Selamat berkunjung ke blog Kembara Bahasa. Bahan dalam blog ini boleh dimanfaatkan asal sahaja dinyatakan sebagai sumber rujukan atau petikan. Bagaimanapun Kembara Bahasa tidak bertanggungjawab atas apa-apa jua implikasi undang-undang dan yang lain daripada penggunaan bahan dalam blog ini.



~Kembara Bahasa~

Pendukung Melayu Mahawangsa berteraskan risalah Ilahi




Wednesday, November 23, 2011

Mudah-mudahan Benar Tidak Sampai 10% Sekolah yang Masih Melaksanakan PPSMI



Utusan Malaysia ARKIB : 23/11/2011

Kebanyakan sekolah guna bahasa Melayu untuk Sains dan Matematik

23/11/2011 4:48pm

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Kebanyakan sekolah rendah dan menengah kembali menggunakan bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, hanya lima peratus daripada 7,495 jumlah bilik darjah sekolah rendah dan kurang sembilan peratus daripada 21,092 sekolah menengah yang masih menggunakan bahasa Inggeris bagi Sains dan Matematik.

"Meskipun ada pihak yang mempersoalkan tempoh yang begitu panjang terhadap pendekatan ”soft landing” melalui dasar Memartabat Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), hakikatnya kebanyakan sekolah telah pun kembali menggunakan bahasa Melayu.

"Sebelum melaksanakan sepenuhnya dalam bahasa Melayu bagi kedua-dua mata pelajaran itu, kita gunakan pendekatan ”soft landing” di mana tempoh bagi sekolah rendah sehingga 2016 manakala sekolah menengah sehingga 2021,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) mengenai pihak yang masih ingin mengekalkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). - Bernama


~Kembara Bahasa~
24 November 2011/28 Zulhijjah 1432

No comments:

Post a Comment