Selamat berkunjung ke blog Kembara Bahasa. Bahan dalam blog ini boleh dimanfaatkan asal sahaja dinyatakan sebagai sumber rujukan atau petikan. Bagaimanapun Kembara Bahasa tidak bertanggungjawab atas apa-apa jua implikasi undang-undang dan yang lain daripada penggunaan bahan dalam blog ini.



~Kembara Bahasa~

Pendukung Melayu Mahawangsa berteraskan risalah Ilahi




Tuesday, October 15, 2013

Puisi "Dua Duka yang Berbeda"

Dua Duka yang Berbeda

Duka nestapa
perihal dunia
tiadalah sebanding
dengan azab
di alam sana

Duka nestapa
di dunia
seringkali sementara
permainan hidup belaka
menguji dan mencuba
utuh lemahnya jiwa

Duka nestapa
di alam sana
entah bagaimana
kerana belum tiba rasa
namun dalam mushaf telah tertinta
betapa berat tanggungannya

Tiadalah upaya kami
untuk menghadapi dan mengalami
azab pedih yang tak terperi
Kupohon Kautuntun kami
berada di jalan-Mu ya, Ilahi

Kembara Bahasa
16 Oktober 2013/11 Zulhijah 1434

2 comments:

  1. Tak sama tapi selalu kita lupa
    Tau tapi tak takut dengannya
    Tanpa tempoh masa, endless katanya
    Tak gerun macam tak percaya
    Itu dalam tinta ceritanya
    Bukan boleh didahului dengan cuba-cuba
    Pintalah kepada Yang Maha Kuasa
    agar dijauhi darinya
    diampuni segala dosa kita
    DIA kan yang Maha Ghafurnya.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas syarahnya. Semoga kita tidak alpa.

    ReplyDelete