Selamat berkunjung ke blog Kembara Bahasa. Bahan dalam blog ini boleh dimanfaatkan asal sahaja dinyatakan sebagai sumber rujukan atau petikan. Bagaimanapun Kembara Bahasa tidak bertanggungjawab atas apa-apa jua implikasi undang-undang dan yang lain daripada penggunaan bahan dalam blog ini.



~Kembara Bahasa~

Pendukung Melayu Mahawangsa berteraskan risalah Ilahi




Tuesday, January 31, 2012

Syair Budiman "Pejuang Bahasa" oleh Ahmad Sarju


SYAIR BUDIMAN DI FB ( PEJUANG BAHASA )
Tarikh:01.01.2012-Hari:Rabu-6.50 pagi.

PEJUANG BAHASA

Seperti sirih pulang ke gagang
pendekar bersenjata di pinggang
laksana keris kukuh dipegang
kini tuan pemimping gelanggang.

Suaramu gagah tidak terperi
sering kembara ke luar negeri
mempamer bahasa harum berseri
tuanlah nakhoda perahu bestari.

Kini bergelar panglima bahasa
bijak bertutur suaranya perkasa
sedia dijunjung warisan bangsa
tuanlah pilihan Yang Maha Esa.

* Syair ditujukan kepada Prof.Dr. Awang sariyan
yang telah dilantik sebagai Ketua Pengarah DBP
mulai hari ini 01.02.2012.tahniah dari kalam penyair.


Syair sambutan:

Sudah tersurat dalam sejarah
bahasa Melayu pengungkap madah
perihal akidah sehingga falsafah
prosa dan puisi terpapar indah

Besarnya peranan ke serata benua
setaraf Latin menjadi lingua franca
menjadi syarat tutur bicara
dihormati oleh segala bangsa

Ayuhai rakan teruslah berjuang
bersama hamba kita ke padang
mengatur langkah menjadi terbilang
membela tamadun malam dan siang

~Kembara Bahasa~
1 Februari 2012/7 Jamadilawal 1433

3 comments:

  1. Salam. Terima kasih - sekadar melaksanakan amanah.

    ReplyDelete
  2. Salam, minta kebenaran untuk guna syair ini untuk pelancaran bulan bahasa . Tahniah syair yang indah .

    ReplyDelete