Selamat berkunjung ke blog Kembara Bahasa. Bahan dalam blog ini boleh dimanfaatkan asal sahaja dinyatakan sebagai sumber rujukan atau petikan. Bagaimanapun Kembara Bahasa tidak bertanggungjawab atas apa-apa jua implikasi undang-undang dan yang lain daripada penggunaan bahan dalam blog ini.



~Kembara Bahasa~

Pendukung Melayu Mahawangsa berteraskan risalah Ilahi




Saturday, February 16, 2013

Puisi "Kepada angin"

Kepada Angin

Kepada angin kita sering berpesan
agar menyampaikan ingatan tulus
penyambung ukhwah
menyampaikan rasa prihatin
dan tidak jarang ehwal kecil sekadar perkongsian

Wahai angin
kauutuslah pesan yang sama
biarpun berulang kali
agar tidak terputus jalinan jiwa
dalam berkongsi rasa
berkongsi cita
suka mahupun duka
agar pengertian yang selama ini bersemi
mekar terus di jambangan sukma bersama
agar tidak sirna dik landaan badai

Kepada angin
teruslah kits saling menyampaikan pesan

Kembara Bahasa
16 Februari 2013, 11.45 malam

No comments:

Post a Comment