Selamat berkunjung ke blog Kembara Bahasa. Bahan dalam blog ini boleh dimanfaatkan asal sahaja dinyatakan sebagai sumber rujukan atau petikan. Bagaimanapun Kembara Bahasa tidak bertanggungjawab atas apa-apa jua implikasi undang-undang dan yang lain daripada penggunaan bahan dalam blog ini.
~Kembara Bahasa~
Pendukung Melayu Mahawangsa berteraskan risalah Ilahi
Sunday, November 27, 2011
Antara Kebebasan Bersuara dengan Penjagaan Akhlak
Sering dicatat pada halaman redaksi (editorial) sesebuah terbitan bahawa "sesuatu siaran dalam medianya tidak semestinya mewakili sikap dan pendirian penerbit".
Dengan adanya penyataan itu, sesetengah penerbit atau pengendali media beranggapan bahawa ia seolah-olah terlepas daripada tanggungjawab memastikan bahawa bahan terbitannya tidak berisi fitnah atau dakwaan melulu. Dianggapnya bahawa penulislah yang bertanggungjawab sepenuhnya tentang sesuatu tulisan yang tersiar itu.
Pada hakikatnya penerbit tetap mempunyai saham yang diperhitungkan di akhirat kelak jika menyiarkan tulisan penulis yang berisi fitnah. Demikianlah agama Allah menuntun atau membimbing akhlak hamba-Nya.
Kebebasan bersuara bukan lesen untuk penerbit atau pengendali media bersikap "bebas nilai" dan kononnya tidak berpihak serta menyerahkan perhitungan dan penilaian kepada khalayak. Keadilan bukan bererti sikap dan pendirian tidak berpihak, tetapi sikap berpihak kepada kebenaran. Sesungguhnya amat berat amanah dan tanggungjawab penerbit dan penulis.
~Kembara Bahasa~
27 November 2011/ 1 Muharam 1433
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment