hari.

    Teka-teki tidak dirinci,
    Sinar pelangi kabur di hati.

    Teka-teki kononnya mewangi,
    Hendak berkelahi kukenali diri.

    Teka-teki telah dilangkahi,
    Diundur kembali takut dijaki.

    Teka-teki memikat hati,
    Tersembunyi erti jangkaan pasti.

    Teka-teki janji sejati,
    Hendak disukai keliru nubari.

    Teka-teki siapa adili?
    Tegal situasi tanpa erti.

    Teka-teki tanpa erti,
    Sayugia berjanji ada tranformasi.

    Ilham rasa,
    ~PAUZI MOHD ISA~
    SMJK Chioong Hua, 35500 Bidor,Perak DR.
    24.8.2011,Rabu.Jam 7.00 petang.

    ReplyDelete