Selamat berkunjung ke blog Kembara Bahasa. Bahan dalam blog ini boleh dimanfaatkan asal sahaja dinyatakan sebagai sumber rujukan atau petikan. Bagaimanapun Kembara Bahasa tidak bertanggungjawab atas apa-apa jua implikasi undang-undang dan yang lain daripada penggunaan bahan dalam blog ini.



~Kembara Bahasa~

Pendukung Melayu Mahawangsa berteraskan risalah Ilahi




Saturday, March 2, 2013

Puisi "Titis-titis Hujan Malam"

Titis-titis Hujan Malam

Titis-titis hujan malam
persis gemersik suaramu
yang berbisik tentang kehidupan
tentang masa hadapan
tentang tantangan dan kekangan
serta seribu halangan

Titis-titis hujan itu
persis suara batinmu
yang berbicara tentang kedamaian
tentang keinsafan
tentang kesetiaan
dan sesekali tentang kekeliruan

Kitalah yang diberi amanah
mempelajari makna
segala impian harapan dan cabaran
lalu meletakkannya pada sisi yang tepat
dalam renungan akal sihat
dan bantuan makrifat
untuk mengangkat kesatuan dan paduan hati
ke singgahsana kedamaian dan ketenangan hakiki
seperti seruan Ilahi dan Nabi

Ya, Rabbi. Kedamaian dan perdamaian itu tuntutan-Mu.
Satukanlah hati kami
Seperti titis-titis hujan itu
akhirnya terhimpun di tasik
memaknai kedamaian.

Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa
Pasir Salak, Perak
3 Mac 2013

No comments:

Post a Comment