Selamat berkunjung ke blog Kembara Bahasa. Bahan dalam blog ini boleh dimanfaatkan asal sahaja dinyatakan sebagai sumber rujukan atau petikan. Bagaimanapun Kembara Bahasa tidak bertanggungjawab atas apa-apa jua implikasi undang-undang dan yang lain daripada penggunaan bahan dalam blog ini.



~Kembara Bahasa~

Pendukung Melayu Mahawangsa berteraskan risalah Ilahi




Saturday, December 21, 2013

Puisi "Jabal Rahmah"

Jabal Rahmah di Arafah
memahat kisah sejarah
pertemuan Adam dan Hawa
setelah sekian lama terpisah
terkeluar dari syurga Allah
atas kealpaan menurut perintah
Maka bertaubat Adam
dengan doa yang diterima Allah
dan dirakam dalam Kitabullah:
"Wahai Tuhanku, sesungguhnya daku telah menzalimi diriku,
maka ampunilah daku dan rahmatilah daku
agar tidak termasuk daku dalam kalangan yang rugi."
Astaghfirullah memang sungguh kami ini sering alpa dan lalai, ya Allah!

21 Disember 2013
Hotel Al-Sawah Royale Orchid
Makkah

Puisi "Bukit Pengukir Sejarah"

Bukit Pengukir Sejarah

Dua buah bukit mengukir sejarah.
Jabal Thur menjadi saksi Nabi s.a.w utusan Allah
dimusuhi oleh pengingkar risalah Allah.
Jabal Nur menjadi saksi
penerimaan wahyu pertama oleh Nabi s.a.w
daripada Allah melalui malaikat Jibril a.s.
Peristiwa Jabal Thur menjadi ingatan
kepada pejuang kebenaran
peri pentingnya bersedia untuk menghadapi ujian.
Peristiwa Jabal Nur menjadi ingatan kepada semua
bahawa tiada sama sekali sesuatu yang terpisah daripada Allah atau agama.
Pertimbangan aqli tidak bebas daripada ketentuan naqli.

21 Disember 2013

Thursday, December 19, 2013

Puisi "Saat Daku Mendampingi-Mu"

Puisi "Saat Daku Mendampingi-Mu"

Apatah lagi yang mampu kuungkapkan
selain kesyukuran sebesar-besarnya
meskipun hampir-hampir tidak terlafazkan
dik tersekat di kerongkongan
oleh rasa takjub yang luar biasa amat
apabila merasakan begitu dekat dengan-Mu
setelah satu dekad daku tidak mendekat
tidak seperti pada saat lain ketika daku menghadap-Mu
Betapatah tidak
di hadapan mata tertampil terang
segala lambang maujud yang tidak berbanding
lambang keesaan, kekuasaan dan keperkasaan
Dikau pencipta, pengatur dan pengawal sekaliannya:
Ka'bah rumah-Mu
arah kiblat tumpuan semua mereka yang solat
dari segala penjuru dunia
tempat tawaf jutaan umat
menyerahkan diri melupakan darjat
di situ Hajar Aswad dikucup dan jemaah beristilam
Multazam dan Hijir Ismail tempat munajat dirafakkan
Maqam Ibrahim tanda peringatan pendiri Ka'bah yang asal
Safa dan Marwah serta perigi zamzam
menyingkap pengorbanan tanpa tara
sebuah keluarga pilihan Allah
untuk ibrah umat kemudian sepanjang masa
Seandainya daku mempunyai pilihan
inilah tempat menjadi dambaan
untuk sepenuh-penuh penyerahan
dan pelepasan daripada kealpaan
meladen keperluan kehidupan
yang ada kalanya mengurangkan perhatian
kepada-Mu yang selayaknya diutamakan
Berilah kami kesempatan lagi
berkali-kali
ke tempat ini
untuk pembersihan hati
untuk pemurnian diri
meningkatkan pengisbatan
tentang kehambaan daku kepada-Mu
Allah Allah Allah
Allahu Akbar
Tiada yang sebenar-benarnya besar dan agung
melainkan Dikau

Sesudah Subuh,
Makkatul Mukarramah
19 Disember 2013

Wednesday, December 11, 2013

Puisi "Menunggu Saat"

Menunggu Saat

Dalam khayal yang asyik
serasa kudakap Ka'bah Baitullah
dan maqam Ibrahim Habibullah
mendongak ke Multazam memohon seribu rahmah
di Hijr Ismail kutumpahkan seribu hajat
Allah, Allah, Allah
segera dekatkan daku pada-Mu
tanpa hijab

Zuhur 9 Disember 2013

Puisi "Doa dari Kejauhan"

Puisi untuk seorang kenalan yang sedang agak kritikal diuji kesihatannya

Bagaimanakah dapat kusampaikan
rasa prihatin dan simpati
atas ujian yang kaulalui
kerana kita di "benua" yang berbeda
Hanya doa dan munajat
semoga dikau kuat
redha dan tawakal
terus meniti kehidupan

10 Disember 2013

Puisi "Munajat untuk Sahabat"

Puisi "Munajat untuk Sahabat"

Sahabat
dengan penuh kesayuan
kuiring keberangkatan dikau
dengan munajat tulus
meskipun jasad kita jauh terpisah
Semoga dikau tabah melalui mehnah
Terimalah itu sebagai kafarah
meskipun daku tidak melihat dikau bersalah
Entah mengapa
meskipun kita tidak pernah bersua wajah
kecuali di alam maya sesekali bermadah
atas kesetiaanmu menurut daku menjelajah
dalam rimba raya kata-kata serta seribu hujah
dikau memberiku kepercayaan akan erti
adanya ruang berfikiran bebas
dalam ketiadaan kebebasan yang dikau dambakan dan rindui
Antara kita tiada sempadan dan jurang bicara
perihal kehidupan duniawi dan ukhrawi,
perihal kemanusiaan, kejujuran dan ketulusan
kendatipun dikau di alam yang berbeda daripada alamku
Sahabat
dalam meniti ujian itu
usah dikau alpa barang sesaat
untuk terus membasahkan lidahmu dengan zikrullah
Usah dikau lupa barang sekejap
untuk terus bergantung tawakal kepada-Nya
yang senantiasa memandangmu dengan penuh rahmah
Doa dan munajatku tiada akan lekang menemanimu
semoga dikau dikasihi-Nya
wahai sahabat!

Ba'dal Maghrib, 10 Disember 2013

Puisi "Di Sempadan Itu"

Di Sempadan Itu

Di sempadan itu
kita dipisahkan
oleh batas ciptaan manusia
bukan kerana kita berbeda
warna darah dan kabilah bangsa
tetapi kerana kemahuan yang berlainan cita
oleh bawaan rasa

Di sempadan itu
ribuan hati luka lara
ribuan harapan putus hampa
ribuan jiwa kering tak bermaya

Aku hanya mampu
melambai tanda tetap kasih terpahat
mengingat tanda tetap cinta tersemat
mendoakan tanda tetap persaudaraan terikat
biarpun terpisah jasad
paduan nurani semoga tetap erat

Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa
Menjelang tengah malam 9 Disember 2013

Warkah kepada Kanda Seperjuangan

Warkah ringkas kepada kakanda seperjuangan:

Salam wahai kanda rakan seperjuangan!

Sesungguhnya perjuangan hakiki memang pasti melalui saat getir dari waktu ke waktu. Maka pada saat merasakan perjuangan seakan-akan gagal atau begitu lambat untuk mencapai matlamat atau hasilnya, tabahkan hati, kuatkan azam, usah putus asa dan bosan sehingga mengambil langkah beralih arah, merajuk atau mencari kambing hitam untuk dijadikan korban perasaan.

Istiqamahlah. Bersabarlah. Berikhtiarlah terus. Bermunajatlah terus. Seperti yang pernah dinda ungkapkan beberapa kali dahulu, sesungguhnya kemanisan perjuangan bukan semestinya pada hasil perjuangan, kerana hak menentukan kejayaan itu pada Allah, dan kemanisan perjuangan terletak pada kesediaan kita memulakan dan meneruskan perjuangan tanpa bosan dan putus harap. Yang dihitung oleh Allah ialah ikhtiar kita, bukan kejayaan sebagai kepastian. Salam perjuangan, kanda.

Yang benar,

Dinda yang belajar tentang perjuangan daripada kanda
11 Disember 2013

Thursday, December 5, 2013

Tazkirah kepada diri: Jika manusia tidak mengenang budi kita, Allah maha mengenang

Tazkirah kepada diri:

Sungguh rapat belimbing berbuah,
Dipetik budak waktu pagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.

Pantun itu baik untuk mengingatkan pentingnya kita mengenang budi seseorang. Namun usahlah berdukacita jika budi tidak dikenang orang kerana Allah menghitung setiap amal kita dan Dialah yang maha mengenang budi hamba-Nya.

6 Disember 2013

Tazkirah kepada diri: Berbaik sangka

Tazkirah kepada diri:

Jika yang berlaku dalam organ diri sendiri seperti jantung, paru-paru dan perut pun tidak kita ketahui, usah beranggapan bahawa kita tahu akan segala yang berkaitan dengan orang lain dan apa-apa yang dilakukan dan tidak dilakukannya. Berbaik sangka sifat yang mulia.

6 Disember 2013

Puisi "Tawakal"

Tawakal

Siapatah daku
untuk mengatakan tidak
atas segala suratan mujur-Mu
Dikau penentu yang penuh hak
berbuat segalanya atas kehendak
yang pada makhluk tidak tampak
rahsia di balik yang baik dan tidak
kecuali yang sampai pada makrifat
tiada sekali-kali menyalahi iradat

Kembara Bahasa
1 Disember 2013

Thursday, November 28, 2013

Puisi "Azam Abadi"

Azam Abadi

Nyala api perjuangan itu
bukan kepura-puraan
untuk daku meraih nama
atau kemasyhuran
apatah lagi ganjaran
kerana lebih banyak kedukaan
dan penghinaan serta ancaman
yang bertandang

Nyala api perjuangan itu
bukan suatu kebetulan
kerana akarnya ialah hakikat
kewujudan tamadun lebih dua alaf
dengan bahasa wasilah peningkat taraf
penjana pemikiran dan karya peneguh makrifat
penghubung manca tamadun sejagat
baik di timur mahupun di barat

Maka itu
usah dikau cuba menguji iltizam
dan ketekalanku dalam jalur perjuangan itu
Usah dikau cuba menusukkan ancaman
kerana habuan dan ganjaran
bukan mata alamat apatah lagi idaman
Pintu rezeki dalam jagaan Tuhan
Persoalan kita: menemui-Nya dalam penipuan diri
atau kepuasan dan kemanisan memenuhi suara hati
sesudah memperjuangkan yang hakiki

Kembara Bahasa
28 November 2013

Puisi "Malam"

Malam
selimutilah kesunyian dan kesepian
dengan sutera lembutmu
Dakaplah insan yang siangnya mengisi kehidupan di denai hidayah-Mu
dan yang malamnya menghitung dosa dan pahala
untuk bangkit esoknya
melunaskan waad kepada-Mu

Kembara Bahasa
28 November 2013

Tuesday, November 26, 2013

Puisi "Pusingan U"

Puisi kesan dan tanggapan ekoran pengisytiharan seorang "pejuang lama" yang menyesali sokongan kepada pemansuhan PPSMI dan seterusnya mendesak dihapuskan sekolah kebangsaan untuk digantikan dengan sekolah Inggeris, konon untuk kepentingan anak cucu bangsa Melayu (dalam sesi soal jawab forum sebelum Mesyuarat Agung PENA pada 16 November 2012):

Pusingan U

Pusingan U di jalan raya
untuk pemandu mendapat arah yang tepat
juga untuk pemandu yang tersasar
dan perlu mencari jalan asal
Dalam perjuangan
pusingan U untuk orang yang silap perhitungan
mencari jalan perjuangan yang betul
Namun pusingan U
dari arah yang benar
mencari jalan yang tersasar
tanda akal telah tertipu
oleh niat yang palsu
tanda tiada istiqamah
dalam menentukan arah
tanda jiwa yang gegabah
sebagai sokong membawa rebah

Kami tidak sekali-kali akan menahan
ketetapan sikap yang kaujadikan pilihan
Tidak jua akan kami hulurkan bujukan
kerana dikau telah terlebih dewasa dalam kehidupan
dan telah melalui jalan beronak
ketika berdekad di jalur perjuangan
Kini dikau pasti memiliki hujah sendiri
dan telah bertanya kepada nurani
tentang asbab dikau beralih paksi
Namun usah sekali-kali kauhina kami
dengan memaksakan alasan peribadi
konon untuk menghindari hipokrasi
kerana kami yang masih istiqamah di jalan ini
tidak pernah memilih untuk mungkir janji
kepada diri
kepada bangsa kami
kepada bahasa kami
kepada tamadun kami

Silakan melakukan pusingan U
barangkali dikau akan bertemu
dengan kehidupan baharu
yang memenuhi makna kehidupan menurut tafsiranmu
dan beroleh kemerdekaan daripada belenggu
pilihan salah puluhan tahun yang kausesali
Biarkan kami terus di jalan ini
atas keyakinan yang sah
mengungguli bahasa, bangsa dan tamadun kami
tanpa kami perlu bersedih atau kecewa
akan kehilanganmu
Selamat melakukan pusingan U

Kembara Bahasa
16 November 2013

Sent from my iPad

Saturday, November 23, 2013

Puisi "Penyumbang Tamadun Insani"

Penyumbang Tamadun Insani

Kutub di utara
kutub di selatan
tampuk paksi bumi
saling berperanan
penyeimbang planet

Tangan dan kaki
juzuk jasmani
penyempurna diri
tiada lebih penting tangan daripada kaki
tiada lebih utama lengan daripada jari
masing-masing ditentukan peranannya oleh Ilahi

Demikan
manusia iktisad
dan manusia budaya
penyumbang dan penyeimbang
tamadun insani
sandang pangan keperluan asasi
budaya pembentuk akal budi
justeru kehidupan kita di sini
bukan hanya
berjuzuk haiwani
sekadar memenuhi keperluan alami
ada amanah yang hakiki
yang perlu dipenuhi
untuk mengisi juzuk yang ruhani

Kembara Bahasa
21 November 2013

Puisi "Mentari Senja"

Mentari Senja

Bagai gadis pingitan
yang tersipu-sipu malu
lalu menyembunyikan diri
mentari senja beransur-ansur pergi
meninggalkan siang hari
sesudah memberikan bakti
kepada alam semesta
mencari ruang istirahat
untuk malam mengambil giliran
menghamparkan kasur nikmat
bagi makhluk dan haiwan
melepaskan lelah
menghimpunkan ketenangan
bagi insan menghitung kemenangan dan ujian
membebat rasa duka dengan zikrullah
menyingkirkan daki mazmumah
menyerahkan jalan kehidupan kepada Ilah

Mentari
esok dikau muncul berseri
untuk melanjutkan bakti
tunduk patuh kepada rencana Ilahi

Kembara Bahasa
Pesawat MH 1450
22 November 2013

DBP Tetap Mempertahankan Dasar Negara (Dasar Kerajaan) tentang Bahasa Kebangsaan

Dasar DBP tentang Bahasa Kebangsaan

Penjelasan terhadap pertanyaan Farid KP dalam inbox Fb tentang dakwaan pengendali blog Boikot Bisnes Cina bahawa DBP tidak mengkritik kerajaan negeri Pulau Pinang yang menerbitkan buletin yang meminggirkan bahasa Melayu.

Salam. Dalam soal dasar bahasa kebangsaan, DBP jelas sikap dan pendiriannya, iaitu berdasarkan Perlembagaan Perkara 152, Akta Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan dan Akta DBP sendiri. Semua pernyataan dan gerak kerja DBP berlandaskan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen. Jika ada mana-mana pihak yang bersikap atau melaksanakan sesuatu yang bertentangan dengan dasar negara (dasar kerajaan) tentang bahasa kebangsaan, maka DBP tidak bersikap berpura-pura untuk menyokongnya semata-mata kerana kedudukannya yang tinggi. Sokongan DBP kepada dasar dan program kerajaan kini dalam pelaksanaan MBMMBI dan Pelan Pembangunan Pendidikan adalah atas asas bahawa keputusan dan pelaksanaan kerajaan menepati dasar negara, dalam konteks ini Dasar Bahasa Kebangsaan.

Jika ada mana-mana pihak yang melanggar dasar itu, DBP menyatakan sikap dan pendirian yang sama dan tidak ada sebab untuk menyebelahinya. Dalam kes buletin kerajaan negeri Pulau Pinang yang sdr jadikan bahan rujukan itu, DBP sama sekali tidak pernah menerima salinannya dan dengan demikian tidak tahu akan isu peminggiran bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam terbitan itu. Menuduh DBP tidak mengkritik pengendalinya samalah dengan menuduh pihak polis tidak menangkap seorang pesalah yang kesnya tidak sampai pada pengetahuan polis. DBP tidak mempunyai sebab apa pun untuk melindungi penerbit buletin itu, malah mengecam tindakannya meminggirkan bahasa kebangsaan dalam sebahagian besar kandungan buletin. Pengendali blog berkenaan tidak perlu membuat tuduhan melulu hanya kerana DBP tidak mengkritik pengendali buletin berkenaan atau pihak berkuasa di balik penerbitannya dalam keadaan DBP tidak pun maklum akan adanya buletin itu.

Pendirian DBP yang dilihat sebagai kritik kepada mantan Perdana Menteri yang melaksanakan PPSMI pasa zaman pemerintahannya, yang didapati oleh kerajaan yang memerintah negara sekarang sebagai merugikan negara, terutama bangsa Melayu, adalah semata-mata atas asas tidak selarasnya PPSMI dengan semua undang-undang negara dan dasar negara yang berkaitan dengan Dasar Bahasa Kebangsaan. DBP tidak nampak sama sekali bahawa pernyataan pendirian yang tidak selari dengan YBhg Tun Mahathir sebagai mantan Perdana Menteri itu ada kaitannya dengan usaha menentang kerajaan kerana DBP jelas menyokong kerajaan yang memang telah memansuhkan PPSMI atas kewajaran yang sudah jelas dan menggantikannya dengan program lain yang lebih praktis dan wajar. Jika pengendali blog berkenaan dapat mengemukakan hujah yang meyakinkan tentang perlunya PPSMI dilaksanakan, ia patut berani mengemukakannya kepada kerajaan, bukan dengan berlindung di balik peribadi tokoh tertentu atas asas sentimen atau emosi, yang didapati tidak selaras dengan dasar negara (dasar kerajaan). Dalam konteks ini siapakh yang menentang kerajaan? Jelas bahawa penulis blog itu yang begitu taksub akan tokoh tertentu sampai lupa bahawa ia bersama-sama dengan tokoh itulah yang menentang kerajaan yang ada kini. Keluarlah dari kepompong pemikiran dan sikap jumud yang hanya bergantung pada emosi individu, bukan pemikiran bangsa keseluruhannya.

23 November 2013, pukul 9 malam

DBP Tetap Mempertahankan Dasar Negara (Dasar Kerajaan) tentang Bahasa Kebangsaan

Dasar DBP tentang Bahasa Kebangsaan

Penjelasan terhadap pertanyaan Farid KP dalam inbox Fb tentang dakwaan pengendali blog Boikot Bisnes Cina bahawa DBP tidak mengkritik kerajaan negeri Pulau Pinang yang menerbitkan buletin yang meminggirkan bahasa Melayu.

Salam. Dalam soal dasar bahasa kebangsaan, DBP jelas sikap dan pendiriannya, iaitu berdasarkan Perlembagaan Perkara 152, Akta Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan dan Akta DBP sendiri. Semua pernyataan dan gerak kerja DBP berlandaskan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen. Jika ada mana-mana pihak yang bersikap atau melaksanakan sesuatu yang bertentangan dengan dasar negara (dasar kerajaan) tentang bahasa kebangsaan, maka DBP tidak bersikap berpura-pura untuk menyokongnya semata-mata kerana kedudukannya yang tinggi. Sokongan DBP kepada dasar dan program kerajaan kini dalam pelaksanaan MBMMBI dan Pelan Pembangunan Pendidikan adalah atas asas bahawa keputusan dan pelaksanaan kerajaan menepati dasar negara, dalam konteks ini Dasar Bahasa Kebangsaan.

Jika ada mana-mana pihak yang melanggar dasar itu, DBP menyatakan sikap dan pendirian yang sama dan tidak ada sebab untuk menyebelahinya. Dalam kes buletin kerajaan negeri Pulau Pinang yang sdr jadikan bahan rujukan itu, DBP sama sekali tidak pernah menerima salinannya dan dengan demikian tidak tahu akan isu peminggiran bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam terbitan itu. Menuduh DBP tidak mengkritik pengendalinya samalah dengan menuduh pihak polis tidak menangkap seorang pesalah yang kesnya tidak sampai pada pengetahuan polis. DBP tidak mempunyai sebab apa pun untuk melindungi penerbit buletin itu, malah mengecam tindakannya meminggirkan bahasa kebangsaan dalam sebahagian besar kandungan buletin. Pengendali blog berkenaan tidak perlu membuat tuduhan melulu hanya kerana DBP tidak mengkritik pengendali buletin berkenaan atau pihak berkuasa di balik penerbitannya dalam keadaan DBP tidak pun maklum akan adanya buletin itu.

Pendirian DBP yang dilihat sebagai kritik kepada mantan Perdana Menteri yang melaksanakan PPSMI pasa zaman pemerintahannya, yang didapati oleh kerajaan yang memerintah negara sekarang sebagai merugikan negara, terutama bangsa Melayu, adalah semata-mata atas asas tidak selarasnya PPSMI dengan semua undang-undang negara dan dasar negara yang berkaitan dengan Dasar Bahasa Kebangsaan. DBP tidak nampak sama sekali bahawa pernyataan pendirian yang tidak selari dengan YBhg Tun Mahathir sebagai mantan Perdana Menteri itu ada kaitannya dengan usaha menentang kerajaan kerana DBP jelas menyokong kerajaan yang memang telah memansuhkan PPSMI atas kewajaran yang sudah jelas dan menggantikannya dengan program lain yang lebih praktis dan wajar. Jika pengendali blog berkenaan dapat mengemukakan hujah yang meyakinkan tentang perlunya PPSMI dilaksanakan, ia patut berani mengemukakannya kepada kerajaan, bukan dengan berlindung di balik peribadi tokoh tertentu atas asas sentimen atau emosi, yang didapati tidak selaras dengan dasar negara (dasar kerajaan). Dalam konteks ini siapakh yang menentang kerajaan? Jelas bahawa penulis blog itu yang begitu taksub akan tokoh tertentu sampai lupa bahawa ia bersama-sama dengan tokoh itulah yang menentang kerajaan yang ada kini. Keluarlah dari kepompong pemikiran dan sikap jumud yang hanya bergantung pada emosi individu, bukan pemikiran bangsa keseluruhannya.

23 November 2013, pukul 9 malam

Wednesday, November 13, 2013

Mysuara.Net: PPSMI Tidak Relevan dalam Sistem Pendidikan Negara

PPSMI Tidak Relevan Dalam Sistem Pendidikan Negara
шаблоны сайтов
joomla
inShare
digg
KUALA LUMPUR - Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dilihat sebagai tidak relevan untuk kembali dilaksanakan dalam sistem pendidikan negara.

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr Awang Sarian berkata, pelaksanaan PPSMI menunjukkan berlaku kemerosotan peratusan pelajar lulus bagi kedua-dua matapelajaran tersebut.

"PPSMI dilihat tiada hala tuju dan kajian yang dilakukan Kementerian Pendidikan mendapati ia memang tidak praktikal dalam konteks demokrasi dalam sistem pendidikan.

"Kita mungkin boleh melahirkan ribuan orang yang hebat dalam Bahasa Inggeris (BI) tetapi jangan kita lupakan 24 juta penduduk di negara ini yang mahir dalam penguasaan bahasa kebangsaan," katanya pada sidang media di sini Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa yang merayu agar PPSMI dikembalikan dalam sistem pendidikan negara.

Menurutnya, kajian Unesco menunjukkan pelajar lebih mudah memahami sesuatu ilmu dengan berkesan dalam bahasa ibunda (Bahasa Melayu) kerana ilmu dan bahasa berkait rapat.

"Kita perlu lihat Perancis, Jepun, Korea dan China. Ini berdasarkan pengalaman saya selama empat tahun di Beijing. Mereka tetap menggunakan bahasa kebangsaan, jadi itu tidak pernah melemahkan matapelajaran Sains dan Matematik mereka, " katanya.

Beliau berkata, BI sebaliknya perlu dikuasai sebagai alat untuk nilai tambah bagi memperkaya ilmu tetapi martabat BM itu tiada galang gantinya.

"Ini berlaku di seluruh dunia. Kalau kita sanggup mengorbankan 3 juta lebih pelajar di negara ini, bererti kita sanggup menidakkan hak pelajar terutamanya di kawasan luar bandar untuk mempelajari Sains dan Matematik dengan lebih berkesan.

"Apa yang penting bagi saya adalah keputusan dibuat kerajaan berdasarkan kajian yang saintifik dan menyeluruh. Oleh itu, kerajaan meminda PPSMI dan memperkenalkan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI)," katanya.

DBP: Keputusan Sains dan Matematik Merudum ketika PPSMI dilaksanakan

Malaysian Insider

DBP: Keputusan Sains dan Matematik merudum ketika PPSMI dilaksanakan


OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
NOVEMBER 13, 2013
LATEST UPDATE: NOVEMBER 13, 2013 02:29 PM


Datuk Dr Awang Sariyan ketika menjawab soalan wartawan pada sidang media di Menara DBP hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 13 November, 2013.
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hari ini berpegang teguh kepada pendirian kerajaan untuk menarik balik pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kerana statistik Kementerian Pendidikan membuktikan terdapat kemerosotan keputusan akademik pelajar melalui pelaksanaan dasar itu.

Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr Awang Sariyan (gambar), berkata PPSMI tidak mempunyai hala tuju selain Kementerian Pendidikan membuktikan keputusan pelajar merudum dalam mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.

"Kami patuh kepada keputusan kerajaan kerana pelbagai institusi pendidikan menjalankan kajian mendalam terhadap kegagalan PPSMI.



"Kementerian Pelajaran mendapati PPSMI tidak praktikal dalam pendidikan kerana kerajaan tidak boleh mengutamakan kira-kira 2,000 pelajar yang cemerlang dalam bahasa Inggeris tetapi meminggirkan 28 juta pelajar yang mahir bertutur dalam bahasa Melayu.

"Kajian Unesco turut membuktikan sesuatu ilmu itu lebih mudah dipelajari jika diajar dalam bahasa ibunda," katanya dalam satu sidang media Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu kali ke-8 di Menara DBP, hari ini.

Semalam, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merayu kerajaan memperkenalkan semula PPSMI untuk mata pelajaran Sains dan Matematik.

Katanya, walaupun menggunakan bahasa Inggeris, semangat nasionalisme masih dapat diterapkan kerana ilmu pengetahuan adalah kunci kejayaan sesuatu bangsa.

Awang berkata, negara luar seperti China, Jepun dan Korea mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa kebangsaan dan terbukti tidak melemahkan sementara bahasa Inggeris pula dijadikan sebagai alat nilai tambah untuk memperkaya ilmu.

Katanya, martabat bahasa Melayu tiada galang ganti kerana hak murid di seluruh negara tidak boleh dinafikan terutama pelajar di luar bandar supaya dapat mempelajari Sains dan Matematik dengan cara berkesan dalam bahasa kebangsaan.

"Kita lihat banyak fenomena menyedihkan sehingga ada guru yang terpaksa mengajar menggunakan skrip kerana tidak mahir dalam bahasa Inggeris.

"Pelaksanaan Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI) juga prestasinya memberangsangkan apabila Unesco mengumumkan Malaysia mengatasi Singapura dalam penguasaan bahasa Inggeris," katanya.

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, Prof Datuk Dr Mohd Fauzi Ramlan, dalam ucapan perasmiannya berkata, pemansuhan PPSMI pada 2012 harus dilihat secara positif sebagai titik permulaan mengeluarkan bahasa Melayu daripada status keusangan kosa kata dan ilmu baru dalam bidang bahasa.

Katanya, bahasa dialek dan sukuan tidak harus dipinggirkan kerana bahasa Melayu sememangnya bersifat dialek maka kosa kata dialek dapat mengayakan lagi gedung istilah bahasa Melayu.

"Sebagai contoh dialek Kedah meruah bermaksud membuang air, mengkam bermaksud sakit di bahagian perut, kabung bermaksud ukuran empat hasta dan kebung bermaksud kereta sorong bayi.

"Manakala gada dalam bahasa Melanau bermaksud ketelusan, dugal bahasa Bajau untuk sakit gastrik dan awah bermaksud koridor," katanya.

Beliau berkata, sebelum krisis bahasa kian meruncing, kosa kata dialek perlu dimanfaatkan bagi menambah keyakinan pengguna bahasa Melayu.

Ketika diminta mengulas cadangan Mohd Fauzi, Awang berkata, DBP sejak 1972 berpegang kepada prinsipnya menggunakan tujuh langkah dalam memilih kosa kata seperti mengutamakan bahasa Melayu, dialek, bahasa serumpun dan seterusnya bahasa asing yang dekat kepada penutur bahasa Melayu.

"Prinsip ini kurang diguna pakai apabila pakar bidang yang berpendidikan Inggeris lebih mudah menggunakan bahasa yang lebih dekat untuk kegunaan mereka," katanya. – 13 November, 2013.

Monday, November 11, 2013

Puisi "Biarkan Subur"

Biarkan Subur

Aduhai badai
usah kiranya dikau musnahkan
kembang yang sedang mekar
Biarkan ia subur
mewangi
menghiasi buana
kerana ia lambang
kejujuran dan keikhlasan
dalam memadukan kasih sejati
membina rasa insani

12 November 2013
Hilton, Kuching

Makna Peribahasa "Ikut Resmi Padi Makin Tunduk Makin Menjadi"


Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa

Tentang peribahasa "Ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi", teringat hamba akan tafsiran Tan Sri Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas dalam tazkirah di rumahnya pada tahun 1970-an, iaitu maksud tunduk bukan tunduk kepada kezaliman dan kebatilan, tetapi tunduk kepada keadilan dan kebenaran. Dalam realiti kehidupan, memang lebih banyak orang yang tampak sopan tertunduk-tunduk tetapi tunduk kepada yang tidak adil dan tidak benar.

11 November 2013

Puisi "Duka yang Kubawa"

Daku rela
membawa rasa duka itu
bersama-sama
ke mana-mana jua
daku berkelana
kerana rasa duka itu
sebahagian ceritera kehidupan
dalam menggerakkan harapan
untuk masa hadapan
bagi peradaban

MH 2530 KL-Kuching 11 November 2012

Sunday, November 10, 2013

Puisi "Menggilap Sejarah"

Menggilap Sejarah
(Kesan bicara hati berada di tanah tumpah darahku Johor)

1528 bermula peristiwa
terbentuk sistem kesultanan berwibawa
Sultan Alaudin Riayat Syah pembuka salasilahnya
kesinambungan Kesultanan Melaka nan tersohor di merata benua

Johor-Riau-Lingga
wilayah kesatuan bahasa dan budaya
ratusan tahun menyangga tamadun bangsa
penyubur pemikiran dan persuratan ranah beraneka

Bangsa penjarah datang membawa petaka
tipu muslihatnya mengelabukan pemuka bangsa
memfaraidkan tanah milik bangsa menurut selera
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 memecahkan kesatuan wangsa

Meskipun terpisah
oleh batas geopolitik buatan penjajah
usah hendaknya kita berbalah
kerana kita tetap berkongsi warisan sejarah
bahasa, sastera dan budaya yang menyerlah
Kita abadikan semangat Melayu mahawangsa
dalam persatuan di pelbagai daerah

Kembara Bahasa
10 November 2013

Tazkirah kepada Diri: Kalau Hajat Tidak didapat

Tazkirah kepada diri:

Wahai diri selalulah ingat
Teruskan ikhtiar dan munajat
Jika hajat tidak kaudapat
Allah jua yang memiliki iradat

Kembara Bahasa
11 November 2013

Friday, November 8, 2013

Puisi "Rindu"

Rindu

Kautanya aku
tentang rindu

Yang kurindui
kedamaian hati
kebahagiaan hakiki
persahabatan sejati
mengenal makna diri
tahu akan tempat diri

Kautanya aku
tentang rindu

Yang kurindui
bahasaku dihormati
oleh bangsanya sendiri
diberi isi dan fungsi
tidak terbiar melalui nasibnya sendiri
dipandang remeh dipandang sepi

Kautanya aku
tentang rindu

Yang kurindui
bangsaku dihormati
maruahnya tidak dijual beli
hanya kerana pitis berpeti
yang maju bukan hanya kroni
si oportunis dikembiri agar tidak merosakkan negeri

Kautanya aku
tentang rindu

Yang kurindui
ilmuwan dan cendekiawan senantiasa dirujuki
musyawarah dan syura tidak terketepi
umara dan ulama berpadu sejati
mencari jalan membangun negeri
bersandarkan syariat Allah dan Nabi

Kautanya aku
Rentang rindu

Yang kurindui
negara maju jasmani dan ruhani
ekonomi, sains dan teknologi
akhlak watan malar tinggi
senantiasa dipayungi rahmat Ilahi
baldatun taiyibatun warabbun ghafur terpenuhi

Kembara Bahasa
12.10 pagi 7 November 2013/3 Muharam 1435

Monday, November 4, 2013

Puisi "Perihal Kuda"

Perihal Kuda

Ada orang yang berkuda
untuk ke mana-mana
Ada orang yang berkuda
untuk bersuka-suka
sebagai riadah senggang masa

Ada kuda
Ada kuda-kuda
Kuda bernyawa
kuda-kuda hanya benda
tanpa nyawa
kuda-kuda di bumbung rumah
kuda-kuda alat permainan si manja
kuda-kuda kedudukan dalam persilatan

Ada orang yang memperkuda
sesiapa sahaja yang sanggup diperkuda
untuk kuasa atau harta
untuk nama atau wanita
Yang memperkuda beroleh laba
Yang diperkuda ada kalanya beroleh hampa

Demikian perihal kuda
Berkuda dan bermain kuda-kuda
untuk keperluan manusia
Namun memperkuda
dan rela diperkuda
sifat dan tabiat tercela
Kuda diperkuda memang fitrah
Manusia diperkuda punah maruah

Kembara Bahasa
5 November 2013/1 Muharam 1435

Puisi "Kalau"

Puisi "Kalau"

Kalau dikau tahu
akan gersangnya tanah
yang dahulu subur
Kalau dikau tahu
akan layunya pohon
yang dahulu rimbun
Kalau dikau tahu
akan luka hati penanam
yang dahulunya tekun
Kalau dikau tahu
akan susutnya hasil mahsul
yang dahulunya makmur
nescaya tidak dikau biarkan
haiwan perosak merajalela
memusnahkan segala
yang telah kita usahakan bersama
Kini restuilah ikhtiar kami
membangun semula yang punah sebahagiannya
memacu upaya menyuburkan semula ladang bangsa
ladang pembina akal budi warga

Kalau dikau tahu
nescaya tidak bertangguh
memberi kami wewenang
agar kita tidak menjadi bangsa yang hilang

Kembara Bahasa
KLIA - Kuala Lumpur
8.30 malam 29 Oktober 2013

Sunday, November 3, 2013

Puisi "Di Balik Wajah"

Di Balik Wajah

Di balik wajah
yang redup
masih tampak sinar
untuk masa hadapan
Masih terlakar
kesediaan untuk meneruskan perjalanan
daripada carikan sejarah silam
yang pasti memedihkan dan menghibakan

Mereka seperti kita
seperti aku
seperti engkau
seperti dia
dan yang lain
pernah silap dalam percaturan
Pernah silap dalam penentuan
pernah silap dalam pemilihan
antara yang disuruh
dengan yang dilarang
Bedanya kita bebas di luar
dan mereka di dalam
Mereka menikmati asuhan semula
dalam peningkatan diri
sedang kita yang bebas di luar
barangkali terpenjara
oleh kesilapan yang diulang-ulang

Pada saat kusantuni mereka
dengan puisi "Bujukan Hati"
kutempatkan diriku dalam diri mereka
Kuselami nurani dan batin yang berbicara
Banyak ruang untuk kita belajar daripada mereka
tentang erti kesilapan
dan kesediaan membetulkan kesilapan

Di balik wajah mereka yang redup
Terlakar kesediaan meneruskan hidup

Kembara Bahasa
Penjara Dusun Dato' Murad Melaka
1 November 2013

Saturday, November 2, 2013

Puisi "Menunggu"

Menunggu

Bagai menunggu fajar menyingsing
dalam kelam aku berjaga
untuk nanti kusaksikan mentari terbit
membuka hari baharu
Adakah terungkai simpulan tali
Adakah terhurai kusut di hati
Adakah termeterai janji yang pasti

Biarlah terus kutunggu
meskipun mentari meninggi hari
dan senja bertandang lagi
tandanya malam bersilih ganti
dan hajat belum terpenuhi
dan aku menunggu fajar esoknya
dan fajar esoknya
dan fajar esoknya
tanpa jemu
tanpa kecewa

Aku akan terus menunggu
hingga isyarat Ilahi
membisikkan sebaliknya

Kembara Bahasa
Kg. Pimpit, Membakut,
Sabah
(Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara II)
2November 2013

Puisi "Bujukan Hati"

Puisi yang hamba deklamasikan dalam Majlis Malam Genta Puisi di Jabatan Penjara Dusun Dato' Murad, Melaka pada 1 November 2013:

"Bujukan hati"

Wahai hati usahlah berduka
Kehidupan memang penuh rona
Timbangkan yang baik insya-Allah bahagia
Ada pun yang buruk dijadikan sempadannya

Wahai hati usahlah kecewa
apabila kawan tidak setia
Amal yang baik itulah teman sebenarnya
Di alam akhirat pendamping selamanya

Wahai hati usahlah bimbang
akan nasib mujur mendatang
Di Lohmahfuz telah tertayang
Hanya ikhtiarkan agar gemilang

Wahai hati usahlah gentar
menghadapi ujian yang mungkin menggegar
Kitabullah dan sunnah jadikan akar
Jalannya terang kesesatan terhindar

Wahai hati usahlah iri
akan kelebihan rakan sendiri
Kenal akan kemampuan diri
Hak dirimu Allah memberi

Wahai hati usahlah hasad
Sepanjang hidupmu tiada berkat
Bersihkan niat darjat meningkat
Rezekimu luas tiada tersekat

Wahai hati usahlah takbur
Kawal dirimu jangan terlanjur
Kata dan tingkah perlu diukur
Jangan sampai amalmu lebur

Wahai hati usahlah bersangka
segala yang buruk pada saudara
Kajilah cacat cela yang ada
pada dirimu manakan sempurna

Wahai hati usahlah alpa
kecintaan berlebihan kepada dunia
Yang dikejar itu hanya sementara
Duniawi dan ukhrawi seimbangkan sentiasa

Wahai hati usahlah derhaka
kepada Yang Menciptakan kamu di dunia
Pasrah dan redha akan ketentuan-Nya
Tidak disekutukan dengan segala yang ada

~Kembara Bahasa~
13 Julai 2011

(Terbit dalam buku kumpulan puisi hamba "Mencari Makna Diri", DBP, 2012) — bersama Kamaruzaman Bin Mohd Yunus dan 7 yang lain.

Puisi "Berikanlah"

Berikanlah

Berikanlah dayung itu
agar dapat kuluncurkan perahu
Berikanlah kuda itu
agar dapat kupacu laju
Berikanlah nafiri itu
agar dapat kutiup merdu
Berikanlah keris itu
agar dapat kuhunuskan
Berikanlah keyakinan itu
agar dapat kutebus maruah
Berikanlah keadilan itu
agar dapat kulaksanakan amanah.

Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa
1.30 pagi 30 Oktober 2013

Puisi "Pohon Tidak Berbuah"

Syair "Pohon Tidak Berbuah"

Adapun demikian tajuknya syair
Dipetik daripada dangkalnya berfikir
Kotor hatinya demikian terzahir
Menjaga budi sungguhlah kikir

Asuhan keluarga telah sempurna
Ajaran guru tiada kurangnya
Ilmu dituntut sampai di menara
Lamun perilakunya tiada setara

Ajaran agama ketetapan Allah
Iman, ilmu, dan amal tiada terpisah
Basah lidah dengan zikrullah
Mengapatah tutur kata tiada endah

Hablum minallah hubungan dengan Allah
Hablum minannas pelengkap syariah
Tiada sempurna iman jika antaranya terpisah
Tiada tercapai kesempurnaan ibadah

Ibarat pohon yang tidak berbuah
Di rimba dan desa berdiri megah
Kepada makhluk tidak berfaedah
Tamsil ibarat jadikan ibrah

Kembara Bahasa
Jakarta, 29 Oktober 2013

Wednesday, October 30, 2013

Audit Bahasa

Penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi jabatan kerajaan belum memuaskan

NIBONG TEBAL 22 Okt. - Program Audit Bahasa Melayu yang dilaksana oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di beberapa kementerian dan jabatan kerajaan mendapati penggunaan bahasa Melayu masih belum mencapai tahap memuaskan.

Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Awang Sariyan berkata, berdasarkan penilaian itu, tidak ada kementerian atau jabatan kerajaan yang menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dalam urusan rasmi termasuk dalam bentuk surat-menyurat.

Beliau berkata, Audit Bahasa Melayu yang dibuat terhadap beberapa kementerian dan jabatan kerajaan termasuk Kementerian Pendidikan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kewangan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mendapati amalan itu belum dilaksana sepenuhnya.

"Kita mendapati bahasa Melayu belum digunakan sepenuhnya dalam urusan rasmi di kementerian atau jabatan terbabit dan dirasakan masih terdapat kekangan dan perlu penambahbaikan supaya bahasa Melayu digunakan sepenuhnya kelak," katanya.

Beliau ditemui pemberita dalam majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2013 peringkat negeri Pulau Pinang di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM), di sini hari ini.

Majlis perasmian program itu disempurnakan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas.

Dalam majlis itu, Abdul Rahman turut menyampaikan anugerah kepada bekas pensyarah Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, Abdul Rahim Darus, 87, yang dinobatkan sebagai Tokoh Bahasa dan Sastera Pulau Pinang tahun ini.

Dalam pada itu, menurut Awang, beliau sudah berbincang dengan Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) supaya program Audit Bahasa Melayu disertakan dengan penarafan bintang.

Katanya, menerusi kaedah itu jabatan kerajaan yang diaudit akan diberi taraf bintang tertentu mengikut skala satu hingga lima berdasarkan tahap penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi mereka.

Menurutnya, jabatan yang menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu dengan cara yang betul akan diberi lima bintang sekali gus melambangkan kesungguhan mereka dalam memartabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

"Bagi jabatan yang diberi tahap bintang lebih rendah, sudah tentu menjadi cabaran kepada mereka untuk berusaha lebih gigih dalam memartabat bahasa Melayu dalam urusan rasmi pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu, Awang berkata, DBP juga akan bekerjasama dengan Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) bagi melaksana ujian kecekapan bahasa Melayu di semua agensi dan jabatan kerajaan di negara ini.

Menurutnya, DBP dan Intan kini sedang merangka format soalan yang akan dimasukkan dalam ujian kecekapan tersebut supaya memenuhi standard yang dikehendaki selain mencapai objektif ditetapkan.


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131023/dn_25/Penggunaan-bahasa-Melayu-dalam-urusan-rasmi-jabatan-kerajaan-belum-memuaskan#ixzz2jCQWbQrh
© Utusan Melayu (M) Bhd

Anugerah Doktor Kesusasteraan daripada World Academy of Art and Culture

MB Perak terima dua anugerah sastera


ZAMBRY Abd. Kadir menyampaikan puisi berjudul Kita Akrabkan Satu Dunia Dengan Puisi pada Kongres Penyair Sedunia Ke-33, di Ipoh, Perak, malam kelmarin.
IPOH 22 Okt. - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dianugerahkan Crane Summit Supreme Honour Crown Medallion Award oleh Akademi Seni dan Budaya Dunia (WACC) dalam Kongres Penyair Sedunia yang mula membuka tirainya secara rasmi di sini hari ini.

Zambry juga terpilih sebagai antara lima penerima anugerah 'Dr. of Literature' oleh WACC berikutan sumbangannya dalam dunia penulisan sastera dan seni.

Empat lagi penerima ialah Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr. Awang Sariyan, penulis, A. Rahim Abdullah, kartunis Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali dengan gelaran Datuk Lat, dan penulis Mohd. Ghazali Abdul Rashid atau nama penanya, Malim Ghozali PK.

Zambry yang dilantik sebagai Menteri Besar pada 6 Februari 2009 pernah menghasilkan beberapa buah buku bertajuk UMNO dan Jiwa Merdeka (1998), Pemuda UMNO Menebus Maruah Menuju Arah (2000) dan Islam Malaysia dan Amerika (2000).

Bekas graduan Doktor Falsafah (PhD) jurusan Pemikiran Politik dari Universiti Temple, Amerika Syarikat (AS) itu juga pernah menghasilkan kertas akademik yang kemudiannya diterbitkan dalam beberapa majalah dan jurnal seperti Politics In Malaysia A Changing Scenario (2000) dan Belia dan Cabaran Politik Pascakolonial (1999).

Malah, anak jati kelahiran Pulau Pangkor itu juga pernah menulis dan menerbitkan sebuah buku puisi dinamakan Suara Pelaut tahun lalu.

"Saya percaya puisi dapat memainkan peranan penting dalam penyatuan persahabatan melibatkan kelompok masyarakat di seluruh dunia tanpa mengira batasan bangsa, agama dan bahasa," katanya ketika berucap merasmikan Kongres Penyair Sedunia Kali Ke-33 di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Presiden WACC, Dr. Maurus Young dan Presiden Kongres Penyair Sedunia Ke-33, Madame Wan Hua Chapouthier.

Kongres Penyair Sedunia Ke-33 di Ipoh yang julung kali diadakan di negara ini menghimpunkan lebih 200 penyair dari 29 negara di seluruh dunia.

Antara negara yang mengambil bahagian ialah Indonesia, Korea, Columbia, Denmark, Argentina, Mexico, Perancis, Afrika Selatan, India, Switzerland, Ecuador, Peru dan Mauritius.

Dalam majlis itu, Zambry turut menyampaikan puisi hasil nukilannya sendiri berjudul Kita Akrabkan Satu Dunia Dengan Puisi dan sebuah karya Sasterawan Negara, Usman Awang yang diterjemah ke bahasa Inggeris bertajuk Merpati Putih Jelajahi Dunia Ini.

Majlis itu turut diserikan dengan persembahan deklamasi puisi oleh beberapa peserta antarabangsa.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131023/dn_20/MB-Perak-terima-dua-anugerah-sastera#ixzz2jCSG0xR0
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tuesday, October 22, 2013

Puisi "Merahnya Merah"

Merahnya Merah

Merahnya merah
darah sang pejuang
yang digugah
oleh pendusta bangsa
penyempurna ketaataan sesia

Merahnya merah
darah sang pejuang
yang terbakar hatinya
oleh janji palsu belaka
menutup lara sementara

Merahnya merah
darah sang pejuang
yang tidak betah lagi
oleh omongan di ruang gusi
punca bangsa jadi pengungsi

Merahnya merah
darah sang pejuang
Dia tidak tahan lagi
Merah menjadi marah
Biar tersula demi maruah
Biar terseksa asalkan terelak padah
Biar dia meredah
dengan kesucian wajah
Tiada sekali-kali berpaling tadah
penegak umat yang sah

Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa
Pulau Pinang - Kuala Lumpur
22 Oktober 2013

Sunday, October 20, 2013

Puisi Dedikasi Ulang Tahun Kelahiran oleh Yatim Ahmad

Ini Melayu terbilang

aku utuskan ini warkah sempena
hari ulangtahun kelahiran mu, Paduka
namamu kusebut antara bait
yang berbunyi:

jika tidak kerana karun bangsaku
berhias antara leiden dan oxford
memang tak perlu nama itu aku sebut
sekalipun ia memuntahkan sejuta cendiakawan
kerana antara tiang
dan bumbung mengokoh tembok namanya
adalah hasil menjarah gading yang dari Timur
ketika nenek moyang mereka
belum sembuh petaka zaman kegelapan
kerana kamus Eropah belum kenal
erti segan silu

Tetapi untuk menjejaki lampau
sejarah yang luka
engkaulah Paduka
bernama Kembara Bahasa
jikapun aku tak bebankan
kepulanganmu dari gedung malapetaka itu
untuk mengambil balik hak bangsa dan budaya
tetapi jemari mu bagai membuka kuncinya
apabila menyelak tinta Melayu
dan memutalaahnya
untuk menjadi kenang
kenangan

Tetapi jika getar jemari mu
yang pernah mencuit lembaran itu
mampu menghantar aku
kealam silam ketika perompak
itu memasuki tanah Melayu ini
nah!
ini!
aku dari tanah Borneo Utara
adalah pewaris
kepahlawanan Mat Salleh
meminjam pedang beliau
mengerat tangan pencuri
atau memutus urat tembolok mereka
jangan terlepas semua milik kita
yang diculiknya
menjadi batu loncatan untuk
melumatkan jati diri kita

walaupun akhirnya
anak watan sendiri berdagang
maruahnya menjual bahasa
Melayu
kepada tuan lamanya
atas nama gobalisasi

tapi sejarah tidak pernah mecemuh kita
walaupun kedaulatan ini terbina atas
penindasan
kita akan terus berdiri
pada padang Khatulistiwa ini sebagai
anak Melayu

YATIM AHMAD
Kota Kinabalu
20 Oktober 2013·




Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa:

Penghargaan yang tinggi dan kalungan budi kepada Sdr Yatim Ahmad. Hamba siar ulang puisi yang berkaitan (kembarabahasa.blogspot.com):

Puisi "Kembalikan Hak Pustaka Pusaka"

Cuaca dingin di Netherlands
Pohon rontok kehilangan sinar mentari
Air di sebilangan sungai mula membeku
menghentikan aliran
Tompok salji di sana sini
Angin dingin menggigit kulit
Tiadalah kuhiraukan semua itu
kerana dorongan batinku
dikobarkan oleh hajat nan terpendam sekian lama
berdasawarsa
untuk mengembalikan hak pustaka pusaka bangsa
untuk mengembalikan warisan peradaban
ke pangkuan tanah leluhur
yang dipindahkan ke tanah asing
entah secara rela entah secara paksa

Warisan peradaban besar itu
mewakili tasawur, falsafah, sistem nilai
ungkapan akal budi penuh beretika dan bersalut estetika
dan perihal budi dan daya pencetus sistem siasah dan iktisad
perihal hukum kanun, falak, seni bina, perubatan, persenjataan
dan segala yang dimaknai oleh takrif peradaban
Mengapatah terus dibiarkan berwujud di tanah asing
dipuja dan dirindui dari jauh
tanpa tampak pada mata kasar dan mata hati
Mengapatah terus dibiarkan berlangsung
waris bangsa menyeberang sempadan
untuk menafsirkan makna diri

Dengan berhemah perlu dipadukan
segala upaya dan iltizam
untuk mengembalikan segala warisan peradaban
ke pangkuan alam Melayu
tanpa bertangguh lagi
kerana kita telah kehilangan sebahagian makna diri
sekian lama

Gelora dan badai yang bakal kita hadapi
usah menyurutkan harapan cita pertiwi
Kemaskan kemudi
Berpadu bestari
nescaya terpenuhi
hajat ikhlas di hati
kerana kita tidak mengambil yang bukan hak
melainkan yang hak bagi kita
Semoga langkah mula
bersusulan langkah penuh berdaya
sehingga terhimpun semula segala warisan bangsa
di buminya yang hak
untuk kita taakul, tafsirkan dan manfaatkan
dalam mengenal dan membina makna diri
dalam membina kesinambungan budi dan daya
dalam membina cita dan masa depan wangsa dan negara

~ Kembara Bahasa ~
Hotel Pulitzer, Amsterdam
13 Januari 2013

Saturday, October 19, 2013

Puisi hari lahir "Perjalanan Hayat"

Perjalanan Hayat

Dalam perjalanan hayat
ada cahaya dan ada selaput gelita
ada ria dan ada lara
menang dan kecundang
tenang dan walang
Semua itu sunatullah
bukan malang yang ditempah
tetapi peneguh lafaz syahadah
tentang kudrah dan iradah
semuanya dalam ilmu Allah
daku pasrah menyerah
kepada-Nya bergantung rahmah
daripada-Nya kuharapkan hikmah
mengenal hakikat dunia dan akhirah
menimbang dalam menentukan arah
semoga jalan yang lurus menjadi anugerah
semoga perjalanan hayatku dipayungi barakah
kepada-Nya daku akan berpulang menyembah.

Kembara Bahasa
20 Oktober 2013

Ucapan Hari Lahir 20 Oktober 2013


Muhammad Za'im Mohamad Yusoff mengepos kepada Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa


Ayahanda Pendeta Bahasa Ibunda,

Sinar suria timur ke barat,
Burung bersahut amat memukau,
Tampak terlihat Tuhan nan agung;
Tuan dicipta persis ibarat,
Campak ke laut menjadi pulau,
Buang ke darat menjadi gunung!

Selamat hari lahir,
Dari batin dan juga zahir!



Mohon doa Ayahanda Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa agar kami semua bisa jadi seperti Ayahanda - pejuang warisan di siang hari, pemuja Tuhan di sejadah malam!

Sudilah kita juga menghadiahkan untaian Rumi dalam bentuk madah tersusun buat dipersembah ke hadrat Ayahanda, sang Guru yang mulia -

Wahai sinar mentari seluruh alam,
Tukarkanlah gegunung menjadi logam,
Dan pepohon membenih bebuah lawa,
Dan bebatu bertukar jadi permata!

Dan begitulah tamsilan ilmuwan,
Maulana Rumi telah menyimpulkan,
Pada cahaya ilmu yang kau punya,
Wajib memberi haram menerima!



Baarakallahufik ya Ayahanda!

سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم

Balasan hamba:

Logam besi disepuh emas
Emas asli sinarnya menyerlah
Beramal berbakti dengan ikhlas
Insya-Allah berhasil diredhai Allah

Kiriman dalam Facebook 20 Oktober 2013

Thursday, October 17, 2013

Tazkirah kepada diri: Nilai perjuangan

Tetaplah pegangan hamba pada hakikat bahawa yang penting ialah perjuangan yang berterusan betapa pun besar cabaran dan hambatannya kerana kemanisan perjuangan terletak pada pemenuhan amanah, bukan semestinya pada kemenangan yang mudah.

Kembara Bahasa
18 Oktober 2013/13 Zulhijah 1434

Tuesday, October 15, 2013

Puisi "Dua Duka yang Berbeda"

Dua Duka yang Berbeda

Duka nestapa
perihal dunia
tiadalah sebanding
dengan azab
di alam sana

Duka nestapa
di dunia
seringkali sementara
permainan hidup belaka
menguji dan mencuba
utuh lemahnya jiwa

Duka nestapa
di alam sana
entah bagaimana
kerana belum tiba rasa
namun dalam mushaf telah tertinta
betapa berat tanggungannya

Tiadalah upaya kami
untuk menghadapi dan mengalami
azab pedih yang tak terperi
Kupohon Kautuntun kami
berada di jalan-Mu ya, Ilahi

Kembara Bahasa
16 Oktober 2013/11 Zulhijah 1434

Puisi " Mengintai Rahmat"

Mengintai Rahmat

Seandainya telah ditakdirkan
oleh yang maha menetapkan
yang azali, qadim lagi abadi
daku yakin
yang tertulis di Loh Mahfuz itu
akan zahir menjadi kenyataan
hasrat akan kesampaian
cita akan di puncak kenikmatan

Kita makhluk ciptaan-nya
tiada lebih sebagai pemain peran
yang telah ditetapkan-Nya
Lamun perlu mengisi ruang ikhtiar
berlandaskan akal kurniaan-Nya
atas keyakinan utuh teguh
kerana rahmat-Nya
tiada terjangkau oleh deria dan rasa kita
tiada tercapai oleh firasat dan ramalan kita

Ayuh kita teruskan munajat
Kita teruskan upaya dan kudrat
memohon berkat
mengintai rahmat
Allahumma ya amin.

Kembara Bahasa
14 Oktober 2013

Tazkirah kepada diri: Usah menjadi seperti emas celup



Bak emas celup, perjuangan akan pudar jua jika tiada keikhlasan.

Kembara Bahasa
16 Oktober 2013

Sunday, October 13, 2013

Puisi "Doa untuk Sahabat"



Doa untuk Sahabat
(Mengenang Allahyarhamhu Prof Datuk Ir Raden Umar Raden Suhadi yang dijemput Allah pada 13 Oktober 2013)


Sahabatku, Raden
Sudah tamat perjalananmu
di alam buana yang sementara
Telah bebas dikau
daripada tipu daya dunia
Telah merdeka dikau
daripada taklif segala
Dikau telah dijemput
kembali ke haribaan
Yang menciptakan dikau
Yang maha tahu akan saat tepat segala kejadian
dan sebab musabab yang tidak ketahuan
oleh akal kita yang terbatas di luar kesempurnaan

Tenang damailah dikau
di sisi Yang mengasihi
Yang mengetahui
Yang berkuasa mengampuni
semoga segala amal bakti
sepanjang hayatmu di alam ini
menjadi saksi dan bukti
di hadapan Ilahi
Doa kami mengiringi
perjalananmu di alam yang satu lagi.

Kembara Bahasa
13 Oktober 2013

Wednesday, October 9, 2013

Tazkirah kepada diri: Kesepian sebagai Teman

Seringkali kesepian dan kesunyian dialami kerana tanpa teman, namun kesunyian dan kesepian bisa menjadi teman akrab untuk melakukan renungan.

Kembara Bahasa
10 Oktober 2013

Utusan Malaysia: TPM - Gunakan Bahasa Melayu di IPT

Guna bahasa Melayu di IPT

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI dan SHOLINA OTHMAN
utusanperlis@utusan.com.my




MUHYIDDIN Yassin melepaskan peserta konvoi bahasa selepas majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2013 di Kangar, Perlis, semalam. Turut sama, Azlan Man (kiri). - BERNAMA
KANGAR 8 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan kursus-kursus yang diajar di institusi pengajian tinggi (IPT) menggunakan bahasa Melayu secara lebih meluas memandangkan pelaksanaan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di IPT belum berhasil sejak dilancarkan tiga tahun lalu.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, langkah itu untuk memastikan pelaksanaan pelan yang pada ketika itu diwujudkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi tempoh lima tahun bermula dari 2011 hingga 2015 dapat memartabat dan mengukuhkan bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan serta penerbitan di IPT.

"Saya sedar kursus-kursus kritikal seperti perubatan, undang-undang dan kejuruteraan sebahagian besar menggunakan bahasa Inggeris, namun sepatutnya dari tahun ke tahun terdapat usaha mengubah peratusan pengajaran daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu.

"Jika tidak dilaksanakan sekarang, bila lagi akan dilaksanakan?" katanya ketika berucap melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan 2013 di Dewan 2020, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Azlan Man; Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr. Awang Sariyan.

Walau bagaimanapun, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, dalam mengejar ilmu pengetahuan, rakyat tidak seharusnya berfikiran sempit menolak bahasa Inggeris yang merupakan bahasa antarabangsa tetapi perlu ada usaha meletakkan bahasa Melayu pada tempat sama.

"Bagi tujuan ini, seharusnya bermula di negara sendiri selari dengan perkembangan ilmu pengetahuan di seluruh dunia.

"Ambil contoh negara seperti China, Jepun dan Korea yang masih mengutamakan bahasa ibunda masing-masing dalam soal pemerolehan ilmu pengetahuan di samping menguasai bahasa-bahasa utama dunia yang lain," katanya.

Muhyiddin juga berharap golongan cendekiawan yang aktif menghasilkan karya ilmiah dalam bahasa Melayu khususnya dalam bidang-bidang kritikal seperti perubatan, undang-undang dan kejuruteraan diberi pengiktirafan dan penganugerahan.

Kata beliau, pendekatan itu dapat menggalakkan pensyarah di IPT awam dan swasta menghasilkan karya dalam bahasa kebangsaan.

"Kerajaan menyarankan salah satu syarat kenaikan pangkat pensyarah ialah menulis buku ilmiah atau makalah dalam bahasa Melayu.

"Inilah bidang keberhasilan berimpak tinggi yang harus digerakkan oleh IPT dalam melaksanakan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di IPT," katanya.

Sehubungan itu, kata Muhyiddin, semua IPTA di seluruh negara perlu merujuk pelan tindakan tersebut serta melaksana program melalui strategi yang digariskan supaya terdapat perubahan ketara dalam usaha memartabat bahasa Melayu di IPTA dalam tempoh dua tahun akan datang.

Bagi IPTS pula, tambah beliau, kursus-kursus penting perlu diajar dalam bahasa Melayu selari dengan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996.

"Saya juga menyarankan semua pelajar asing diwajibkan mempelajari bahasa kebangsaan komunikasi selain aspek kebudayaan masyarakat Malaysia," katanya.

266


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131009/dn_02/Guna-bahasa-Melayu---di-IPT#ixzz2hGiEBHjL
© Utusan Melayu (M) Bhd

Dr Shafie Abu Bakar: Gelombang Ketiga Tradisi Keislaman Dan Keilmuan Is...

Dr Shafie Abu Bakar: Gelombang Ketiga Tradisi Keislaman Dan Keilmuan Is...: BBB, 29 Zulkaedah 1434 = 05 Oktober 2013 (Sabtu): Perbincangan yang lepas melibatkan dua gelombang utama di dalam tradisi keislaman ...

Dr Shafie Abu Bakar: Sultan Zainal Abidin 111 Memimpin Majlis Ilmu, Mem...

Dr Shafie Abu Bakar: Sultan Zainal Abidin 111 Memimpin Majlis Ilmu, Mem...: BBB, 01 Zulhijjah 1434 = 06 Oktober 2013 (Ahad): Sultan Zainal Abidin (111) memerintah Terengganu antara 1881-1919. Pada zamannya Te...

Dr Shafie Abu Bakar: Terengganu Juga Mempunyai Panduan Kitab Ketatanega...

Dr Shafie Abu Bakar: Terengganu Juga Mempunyai Panduan Kitab Ketatanega...: BBB, 02 Zulhijjah 1434 = 07 Oktober 2013 (Isnin): Sebagaimana hukum-hukum mengenai ibadat, muamalat dan munakahat, demikianlah berhu...

Dr Shafie Abu Bakar: Nasihat Segala Raja-Raja: Naskhah Dan Kepengaranga...

Dr Shafie Abu Bakar: Nasihat Segala Raja-Raja: Naskhah Dan Kepengaranga...: BBB, 03 Zulhijjah 1434 = 08 Oktober 2013 (Selasa): Setakat ini, naskhah ini adalah satu-satunya didapati yang dimiliki oleh Sultan Z...

Berita Harian: TPM Minta BM Dimartabatkan di IPT

Kursus kritikal IPT perlu guna bahasa Melayu
2013/10/09 - 06:53:49 AM Oleh Nahar Tajri dan Nazwin Nazri

Kangar: Peratusan pengajaran dalam bahasa Melayu bagi kursus kritikal di institusi pengajian tinggi (IPT) perlu dipertingkatkan untuk memastikan statusnya dapat dilonjakkan ke satu tahap lebih wajar.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia bukan bermaksud menidakkan penggunaan bahasa Inggeris kerana banyak kursus kritikal seperti kejuruteraan, undang-undang dan perubatan menggunakan bahasa Inggeris.
Malah, beliau yang juga Menteri Pendidikan meletakkan China, Jepun dan Korea sebagai negara contoh yang mengutamakan bahasa ibunda dalam usaha pemerolehan ilmu tetapi pada masa sama menguasai bahasa utama dunia yang lain.

“Saya sedar kursus kritikal seperti kejuruteraan, undang-undang dan perubatan di IPT menggunakan bahasa Inggeris. Justeru, saya fikir wajar sekali usaha dijalankan untuk mempertingkatkan peratusan pengajaran bagi kursus terbabit dalam bahasa Melayu, berbanding majoriti yang menggunakan bahasa Inggeris kini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2013, di Dewan 2020, di sini, semalam. Hadir sama Menteri Besar Perlis, Azlan Man serta Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh.

Syarat kenaikan pangkat

Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Bulan Bahasa Kebangsaan 2013, turut menyarankan supaya cendekiawan yang aktif menghasilkan karya ilmiah dalam bahasa Melayu khususnya bidang kritikal seperti perubatan, undang undang dan kejuruteraan diberikan pengiktirafan dan anugerah.
“Penulisan ilmiah dalam bidang kritikal sewajarnya dihargai. Malah, kerajaan turut menyarankan satu daripada syarat kenaikan pangkat bagi pensyarah termasuk menulis buku ilmiah atau makalah ilmiah dalam bahasa Melayu.

“Inilah bidang keberhasilan berimpak tinggi yang harus digerakkan dalam melaksanakan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di IPT,” katanya.

Beliau juga meminta semua pihak termasuk badan kerajaan dan bukan kerajaan menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai asas perpaduan negara.

Malah, Muhyiddin mencadangkan program sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan kali ini menerapkan unsur perpaduan dengan pembabitan pelbagai kaum bermula peringkat sekolah hingga dewasa.

Puisi "Seloka Bangsa Leka"

Seloka Bangsa Leka

Gegak gempita melayan rasa
Sorak-sorai terlalu gembira
Konon hilang segala nestapa
Konon selesai segala bala

Tidak diendahkan jiwa nan kosong
Tidak difikirkan pesta berlangsung
Melalaikan hati akal terpasung
Perasaan segera terapung-apung

Ekonomi bangsa corot di angka
Kadang-kadang sedar tetapi selalu lupa
Orang lain menjadi bangsa berjaya
Kita masih di takuk lama

Kembara Bahasa
29 September 2013

Puisi "Di Balik Kesepian"

Di Balik Kesepian

Kesepian
menggamit perhatian
kepada pemberi segala kebahagiaan
Dialah yang tidak pernah melupakan
tetapi ada kalanya terlupakan
Dialah pemberi yang tidak meminta balasan
Dialah tempat kami memujuk hati ketika rawan
Ya, Allah ampunilah kami atas segala kealpaan

Kembara Bahasa
Kangar
8 Oktober 2013

Puisi "Pengimbang Akal"

Pengimbang Akal

Rencana dan lakaran akal
tidak jarang berbaur dengan perasaan
kadangkala dibumbui kedangkalan
tiada kepastian
tercapai kesempurnaan

Tundukkan akal
kepada punca yang awal
kalam Allah kebenaran yang kekal
sabda Nabi daripada perawi yang pangkal
syarah waris anbiya pelengkap bekal

Tiada kelam dan waswas
dalam mencari sesuatu yang asas
suluhan wahyu amatlah jelas
akal terpandu, akidah tidak terjejas
setiap hujah cukup beralas

Kembara Bahasa
12.35 pagi 8 Oktober 2013
Kangar, Perlis

Puisi "Pertanyaan"

Pertanyaan

Sesekali daku bertanya
Apakah akhirnya jalan perjuangan ini
Adakah berulang dongeng Sisyphus
yang terus-menerus menolak batu ke puncak bukit
di situ ada dewa yang sentiasa siap siaga
menghalang batu sampai di puncak
Namun kuteguhkan keyakinan
janji kemenangan bukan ganjaran
kerana yang utama ialah pemenuhan amanah
yang telah terpateri sebagai janji kepada diri

Kembara Bahasa
8 Oktober 2013
Kangar

Sunday, October 6, 2013

Puisi "Deburan Ombak Malam"

Deburan Ombak Malam
(Dedikasi kepada USM penganjur Seminar Serantau Kearifan Setempat)

Deburan ombak
di pantai Kampung Rhu Tapai, Merang
meladen malam yang damai
menemani musafir
yang kelelahan
menarik nafas segar
menghimpunkan kekuatan semula
untuk esoknya melanjutkan misi
mengangkat kearifan bangsa
dalam manca ranah
- kesenian, perubatan, seni bina, kelautan, budaya, teknologi dan yang lainnya
digarap dalam wacana ilmu padu
penyumbang globalisasi seimbang
Barat-Timur dan Timur-Barat
agar kita bukan selama-lamanya
sekadar bangsa penerima dan pengguna
tetapi bangsa pencipta dan penyumbang kepada dunia

Kembara Bahasa
Sutera Beach Resort Terengganu
5 Oktober 2013

Wednesday, October 2, 2013

Puisi "Di RibaTakdir-Mu"

Di Riba Takdir-Mu

Akur daku
duduk dalam riba takdir-Mu
pasrah dan redha
menanti rahmat limpahan-Mu
sambil menggerakkan upaya
ikhtiar bak roda nan terus berputar tak berhenti
Seandainya dengan izin dan kehendak-Mu
akan tertunai hajat
Seandainya belum izin dan kehendak-Mu
tiadalah daku berhenti bermunajat
mengharapkan ihsan belas pada saat yang tepat

Kembara Bahasa
12.05 pagi 3 Oktober 2013

Puisi "Nikmat yang Tak Ternafikan"

"Maka nikmat yang manakah yang dikurniakan oleh Tuhanmu kepada kamu (wahai manusia dan jin) yang hendak kamu nafikan?"

Tiga puluh satu kali
Kauhadapkan pertanyaan
berulang kali kepada kami dan jin
dalam surah al-Rahman, surah Tuhan yang maha pengasih
Kami mendengar
Kami membaca
Namun ada kalanya kami seperti si tuli, ya Allah
Ada kalanya kami seperti si buta, ya Allah
Maka elokkanlah pendengaran kami
dan elokkanlah pelihatan kami
agar kami mendengar dan membaca kalammu
dengan hati kami
dengan akal kami
dengan kalbu kami
mensyukuri segala nikmat-Mu
semoga Dikau menambahnya
tanpa sekali-kali kufur nikmat
kerana menginsafi azabmu yang sungguh pedih

Kembara Bahasa
12.45 pagi 2 Oktober 2013

Tuesday, October 1, 2013

Puisi "Membaca Erti di Balik Takdir"

Ria dan duka
berputar bersilih ganti
mengambil giliran
apabila saatnya tiba.
Terimalah persilihan itu
sebagai fitrah kehidupan
yang mengundang daya fikir
dan kekuatan menafsir
akan erti di balik takdir.

Kembara Bahasa
1.40 petang 1 Oktober 2013

Monday, September 30, 2013

Puisi "Jalan Pulang"

Seandainya dapat kuputar waktu
alam kanak-kanak menjadi pilihanku.
Itulah saatnya bahagia yang tak terucapkan.
Namun fitrah mengundangku
ke alam kini
bagi pengabsahan erti insan
dengan seribu satu taklif
bukan sebagai beban
tetapi sebagai amanah
dalam perjalanan pulang.
Ya Rabbi, lorongkanlah kami
ke jalan pulang yang damai
dan berilah kami kemampuan
melaksanakan apa-apa
yang Dikau amanahkan
bukan sesuatu yang di luar
batas upaya kami.

Kembara Bahasa
11.30 malam 30 September 2013

Wednesday, September 25, 2013

Tazkirah kepada diri: Peribadi berwibawa ibarat sinar mentari


Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa

Biarpun ada kalanya diliputi awan dan sinarnya menjadi redup, sinar mentari tidak kehilangan kuasanya dan tetap menjadi sumber kehidupan seluruh isi alam. Demikianlah orang yang berperibadi teguh tidak kehilangan wibawanya hanya kerana di nafikan atau disekat peranannya.

25 September 2013

Sunday, September 22, 2013

Puisi Waad Alam

Waad Alam:

Sebermula direncanakan
dan diatur oleh Allah
kejadian alam dan sekalian isinya
serta sistem bagi seluruhnya.
Malam tidak akan mendahului siang.
Bulan dan matahari serta semua planet
beredar pada orbit masing-masing dengan taatnya.
Gunung-ganang mengabdikan diri sebagai pasak bumi.
Segala isi alam menjadi sumber makanan, pakaian dan kendaraan untuk manusia.
Demikianlah segala isi alam berwaad.
Maka mengapatah sejumlah makhluk manusia menyalahi waad itu?

24 September 2013

Saturday, September 21, 2013

Kiasan kehidupan di dunia

Kehidupan manusia di dunia kira-kira seperti ungkapan pantun Pak Malau:

Kajang tuan kajang berlipat,
Kajang hamba mengkuang layu;
Dagang tuan dagang bertempat,
Dagang hamba menumpang lalu.

21 September 2013

Monday, September 16, 2013

Dato' Yunus Raiss Tokoh Melayu Terbilang di Luar Negara

Saya temui beliau di Forum Merdeka di Hotel Lancaster, London pada 12 September. Beliau sungguh vokal melahirkan pandangan. Wajah dan kulitnya benar-benar menyerupai orang Inggeris, apatah lagi bahasa Inggerisnya yang persis penutur jati bahasa Inggeris. Saya mengujinya dengan bercakap Melayu dan ternyata bahasa Melayunya cukup baik, tiada pelat sedikit pun walaupun beliau telah 60 tahun lebih bermastautin di UK.

Resume tokoh Melayu terbilang di luar negara, Dato' Yunus Raiss:

Kelulusan dan kerjaya: BA, BSc (Econ), Med, Barrister, LTC L, Dips in TEFL, Hist, Eng. Lit, Intl Affairs, Cert Criminology, FCIL, FRSA, mantan Pengetua Sels College dan Majistret Mahkamah London Barat.

Maklumat rinci: 1. Buta huruf hingga 15 tahun kerana tidak disekolahkan, penolong tukang jahit hingga berusia 18 tahun, ke sekolah petang pada tahun 1950 dan kemudian bersekolah pagi dengan menjadi tukang jahit pada sebelah petang, di Batu Gajah, Perak.
2. Lulus peperiksaan Cambridge School Certificate pada tahun 1953 sesudah bersekolah dalam tempoh hanya tiga tahun setengah. Diberi biasiswa latihan guru di Kolej Kirby, Liverpool, England pada tahun 1954. Ditempatkan di Maktab Perguruan Sultan Idris pada tahu 1957 selama enam bulan, kemudian mengajarkan Bahasa Inggeris dan Sejarah di Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR), iaitu satu daripada dua buah sekokah berasrama penuh untuk anak Melayu yang ditubuhkan sebelum Merdeka.
3. Ke England semula pada tahun 1963 untuk mengikuti pengajian undang-undang dan ke Bar (Lincoln's Inn) pada tahun 1970. Sambil itu mengikuti beberapa kursus ijazah dan diploma di UK dari 1963 hingga 2011.
4. Menyertai John Haycraft, pengasas International House, perintis pengajaran bahasa Inggeris kepada dunia pada tahun 1964 dan mengajarkan Bahasa Inggeris kepada guru terlatih dalam Bahasa Inggeris untuk pelajar asing. Riwayat hidupnya tercatat dalam autobiografi John Haycraft "Adventure of a Language Traveller". Mengajarkan Bahasa Inggeris di Kennington Boys' School di London dan pensyarah di ILEA Pultney/Westminster Kingsway College 1968-75. Pensyarah pelawat ELT di University of Leicester School of Education 1969-76.
5. Menubuhkan sekolah Inggeris sendiri, Sels College pada tahun 1975 untuk orang dewasa dan profesional, dengan akreditasi oleh British Council, hingga ditutup pada tahun 2008.
6. Dilantik sebagai Majistret Mahkamah London Barat pada tahun 1991.
7. Dianugerahi Dato' oleh Sultan Perak pada tahun 1992.
8. Dipilih ke Athenaem Club pada tahun 1993 dan Fellow of the Royal Society of Arts pada tahun 1994.
9. Mengikuti kursus Linguistik Terapan dan Critical Legal Practice di Birkbeck College University of Lindon 2008-2010.
10. Memiliki dua ijazah sarjana - MSc dalam Educational Research (Surrey) dan MA dalam 20th Century Diplomatic History (Birkbeck London).

Inilah insan contoh bagi bangsa Melayu!

Sunday, September 15, 2013

Oxford University: A Brief History

A brief history of the University

As the oldest university in the English-speaking world, Oxford is a unique and historic institution. There is no clear date of foundation, but teaching existed at Oxford in some form in 1096 and developed rapidly from 1167, when Henry II banned English students from attending the University of Paris.

In 1188, the historian, Gerald of Wales, gave a public reading to the assembled Oxford dons and in 1190 the arrival of Emo of Friesland, the first known overseas student, set in motion the University's tradition of international scholarly links. By 1201, the University was headed by a magister scolarum Oxonie, on whom the title of Chancellor was conferred in 1214, and in 1231 the masters were recognized as a universitas or corporation.

In the 13th century, rioting between town and gown (townspeople and students) hastened the establishment of primitive halls of residence. These were succeeded by the first of Oxford's colleges, which began as medieval 'halls of residence' or endowed houses under the supervision of a Master. University, Balliol and Merton Colleges, which were established between 1249 and 1264, are the oldest.

Less than a century later, Oxford had achieved eminence above every other seat of learning, and won the praises of popes, kings and sages by virtue of its antiquity, curriculum, doctrine and privileges. In 1355, Edward III paid tribute to the University for its invaluable contribution to learning; he also commented on the services rendered to the state by distinguished Oxford graduates.

From its early days, Oxford was a centre for lively controversy, with scholars involved in religious and political disputes. John Wyclif, a 14th-century Master of Balliol, campaigned for a bible in the vernacular, against the wishes of the papacy. In 1530, Henry VIII forced the University to accept his divorce from Catherine of Aragon, and during the Reformation in the 16th century, the Anglican churchmen Cranmer, Latimer and Ridley were tried for heresy and burnt at the stake in Oxford.

The University was Royalist in the Civil War, and Charles I held a counter-Parliament in Convocation House, and in the late 17th century, the Oxford philosopher John Locke, suspected of treason, was forced to flee the country.

The 18th century, when Oxford was said to have forsaken port for politics, was also an era of scientific discovery and religious revival. Edmund Halley, Professor of Geometry, predicted the return of the comet that bears his name; John and Charles Wesley's prayer meetings laid the foundations of the Methodist Society.

The University assumed a leading role in the Victorian era, especially in religious controversy. From 1833 onwards The Oxford Movement sought to revitalise the Catholic aspects of the Anglican Church. One of its leaders, John Henry Newman, became a Roman Catholic in 1845 and was later made a Cardinal. In 1860 the new University Museum was the scene of a famous debate between Thomas Huxley, champion of evolution, and Bishop Wilberforce.

From 1878, academic halls were established for women and they were admitted to full membership of the University in 1920. Five all-male colleges first admitted women in 1974 and, since then, all colleges have changed their statutes to admit both women and men. St Hilda's College, which was originally for women only, was the last of Oxford's single sex colleges. It has admitted both men and women since 2008.

During the 20th and early 21st centuries, Oxford added to its humanistic core a major new research capacity in the natural and applied sciences, including medicine. In so doing, it has enhanced and strengthened its traditional role as an international focus for learning and a forum for intellectual debate.

Back to top
Print this page

Friday, September 13, 2013

Pernyataan Media: Kamus Dewan dalam talian sejagat Oxford University Press



"Pernyataan Media Ketua Pengarah tentang Program Kamus Dewan Dalam Talian Sejagat Oxford University Press"

Pada 11 September 2013, mesyuarat khas telah diadakan oleh DBP Malaysia yang diketuai oleh Ketua Pengarahnya Datuk Dr. Awang Sariyan dengan Oxford University Press di ibu pejabatnya di Oxford, UK yang diketuai oleh Ketua Pemerolehan Bahasa Hal Ehwal Akademik Global, Puan Vivian Marr.

Sebagai penerbit ulung sejak abad ke-15, termasuk kamus, OUP yang menjadi salah satu jabatan Universiti Oxford menubuhkan Rangkaian Sejagat Oxford dengan menerbitkan bahan dalam lebih 40 bahasa sedunia, termasuk bahasa Melayu melalui syarikat cawangannya Oxford Fajar.

Khusus untuk kamus, OUP mewujudkan khidmat Oxford's Global Language Solutions (GLS) untuk mengenal pasti kamus ekabahasa terbaik dalam pelbagai bahasa sedunia untuk dimasukkan dalam program kamus dalam talian sejagat. OUP telah mengenal pasti Kamus Dewan sebagai kamus yang sesuai untuk program pelesenan dengannya bagi tujuan menenuhi khidmat kamus dalam talian sejagat. Lembaga Penilai Kandungan OUP akan melakukan penilaian dan sesudah selesai aspek itu, urusan perjanjian untuk pelesenan Kamus Dewan dengan OUP akan dimeteraikan. Draf perjanjian telah pun disiapkan oleh OUP dan DBP akan mengkajinya sebelum menandatanganinya. Dijangka sebelum hujung tahun 2013 urusan pentadbiran akan selesai dan kerja memasukkan data Kamus Dewan ke dalam sistem pangkalan data OUP akan dapat dimulakan ada awal tahun 2014.

Dengan terlaksananya program kamus dalam talian sejagat itu, bahasa Melayu mendapat peluang dan ruang yang cukup luas untuk berkembang di peringkat antarabangsa apabila sesiapa sahaja di dunia dapat merujuk kepada Kamus Dewan. Program itu turut memberi DBP peluang dan kemudahan mengemaskinikan Kamus Dewan dengan cepat agar pengguna memperoleh maklumat terkini tentang penggunaan kosa kata bahasa Meayu dengan tidak perlu menunggu bertahun-tahun untuk mendapat edisi terkini. Dariada sudut yang lain, DBP secara langsung memperoleh pasaran dan pendapatan dariada sumber antarabangsa melalui program elemen itu.

Misi mengantarabangsakan bahasa Melayu melalui program kamus dalam talian sejagat itu merupakan salah satu pengisian program 10 hari DBP di UK. Program lain yang utama ialah Kursus Bahasa Melayu dan Patriotisme kepada warganegara Malaysia di seberang laut, dengan kota Manchester sebagai destinasi pertama dan kolaborasi pendigitilan serta kajian bersama manuskrip Melayu lama dengan British Library, School of Oriental and African Studies (SOAS) London University, Perpustakaan Bodleian Oxford University dan Perpustakaan John Rylands Manchester University.

Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan
London

Sent from my iPad

Kamus Dewan dalam talian sejagat Oxford University Press

Kamus Dewan Bakal Sertai Kamus Dalam Talian Sejagat Oxford

BESUT, 13 Sept (Bernama) -- Bermula tahun depan, kamus bahasa Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dapat diakses menerusi kamus dalam talian sejagat Oxford's Global Language Solutions (GLS).

Ketua Pengarah DBP Datuk Dr Awang Sariyan berkata perkara itu direalisasikan menerusi kerjasama DBP dan Oxford University Press (OUP).

"OUP telah mengenal pasti Kamus Dewan sebagai kamus yang sesuai untuk program pelesenan dengannya bagi tujuan memenuhi khidmat kamus dalam talian sejagat," katanya dalam kenyataan kepada Bernama, di sini Jumaat.

Beliau berkata perjanjian mengenai kerjasama itu dijangka ditandatangani DBP dan OUP sebelum hujung tahun ini dan proses memasukkan data Kamus Dewan ke dalam pangkalan data OUP dijadualkan awal tahun depan.

"Dengan terlaksananya program kamus dalam sejagat itu, bahasa Melayu mendapat peluang dan ruang yang cukup luas untuk berkembang di peringkat antarabangsa apabila sesiapa sahaja di dunia dapat merujuk kepada Kamus Dewan," katanya.

Awang berkata program itu juga memberi peluang kepada DBP untuk mengemas kini Kamus Dewan dengan cepat dan pengguna tidak perlu menunggu sehingga bertahun-tahun untuk mendapatkan edisi terkini Kamus Dewan.

-- BERNAMA

Monday, September 9, 2013

Puisi "Hujan Maknawi"

Hujan maknawi

Hujan pagi
Hujan tengah hari
Hujan petang
Hujan malam
Hujan dinihari
Kesemuanya rahmat Ilahi
Kesemuanya nikmat Rabbul Izzati
yang tiada sekali-kali
akan kuingkari
apatah lagi kukufuri

Holiday Inn Regent's Park, London
10 September 2013

Puisi "Catatan Persinggahan di Schipol"

Catatan Persinggahan di Schipol

Schipol
aku singgah bukan sekadar menumpang lalu
kerana di daerah lingkunganmu
kuketahui sekian banyak
khazanah bangsaku
dibawa penjarah ke situ
sehingga aku perlu
menyeberang ribuan batu
untuk menyaksikan segala kebijakan
dan segala kecendiaan leluhurku
dalam manca bidang dan manca ranah

Aku bertekad
semua warisan peradabanku itu
mesti dibawa pulang
ke haribaan waris mahawangsa
di alam Melayu
untuk dihayati dan diteliti
dan dipersadakan
sebagai wasilah ta'dib
anak bangsaku
meskipun tidak dalam sosok aslinya

Manchester
8 September 2013

Kematian bukan milik orang tua sahaja


Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa

Peribahasa lama "Pelepah bawah gugur, pelepah atas jangan gelak." mengingatkan orang muda agar tidak menganggap orang tua sahaja yang mati, kerana yang muda akan tua akhirnya dan bahkan tidak kurang yang muda mendahului yang tua.

9 September
Byron Hotel, London

Saturday, August 31, 2013

Bahasa dan Kemerdekaan


Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa

Bendera negara lambang kewujudan dan kedaulatan negara. Demikianlah jua bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa negara ialah lambang dan bahkan jiwa rakyatnya. Merdekakan diri daripada anggapan bahawa negara tidak dapat maju dengan berasaskan bahasa sendiri. Itu fikiran orang yang tidak merdeka. Bahasa asing kita perlukan sebagai nilai tambah, bukan sebagai pengganti bahasa sendiri. Hayati ayat 22, Surah al-Rum.

31 Ogos 2013

Monday, August 26, 2013

Isu "Respek Wanita"


Isu slogan atau tema "Respek wanita" bagi sambutan Hari Wanita 2013 telah agak banyak saya kupas pada siaran Fb sejumlah rakan yang menimbulkannya. Ungkapan itu baru satu daripada sekian banyak ungkapan yang diciptakan tanpa rasa peka, cakna dan bertanggungjawab terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa tamadun besar. Usaha memanau, menegur dan bahkan yang lebih "garang" seperti pelaksanaan Audit Bahasa di kementerian dan kerajaan negeri dan Penarafan Bintang di PBT di seluruh negara diyakini ada kesan yang jelas.

Namun seperti pihak berkuasa lain yang mengetatkan pelaksanaan peraturan berhadapan dengan sejumlah manusia yang terus berbuat onar, maka begitulah juga ada sejumlah pihak yang tidak peduli akan usaha kita membina tamadun bermaruah dan bergerak dengan selera dan caranya yang bertentangan. Tawaran dan khidmat yang diberikan untuk perundingan dan khidmat nasihat bahasa tiada ertinya bagi mereka kerana mereka itu pengamal liberalisme dan kononnya dalam kabilah orang moden dan maju, yang tidak berasa bersalah meminggirkan akar dan jati dri serta citra tamadun bangsanya.

Isu seperti "respek wanita" ialah isu taadun, sikap, pemikiran dan pandangan alam yang tidak dapat diselesaikan sekadar dengan menuding jari kepada sesiapa pun. Isu itu gambaran dekonstruktifisme yang kurang disedari atau tidak dianggap salah oleh sebahagian anggota masyarakat. Kta memerlukan agenda besar dan tegas melalui sistem pendidikan dan semua sektor kehidupan di negara ini untuk membina sikap bahasa, tamadun dan pandangan alam yang tepat dengan gagasan pembangunan menurut acuan kita.

27 Ogos 2013

Saturday, August 24, 2013

Tazkirah kepada diri: Hati-hati mencari laba

Ada peribahasa yang berbunyi "Di mana ada gula di situ adalah semut." Namun tidak jarang adanya semut yang mati di dalam gula.

25 Ogos 2013

Tazkirah kepada diri: Membina Kesempurnaan dalam Ketidaksempurnaan

Benar bahawa hakikat insan tidak sempurna, namun menjadikannya alasan untuk tidak mencuba dan berusaha berbuat atau menghasilkan sesuatu dengan sempurna justeru menambah ketidaksempurnaan diri.

25 Ogos 2013
Pulau Pinang

Friday, August 23, 2013

Anekdot Bahasa: Linguistik dan Logistik

Seorang ahli bahasa diundang untuk memberikan ceramah di sebuah jabatan. Ketika memperkenalkan ahli bahasa itu kepada khalayak, pengerusi majlis menyebut bahawa penceramah ialah "ahli logistik" yang terkenal. Sebahagian khalayak mengerutkan dahi kerana meragui keterangan itu, sementara yang lain tidak merasakan kejanggalan apa-apa kerana tidak menyedari adanya kesilapan yang terjadi.

Kasihan ahli lingustik atau ahli bahasa itu kerana tidak pernah terlatih dalam bidang pengurusan kemudahan dan peralatan tetapi diperkenalkan sebagai ahli logistik. Mujur sahaja beliau tidak diminta berceramah tentang kemudahan dan peralaan ketenteraan dan yang seumpamanya. Ceramahnya masih tetap tentang linguistik atau bahasa.

Kembara Bahasa
24 Ogos 2013

Friday, August 16, 2013

Kumpulan Pemikir Ibnu Khaldun

Bersempena dengan 100 hari kepemimpinannya, Ketua Menteri Melaka menubuhkan Kumpulan Pemikir Ibnu Khaldun untuk membantunya menggerakkan islah di negeri yang dipimpinnya. Dengan berteraskan tiga slogan "Berkat, Tepat, Cepat" dan berpaksikan agama sebagai suluh, diharapkan kesediaan beliau mendengar pandangan, nasihat dan teguran para pemikir itu membawa arah jelas bagi pembangunan yang seimbang, antara pembangunan lahiriah dengan pembangunan rohaniah. - Hotel Costa De Rio, Melaka, 16 Ogos 2012

17 Ogos 2013

Thursday, August 15, 2013

Puisi "Apabila Kata Kehilangan Makna"

Apabia ada kalanya
kata-kata kehilangan makna
zahirnya hambar hampa
kata tak berjiwa
Maka berbicaralah
kepada diri sendiri
mendengar suara hati
dengan sandaran kepada Ilahi
mudah-mudahan akan terbit erti

Kembara Bahasa
16 Ogos 2013

Wednesday, August 14, 2013

Puisi "Denai Peradaban"

Denai peradaban

Masih mampukah
kita jejaki denai itu
laluan lebih satu alaf
leluhur kita melakar sejarah
membina akar peradaban bangsa
mengacu tasawur bersendikan risalah Ilahi
membentuk wacana pelbagai ranah
dengan bahasa yang padu bermutu?

Masih mahukah
sekalian pemuka kita
menelusur denai peradaban itu
menjadikannya sendi pembinaan negara
agar warga tidak larut
dalam agenda penyirnaan sejagat?

Kembara Bahasa
15 Ogos 2013

Tuesday, August 13, 2013

Tazkirah kepada diri: Memupuk keharmonian bersama

Bukan kerana kita dalam satu kelompok maka kita benar dalam segala-galanya, dan bukan kerana kita tidak dalam kelomopok lain maka kelompok itu salah segala-galanya. Mari bermula dengan asas-asas persamaan atau persefahaman, biarpun sedikit atau kecil, untuk membina keharmonian.

7 Syawal 1434/14 Ogos 2013

Saturday, August 10, 2013

Tazkirah kepada diri: Kesepian yang bererti

Kesepian bukan hukuman
melainkan suatu kesempatan
untuk diri membetulkan haluan

Kembara Bahasa
4 Syawal 1434/11 Ogs 2013

Puisi "Zikir Alam"

Petir dan guruh
yang menyertai hujan malam
ialah zikir alam
mengingatkan daku
agar tidak lagha
sesudah tiada lagi
gema ayat-ayat suci bersela salawat
dalam solat tarawih dan witir
yang baru berlalu

Malam 4 Syawal 1434/10 Ogos 2013

Friday, August 9, 2013

Puisi "Aidilfitri di desa"

Desaku
biarpun dikau tidak seperti dahulu
kerinduan kepada zaman gembiraku
terubat jua
Bersama ibunda dan sanak-saudara
biarpun sekejap
memberikan erti
menyempurnakan Aidilfitri

2 Syawal 1434/9 Ogos 2013

Monday, August 5, 2013

Tazkirah kepada diri: Usah membuka keaiban orang

Janji Allah, bagi sesiapa yang menutup keaiban orang lain, maka Allah menutup keaibannya. Maka itu berfikir panjanglah jika ada niat untuk membuka keaiban orang lain kerana pada waktu lain Allah akan membuka keaiban kita pula.

5 Ogos 2013

Sunday, August 4, 2013

Sembang Labu dan Labi: Menjaga hak orang lain

Sembang Labu dan Labi:

Labu: Kaudengar tazkirah Imam Salman sesudah Subuh tadi?
Labi: Aku terlena, mengantuk.
Labu: Orang lain pun beribadat malam, tetapi mendengar tazkirah. Menuntut ilmu bukankah wajib?
Labi: Apa ceritanya?
Labu: Imam Salman mengingatkan agar kita tidak mengambil hak orang lain.
Labi: Itu semua orang tahu.
Labu: Tahu satu hal, beramal satu hal lain. Kadang-kadang dalam hal yang kecil kita tak ambil berat.
Labi: Contohnya?
Labu: Kata Imam Salman, dalam jamuan, ada orang yang haloba, mengambil hak orang lain. Contohnya, dia patut mengambil seketul ayam tetapi diambilnya dua atau tiga ketul sehingga ada tamu yang tidak mendapat bahagian. Itu dosa yang kurang disedari oleh kebanyakan orang.
Labi: Eh, yalah. Aku pun biasa begitu. Berdosa ya?
Labu: Ya, mengambil hak orang lain haram hukumnya, walaupun benda yang kecil. Bertambah lagi dosa kerana biasanya daripada sifat tamak berlaku pula pembaziran. Makanan yang diambil melebihi kemampuan kita makan menyebabkannya terbuang menjadi sisa.
Labi: Ha, aku pun nak memberikan tazkirah. Orang yang membazir itu saudara syaitan.
Labu: Bagus, kalau engkau tak lena semasa tazkirah tadi, banyak lagi aku dapat mendengar tazkirah daripada engkau.

5 Ogos 2013

Tazkirah kepada diri: Tabii bulan beredar mengelilingi bumi


Wahai bulan! Sunatullah menetapkan tabiimu beredar mengelilingi bumi, bukan matahari. Dengan demikan, tiadalah dikau musnah terbakar.

4 Ogos 2013

Monday, July 29, 2013

Puisi "Titipan Doa"

Titipan Doa

Sahabat
Sudah saatnya dikau pulang
menemui pemilik hakiki
mendahului kami
yang pasti mengikutimu
pada ketika yang terhijab
pada tabir rahsia-Nya

Telah tamat
segala yang tertaklif ke atasmu
yang fardu ain dan fardu kifayah
semoga telah terlunas segalanya
Kini tempoh istirahatmu
dalam penantian hari hisab
Yaumil Mahsyar

Kutitipkan doa
semoga istirahatmu
dalam payungan rahmat-Nya
sebagaimana kami harapkan
titipan doa
sekalian waris yang soleh
dan sahabat handai
apabila kelak
tiba giliran kami
menyertaimu di sana

Kembara Bahasa
29Julai 2013

Puisi "Erti Pelayaran Itu"

Erti Pelayaran Itu

Memang pelayaran itu
pasti melalui sesuatu yang lumrah
dugaan dilambung ombak
ujian dirempuh gelombang
diserang badai

Namun pelayaran itu
memberikan erti besar
akan kesiapsiagaanmu
menampan cabaran
untuk sampai di pulau impian
yang memerdekakanmu
dari tanah daratan
yang mengekang kesuburan daya tilikmu
yang menghambat kemekaran daya pekamu

Pelayaran itu
seyogia memberimu pilihan
antara mengangkat idealismemu
dengan meraikan stats quomu

Pelayaran itu
memberimu erti yang khusus
layarilah samudera
hadapilah tantangan alam
Semoga dikau memperoleh
erti yang kaucari itu

Kembara Bahasa
29 Julai 2013

Tuesday, July 23, 2013

Sembang Labu dan Labi: Antara Idea dan Firasat

Sembang Labu dan Labi:

Labi: Tak adakah idea yang lebih baik?
Labu: Apa pula yang tak memuaskan hati engkau?
Labu: Beri peluang dan masa idea itu dilaksanakan.
Labi: pasti gagal, pasti gagal.
Labu: Belum dicuba bagaimana engkau pasti idea itu gagal terlaksana?
Labi: Aku ada firasat.
Labu: Elok kaugunakan firasat engkau itu untuk mencari idea yang lebih baik. Ada? Senyap pula engkau. Duduk di tepi padang gayanya lebih handal daripada pemain yang berhempas-pulas di tengah padang.

Kembara Bahasa
24 Julai 2013

Pantun Mengenang Jasa Ibu Bapa

Pohon pinang pohon kelapa,
Hiasan desa tanah seberang;
Mengenang jasa ibu dan bapa,
Air mata jatuh berlinang.

Bulan puasa bulan mulia,
Pahala berganda kurniaan Allah;
Tanda ingat akan jasa ibu bapa,
Sentiasa mendoakan mereka di alam barzakh.

Kembara Bahasa
23 Julai 2013

Sunday, July 21, 2013

Kenangan berpuasa di Beijing

Mengenang berpuasa di rantau orang semasa bertugas di Beijing - selain memasak sendiri, ada kalanya hamba membeli lauk "ta pan ji" (seperti kari ayam, lengkap dengan kentang) dan "gambao chi ding" (ayam cencang masak berlada, dengan daun bawang besar dan acang goreng).

Kudoakan sahabat-sahabat Islamku di Beijing, Zeng zhou, Lan Zhou, Yin Chuan, Herbei, Sanya Hainan, Hu He Haote, Urumuqi, Guang Zhou, Xi'an, Kunmimg, Na Gu dan lain-ain dirahmati Allah. Semoga kita diberi kesempatan oleh Allah bersua lagi.

22 Julai 2013

Tazkirah kepada diri: Berbuat baik tanpa menuding jari kepada orang lain


Niat dan rancangan untuk berbuat sesuatu kebaikan memang suatu kemuliaan. Maka laksanakanlah dengan tidak perlu menuding jari kepada pihak lain yang tidak berbuat demikian atau yang dianggap tidak melaksanakannya dengan memuaskan. Semoga kebaikan itu diberkati Allah.

Kembara Bahasa
21 Julai 2013

Saturday, July 20, 2013

Cetusan Isu: Melayu dan Islam

Apakah masalahnya berbicara tentang Melayu dan Islam? Bukankah sunatullah bahawa Melayu sebagai bangsa diciptakan Allah bersama-sama sekian banyak bangsa lain di muka bumi? Takdir Allah bangsa Melayu disinari risalah tauhid lalu terbentuk pandangan sarwa atau pandangan alam yang berasaskan Islam. Maka berbicara tentang Islam yang memberikan makna diri Melayu bukan sesuatu yang asing apatah lagi aneh, kecuali Melayu yang berpandangan demikian menilai Melayu dan Islam itu terpisah.

Kembara Bahasa
20 Julai 2013

Friday, July 19, 2013

Puisi "Kalam Allah"

Kalam Allah

Tenggelam daku
dalam alunan syahdu
kalam Allah
yang meniti di bibir imam
dalam solat tarawih dan witir
bersela dengan salawat dan tasbih
memuja Kekasih maha berkuasa
dan kekasih utusan-Nya

Cukuplah kalam bicara-Mu
bagiku
dengan kebenaran yang muktamad
daripada mendengar
bicara manusia
yang lebih banyak kosong hampa

Menjelang tengah malam 19 Julai 2013

Puisi "Kalam Allah"

Kalam Allah

Tenggelam daku
dalam alunan syahdu
kalam Allah
yang meniti di bibir imam
dalam solat tarawih dan witir
bersela dengan salawat dan tasbih
memuja Kekasih maha berkuasa
dan kekasih utusan-Nya

Cukuplah kalam bicara-Mu
bagiku
dengan kebenaran yang muktamad
daripada mendengar
bicara manusia
yang lebih banyak kosong hampa

Menjelang tengah malam 19 Julai 2013

Puisi "Kalam Allah"

Kalam Allah

Tenggelam daku
dalam alunan syahdu
kalam Allah
yang meniti di bibir imam
dalam solat tarawih dan witir
bersela dengan salawat dan tasbih
memuja Kekasih maha berkuasa
dan kekasih utusan-Nya

Cukuplah kalam bicara-Mu
bagiku
dengan kebenaran yang muktamad
daripada mendengar
bicara manusia
yang lebih banyak kosong hampa

Menjelang tengah malam 19 Julai 2013

Puisi "Kalam Allah"

Kalam Allah

Tenggelam daku
dalam alunan syahdu
kalam Allah
yang meniti di bibir imam
dalam solat tarawih dan witir
bersela dengan salawat dan tasbih
memuja Kekasih maha berkuasa
dan kekasih utusan-Nya

Cukuplah kalam bicara-Mu
bagiku
dengan kebenaran yang muktamad
daripada mendengar
bicara manusia
yang lebih banyak kosong hampa

Menjelang tengah malam 19 Julai 2013

Puisi "Kalam Allah"

Kalam Allah

Tenggelam daku
dalam alunan syahdu
kalam Allah
yang meniti di bibir imam
dalam solat tarawih dan witir
bersela dengan salawat dan tasbih
memuja Kekasih maha berkuasa
dan kekasih utusan-Nya

Cukuplah kalam bicara-Mu
bagiku
dengan kebenaran yang muktamad
daripada mendengar
bicara manusia
yang lebih banyak kosong hampa

Menjelang tengah malam 19 Julai 2013

Gurindam "Memelihara Kata"

Gurindam "Memelihara Kata"

Ada pun anggota yang satu itu
punca banyaknya orang berseteru

Bergerak lidah, gusi dan bibir
mudahnya terbit kata bergulir

Seandainya dihalusi dengan berfikir
nescaya perkataan baik yang zahir

Seandainya diikut nafsu dan perasaan
keluar segala yang tidak keruan

Perkataan yang baik dituntun akal
Perkataan yang cela pengaruh otak dangkal

Dengan niat yang ikhlas
tutur kata tidak terbabas

Dengan niat bersarang hasad
terhambur perkataan yang kesat

Sebelum berkata sempurnakan selidik
supaya ketahuan diri cerdik

Berkata tanpa niat nan mulia
bertumpuk saham untuk ke neraka

~Kembara Bahasa~
Asar 19 Julai 2013

Wednesday, July 17, 2013

Sembang Labu dan Labi

Sembang Labu dan Labi:

Labi: Masalah begitu pun tidak selesai.
Labu: Agaknya sedang diselesaikan. Ada masalah yang mengambil waktu untuk diselesaikan.
Labi: Hm, kalau aku mudah sahaja menyelesaikannya.
Labu: Tak elok bercakap begitu. Itu riak. Kalau ada idea, beritahulah pihak berkenaan.
Labi: Biarkanlah. Untuk apa aku memikirkan cara menyelesaikannya? Yang penting selesaikan masalah itu.
Labu: Jangan hanya mementingkan diri. Elok kita berkongsi idea membantu menyelesaikannya. Mengata-ngata orang sahaja tidak menyelesaikan masalah.

Kembara Bahasa
17 Julai 2013

Tuesday, July 16, 2013

Soal Jawab Bahasa: "Menghadiahkan" dan "Menghadiahi"

"Pengarah menghadiahkan En. Hasan sebuah telefon bimbit dalam majlis perpisahan itu," kata pengacara majlis. Tampaknya En. Hasan mungkin perlu dibalut dengan kertas sebelum disampaikan kepada penerimanya.

Jika dikatakan "Pengarah menghadiahkan sebuah telefon bimbit kepada En. Hasan", jelas bahawa telefon bimbit itulah yang menjadi hadiah, bukan En. Hasan.

Boleh juga dikatakan "Pengarah menghadiahi En. Hasan sebuah telefon bimbit." dengan makna bahawa En. Hasan ialah penerima hadiah.

Kembara Bahasa
16 Julai 2013

Monday, July 15, 2013

Tazkirah kepada diri: Nilai kesabaran


Apakah yang dapat merawat rasa duka, kecewa dan amarah kalau bukan kesabaran?

Kembara Bahasa
16 Julai 2013

Puisi "Gurindam Menilik Diri"

Gurindam Menilik Diri

Apatah diharapkan jasa orang
Dayunglah perahu meluncur ke seberang

Apatah disesali hal yang sudah terjadi
Ikhtiarkan segera agar dapat diatasi

Apatah dimarahi orang tidak berbuat apa-apa
Bukankah kita yang berusaha insya-Allah mendapat pahala

Apatah faedahnya mengata-ngata
Diri sendiri manakan sempurna

Apatah guna meremehkan kerja orang
Hasil kerjanya sendiri bagai telur tembelang

Apatah dibesar-besarkan perkara yang kurang
Tambah dan baikilah tidak perlu menyerang

Apatah ditenung tungau di seberang
Gajah di hadapan mata pelihatan terhalang

~ Kembara Bahasa ~
12.30 pagi 16 Julai 2013

Saturday, July 13, 2013

Puisi "Bisikan Kalbu"

Bisikan Kalbu

Ribuan bait puisi
ribuan nukilan prosa
tidak mungkin mampu mengungkapkan
rasa syukur
atas nikmat yang Kauanugerahkan

Di tangan-Mu segala kekuasaan
Di wujud-Mu segala kebesaran
Di wajah-Mu segala keindahan
Engkaulah segalanya
Pencipta, pemilik dan penentu
Tiadalah kepada yang lain
melainkan kepada Engkaulah sahaja
kami bermohon
kami berlindung
kami berserah
Engkaulah pemilik kami.

Kembara Bahasa
Sesudah Subuh 5 Ramadan 1434/14 Julai 2013

Tazkirah kepada diri: Menjaga mulut yang satu

Alangkah mulianya
jika yang terbit daripadanya
kata semerbak kesturi
ungkapan penenang hati
madah pancaran akal bestari
bukan kata racun sukma
bukan ujaran mengadu domba
bukan hasutan membakar rasa

Ini waktunya semua patut mencuba.

Kembara Bahasa
13 Julai 2013

Wednesday, July 10, 2013

Munajat fajar

Ya, Allah berikanlah bantuan dan inayah-Mu kepada kami dalam usaha kami memartabatkan tamadun bangsa dan negara melalui bidang bahasa dan persuratan. Lepaskanlah kami daripada ujian yang menghambat kelancaran ikhtiar kami, khususnya dalam memperkaya khazanah ilmu dalam bahasa Melayu. Datangkanlah bantuan penyelesaian terhadap kemelut yang menguji kami. Amin.

11 Julai 2013

Tazkirah kepada diri: Jangan hapuskan pahala dengan dosa

Sembang Labu dan Labi:

Labu: Eh, kereta engkau ini tak betul letaknya. Susah kereta yang kaublok nak keluar nanti.
Labi: Di sini dekat; dia kena tunggullah hingga selesai solat tarawih nanti.
Labu: Tak boleh begitu. Engkau solat 20 rakaat. Kalau orang itu solat lapan rakaat dan perlu balik cepat bagaimana?
Labi: Alah, aku kan solat, bukan saja-saja.
Labu: Solat tarawih bagus, tetapi jangan kauhapuskan pahala solat sunat dengan dosa menyusahkan orang lain. Ibadat luas maknanya. Menjaga kebajikan orang lain pun ibadah, bukan solat sahaja.

Kembara Bahasa
11 Julai 2013

Saturday, July 6, 2013

Tazkirah kepada diri: Erti merdeka

Bukalah kurungan yang memenjarakan jiwa.
Leraikan simpulan tali yang mengikat rasa.
Merdekakan akal di bawah suluhan cahaya.

7 Julai 2013

Friday, July 5, 2013

Keruntuhan keluarga besar


Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa
7 minit yang lalu berhampiran Kuala Lumpur

Melayang kenangan ke alam kanak-kanak dan remaja di kampung dahulu. Keluarga besar menjadi pengikat silaturrahim. Hubungan dengan embah (datuk), nenek, buyut (moyang), wak, paman, lek (semua bermakna pakcik tetapi dengan ciri khusus daripada segi kekerabatan), bibik (ibu saudara, bukan pembantu rumah seperti fahaman umum kini), kakang, mas, mbakyu. Kini keluarga besar tidak menjadi penanda kekerabatan yang utuh seperti pada zaman dahulu.

Kembara Bahasa
6 Juai 2013

Tazkirah kepada diri: Jagalah silaturrahim

Tazkirah kepada diri:

Bersilaturrahim itu indah
Bermusuhan membawa padah
Saling bermaafan membawa barakah
Fitnah dan khianat membawa rebah

Kembara Bahasa
6 Julai 2013

Saturday, June 29, 2013

Puisi "Mengintai Erti Kemutlakan-Mu"

"Mengintai Erti"

Dari celah-celah daun kehidupan
kuintai makna kebahagiaan
kurenung hakikat ciptaan
kutaakul erti di balik takdir kejadian

Segalanya mutlak dalam genggaman-Mu
lalu siapatah daku untuk menyoal-Mu?

Syuruk Ahad, 30 Jun 2013

Tazkirah kepada diri: elakkan resmi ikan keli dalam tempayan

Untuk menjadi bangsa yang kuat, elok elakkan resmi ikan keli dalam tempayan yang saling menyengat. Selagi dapat, bekerjasamalah, saling membantu, bahu-membahu, sama-sama menyelesaikan masalah tanpa sengketa, dan yang terpenting berpegang pada tali Allah dalam merungkai segala masalah.

Kembara Bahasa
29 Jun 2013