Selamat berkunjung ke blog Kembara Bahasa. Bahan dalam blog ini boleh dimanfaatkan asal sahaja dinyatakan sebagai sumber rujukan atau petikan. Bagaimanapun Kembara Bahasa tidak bertanggungjawab atas apa-apa jua implikasi undang-undang dan yang lain daripada penggunaan bahan dalam blog ini.



~Kembara Bahasa~

Pendukung Melayu Mahawangsa berteraskan risalah Ilahi




Thursday, May 10, 2012

Puisi "Harapan"


Harapan

Tiadalah sekali-kali kuharapkan kemuliaan
hanya kerana sedikit wewenang yang diamanahkan

Tiadalah sekali-kali kuharapkan kepatuhan
Hanya kerana kedudukan mengemudikan haluan

Tiadalah sekali-kali kuharapkan pujian
hanya kerana sedikit wawasan dan gagasan

Tiadalah sekali-kali kuharapkan persetujuan
hanya kerana takut menyatakan kebenaran

Tiadalah sekali-kali kuharapkan sokongan
hanya kerana ingin menjaga perasaan

Tiadalah sekali-kali kuharapkan keistimewaan
hanya kerana ditunjuk menjadi atasan

Yang semata-mata kuharapkan
sekadar keikhlasan, kejujuran, amanah dan tetap pendirian
untuk bersama-sama denganku
menjunjung martabat tamadun warisan
memperteguh jati diri dan citra wangsa
memperkaya khazanah ilmu membijaksanakan warga
memperhalus akal budi dan keperibadian semua
agar kita maju dalam jalur yang mulia
akarnya kuat pucuknya menjulang

- Kembara Bahasa
11 Mei 2012/19 Jamadilakhir 1433

No comments:

Post a Comment