Selamat berkunjung ke blog Kembara Bahasa. Bahan dalam blog ini boleh dimanfaatkan asal sahaja dinyatakan sebagai sumber rujukan atau petikan. Bagaimanapun Kembara Bahasa tidak bertanggungjawab atas apa-apa jua implikasi undang-undang dan yang lain daripada penggunaan bahan dalam blog ini.



~Kembara Bahasa~

Pendukung Melayu Mahawangsa berteraskan risalah Ilahi




Showing posts with label Karya. Show all posts
Showing posts with label Karya. Show all posts

Wednesday, June 1, 2011

Kandungan buku "Ceritera Bahasa"


Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kandungan:

Prakata
Ceritera Pertama: Dasar Bahasa, Taraf Bahasa, dan Sikap Kita

1. Ketahanan dan Potensi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Moden
2. Mengisi Erti Taraf Bahasa Melayu
3. Erti Pejuang Bahasa
4. Perjuangan Bahasa: Perihal Elit yang Alpa
5. Politik Bahasa dan Bahasa Politik
6. Perihal Cinta Benar dan Cinta Palsu
7. Nasionalisme, Kereta Nasional, dan Bahasa Nasional
8. Pindaan Akta Bahasa Kebangsaan: Rotan di Sekolah dan Akta di
Mahkamah
9. Pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan di Televisyen: Hendak
ke Mana Kita?
10. Akan Matikah Pesakit yang Dirawat oleh Doktor Berbahasa
Melayu?
11. Isu GMC dan Pengiktirafan Ijazah Perubatan Universiti Malaya
12. Hakikat Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu
13. Bahasa Merentas Kurikulum: Di manakah Kita Harus Bermula?
14. Ke Arah Manakah Pengajian Bahasa di Universiti Kita?
15. Suatu Kesan tentang Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu
Keempat
16. Bahasa Melayu Menyongsong Tahun 2020
17. Tamadun Berbahasa Melayu: Adakah Suatu Utopia?
18. Penyatuan Bahasa Melayu Se-Nusantara: Adakah Impian Belaka?
19. Bahasa Melayukah atau Bahasa Inggeriskah yang patut Menjadi
Bahasa ASEAN?
20. Bahasa Melayu sebagai Bahasa ASEAN
21. Meninjau Bahasa Melayu di Singapura


Ceritera Kedua:
Sistem Bahasa, Pengguna, dan Penggunaannya


1. Beberapa Salah Faham tentang Bahasa
2. Apakah Hakikat Perubahan Bahasa?
3. Benarkah Bahasa Melayu Sekarang Sukar Difahami?
4. Bahasakah yang Terlalu Cepat Berkembang atau Kitakah yang
Ketinggalan?
5. Bahasa Baharu, Bahasa Lama
6. Logiskah Bahasa yang Anda Gunakan?
7. Penyerapan Kata Asing: Mengapa Dipermasalahkan?
8. Pengaruh Bahasa Asing: yang Patut Diterima dan yang Patut
Ditolak (Bahagian 1)
9. Pengaruh Bahasa Asing: Yang Patut Diterima dan Yang Patut
Ditolak (Bahagian 2)
10. Benarkah Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia Berbeza?
11. Apabila Kesalahan Bahasa Dianggap Gaya
12. Antara Ketepatan Bahasa dan Kreativiti Bahasa
13. Membina Intelek Melalui Pembacaan


Ceritera Ketiga:
Bahasa Baku dan Pembakuan Bahasa


1. Benarkah Bahasa Baku Menghilangkan Identiti Bangsa?
2. Perihal Pengislaman Bahasa
3. Bahasa Baku dan Pengislaman Bahasa
4. Bahasa Melayu Baku dalam Perkembangan Islam di Alam Melayu
5. Penyatuan Melalui Bahasa Terlarang dalam Islam?
6. Isu Penulisan Tatabahasa Bahasa Melayu di Malaysia
7. Yang Canggih dan Yang Canggung
8. Apabila Tikus Membaiki Labu
9. Apakah Hakikat Profesionalisme dalam Terjemahan?
10. Ahli Ilmu yang Anti Ilmu Bahasa

Bibliografi Terpilih
Indeks

Saturday, April 23, 2011

Buku "Tuntunan Bahasa"


Buku Tuntunan Bahasa

Pengarang: Awang Sariyan
Penerbit: Pearson Malaysia Sdn. Bhd

Kata tuntunan bererti 'bimbingan' atau 'pimpinan'. Oleh itu, tuntunan bahasa bererti 'bimbingan bahasa'.

Kandungan buku ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu "Bahagian Cerita di Balik Kata" dan "Bahagian Sendi Bahasa". Bahagian pertama yang terdiri daripada 88 makalah mengupas penggunaan kata-kata yang sering bermasalah dalam penggunaannya.

Bahagian kedua pula membincangkan sejumlah 31 aspek yang berkaitan dengan tatabahasa.

Bahagian Satu: Cerita di Balik Kata

1. "Bena" dan "Bina"
2. "Cocok" dan "Cucuk"
3. "Colek" dan "Culik"
4. "Dokong" dan "Dukung"
5. "Endah" dan "Indah"
6. "Golong" dan "Gulung"
7. "Kendaraan" dan "Keindaraan"
8. "Lancong" dan "Lancung"
9. "Lengkung" dan "Lingkung"
10. "Pojok" dan "Pujuk"
11. "Rasmi" dan "Resmi"
12. "Seloroh" dan "Seluruh"
13. "Sosok" dan "Susuk"
14. "Tafsir" dan "Taksir"
15. "Tekad" dan "Tekat"
16. "Telor" dan "Telur"
17. "Tembok" dan "Tembuk"
18. "Tempoh" dan "Tempuh"
19. "Ubah", "Robah" dan "Rubah"
20. "Apa" dan "Siapa"
21. "Ababila" dan "Bila"
22. "Adakah" dan "Apakah"
23. "Ahli" dan "Anggota"
24. "Boleh" dan "Dapat"
25. "Jemput" dan "Undang"
26. "Satu" dan "Suatu"
27. "Setengah" dan "Setengah-setengah"
28. "Undang" dan "Undang-undang"
29. Yang "Cendekia" itu "Cendekiawan"
30. "Mesti" dan "Pasti"
31. "Fakta" dan "Faktor"
32. Perihal "Babit" dan "Libat"
33. Antara "Fanatik" dengan "Pejuang"
34. Masalah "Cik" dan "Puan"
35. "Kesal" dan "Sesal"
36. "Tentang" dan "Mengenai"
37. "Penghawa dingin" atau "Pendingin Hawa"?
38. "Mencolok mata" atau "Menjolok mata"?
39. Tentang "Sarapan Pagi" dan "Sarapan Malam"
40. "Kata-kata Aluan" atau Kata "Alu-aluan"?
41. "Kesan" dan "Akibat"
42. "Mengambil Perhatian" atau "Memberikan Perhatian"?
43. Antara "Hendak" dengan "Mahu"
44. Yang "Hebat" dan yang "Dahshat"
45. "Beradu Tidur" dan "Beradu Kuat"
46. "Dia kata" atau "Kata dia"
47. Perihal Kata "Fungsi"
48. "Banyak" bukan hanya untuk benda dan haiwan
49. Perihal Kata "Memperincikan"
50. Tentang Kata "Tuan"
51. Tentang "Manakala"
52. Perihal Kata "Hadir"
53. Perihal Kata "Maha"
54. "Pohon Maaf" di Bukit Cerakah
55. Perihal Kata "Panggil"
56. Perihal Kata "Gagal"
57. Perihal Kata "Manfaat"
58. Tiada Salahnya "Mengandung"
59. Perihal Kata "Malu"
60. Mengapa "Pemelajaran"?
61. Perihal Kata "Pesona" dan "Peduli"
62. Masalah "Selak", "Semak" dan "Sepak"
63. "Peninju" dan "Petinju"; "Penunjuk" dan "Petunjuk"
64. "Perhatian" dan "Pemerhatian"
65. "Pedalaman" dan "Pendalaman"
66. "Pendapat" dan "Pendapatan"
67. "Penempatan" dan "Petempatan"
68. "Perdamaian" dan "Kedamaian; "Percintaan" dan "Kecintaan"
69. "Mengisi" dan "Mengisikan"
70. "Memperisteri" dan "Memperisterikan"; "Mempersuami" dan "Mempersuamikan"
71. "Beri", "Memberi" dan "Memberikan"
72. "Menghadiahkan" dan "Menghadiahi"
73. "Memperhatikan" atau "Memerhatikan"?
74. "Mengenepikan" atau "Mengetepikan"; "Mengengahkan" atau "Mengetengahkan"?
75. "Memperbesar" atau "Memperbesarkan"?
76. "Menemui", "Menemukan" dan "Mempertemukan"
77. "Dapat", "Mendapat", "Mendapati" dan "Mendapatkan"
78. "Menyintai" atau "Mencintai"?
79. Perlukah "Berlari" untuk "Lari"?
80. "Memberitahu" dan "Memberitahukan"
81. Siapa yang "Meragui" dan Siapa yang "Meragukan"?
82. "Minat" dan "Berminat"
83. "Memasuki" dan "Memasukkan"; ""Memenuhi" dan "Memenuhkan"
84. Pesakit "Dikejar" atau "Dikejarkan" ke Hospital?
85. Mengapa Rahmat "Dicucuri"?
86. "Bahaya", "Berbahaya" dan "Merbahaya"
87. "Menjatuhkan" dan "Menjatuhi"
88. "Mencontoh" dan "Mencontohi"; "Meneladan" dan "Meneladani"

Bahagian Dua: Sendi Bahasa

1. Apakah Bahasa Baku?
2. Bilakah Bahasa Baku Perlu Digunakan?
3. Mari Bertutur dalam Sebutan Baku
4. Sebutan Baku: Elakkan Kelainan Bunyi
5. Mengapa Kita Meminjam Kata Asing?
6. Bahasa yang Mempengaruhi Bahasa Kita
7. Cemarkah Bahasa Disebabkan Kata Asing?
8. Pengaruh Bahasa Asing yang Buruk
9. Jangan Inggeriskan Ayat Melayu
10. Sekelumit Lagi Soal Susunan Kata
11. Adakah "a" dan "an" dalam Bahasa Melayu?
12. Di Mana, Yang Mana dan Dari Mana
13. Masalah Penggunaan Kata Bilangan
14. Penjodoh Bilangan: Gambaran Pemikiran Masyarakat
15. Penjodoh Bilangan Menunjukkan Bentuk dan Ukuran
16. Hati-hati Memilih Penjodoh Bilangan
17. Pelbagai Bentuk Kata Ganti Diri
18. Kata Panggilan Hormat
19. Gunakan Kata Ganti Diri dengan Tepat
20. Masalah Penggunaan "Ianya"
21. Kata Sendi: Sering Diabaikan dan Disalahgunakan
22. Gunakan Kata Sendi yang Tepat
23. Mengenal Bentuk Kata Kerja
24. Kata Kerja Aktif dan Kata Kerja Pasif
25. Kata Kerja yang Melampau dan yang Tidak Melampau
26. Kata Kerja dengan Dua Objek
27. Kata Kerja Berpelengkap sebagai Unsur Gaya Bahasa
28. Gunakan Kata Adjektif yang Tepat
29. Kata Adjektif dalam Pembinaan Frasa dan Ayat
30. Kata Adjektif Berpelengkap dan Simpulan Bahasa
31. Kata Adjektif yang Diperluas

Sunday, April 17, 2011

Buku "Tertib Mengarang: Asas Retorik untuk Pelajar dan Pendidik"


Tertib Mengarang: Asas Retorik untuk Pelajar dan Pendidik

Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
(cetakan pertama 2004, cetakan keempat 2009)
Harga: RM 11.00

Kandungan:

Bab 1 - Tertib dalam Karang-mengarang: Apa dan Mengapa?

Bab 2 - Mengapa Anda Menulis?

Bab 3 - Kenal Pasti Pembaca Sasaran Tulisan Anda

Bab 4 - Mengenal Pelbagai Bentuk Karangan

Bab 5 - Binaan Karangan Deskriptif yang Jitu

Bab 6 - Ayat yang Berkesan

Bab 7 - Ayat yang Padu

Bab 8 - Penegasan sebagai Ciri Ayat yang Berkesan

Bab 9 - Ciri Kepelbagaian dalam Ayat yang Berkesan

Bab 10 - Pentingnya Kesejajaran dalam Ayat yang Berkesan

Bab 11 - Penalaran dan Logika dalam Ayat yang Berkesan

Bab 12 - Pentingnya Rangka Karangan

Bab 13 - Analisis dan Ulasan Rangka Karangan

Bab 14 - Merangka Karangan dalam Bentuk Peta Minda

Bab 15 - Daripada Rangka Menjadi Karangan

Bab 16 - Pendahuluan Karangan: Contoh dan Ulasan

Bab 17 - Membina Perenggan yang Berstruktur

Bab 18 - Jenis-jenis Perenggan dan Kaedah Membinanya

Bab 19 - Syarat-syarat Perenggan yang Utuh

Bab 20 - Menilai Karangan Sendiri

Bab 21 - Kesilapan Umum Bahasa dalam Penulisan

Bibliografi

Indeks

[Buku Tertib Mengarang: Asas Retorik untuk Pelajar dan Pendidik ini dihasilkan khusus untuk membantu para pelajar dan pendidik menghasilkan tulisan atau karangan yang bermutu. Pengarang menegaskan bahawa syarat asas penghasilan tulisan yang bermutu ialah kepatuhan kepada kaedah mengarang yang tertib yang terbahagi kepada tiga tahap. Tahap pertama ialah tahap persiapan atau prapenulisan; yang kedua ialah tahap penulisan sebenar, sementara yang ketiga ialah tahap penyemakan atau pascapenulisan. Penulis yang berdisiplin tidak harus mengabaikan proses mengarang secara tertib. - Petikan keterangan di kulit belakang buku]

Tuesday, March 22, 2011

Buku "Perkembangan Falsafah Bahasa dan Pemikiran dalam Linguistik"














Penulis: Awang Sariyan
Penerbit: Sasbadi Sdn. Bhd. (2007)

Kandungan:

Bab 1 - Pengenalan

Bab 2 - Falsafah dan Pemikiran Bahasa pada Zaman Awal

Bab 3 - Falsafah dan Pemikiran Bahasa pada Zaman Pertengahan

Bab 4 - Falsafah dan Pemikiran Bahasa pada Zaman Moden

Bab 5 - Falsafah dan Pemikiran Bahasa pada Abad Ke-20

Bab 6 - Bahasa dan Pemikiran Bahasa menurut Perspektif Islam

Bab 7 - Perkembangan Kajian Bahasa dan Linguistik Melayu

Epilog - Isu Epistemologi dalam Disiplin Linguistik: Asas Wujudnya Pelbagai Teori dan Pendekatan

Bibliografi

Indeks

[Ikhtisar: Buku ini disusun berdasarkan keperluan mencari alternatif teori dan pendekatan analisis bahasa yang berpangkal pada isu terasnya, iaitu falsafah bahasa. Sudah terlalu lama dunia ilmu linguistik bersumberkan teori dan pendekatan Barat sedang sumber Islam seakan-akan dilupakan atau malah diremehkan. Sebagai agama yang syumul atau lengkap serta menyeluruh, Islam bukan sekadar menjelaskan perihal akidah dan ibadah khusus, bahkan turut menyediakan asas-asas falsafah bahasa dan pendidikan bahasa, sebagaimana yang diisyaratkan dalam ayat-ayat suci al-Qur'an. Bab 6 dan Epilog, khususnya, memberikan huraian tentang falsafah bahasa menurut sumber Islam. Jika teori dan pendekatan Barat selama ini dijadikan sumber analisis, baik oleh orang Barat mahupun oleh orang Timur, maka daripada sudut ilmiahnya, perlu ada kesediaan para sarjana (apatah lagi sarjana Islam) untuk turut meneliti sumber Islam. Catatan: Tokoh yang dipaparkan dalam gambar ialah Prof. Noam A. Chomsky, ahli linguistik ternama di Amerika Syarikat yang mengetengahkan linguistik mentalistik moden dan terkenal juga sebagai pemikir dan pejuang keamanan dan keadilan dunia.]

~Kembara Bahasa~
23 Mac 2011

Sunday, March 6, 2011

Falsafah dan Logika Melayu dalam Persuratan


FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU
DALAM KARYA PERSURATAN


(Petikan daripada sebahagian Bab 8 buku Asas Falsafah dan Pemikiran Melayu Berteraskan Islam)


Pengenalan

Istilah persuratan yang digunakan dalam buku ini merujuk kepada karya kreatif dan bukan kreatif yang terhasil dalam tamadun Melayu. Karya kreatif dan karya bukan kreatif (ilmu, undang-undang, pensejarahan atau historiografi, ketatanegaraan dan lain-lain) memancarkan falsafah dan logika bangsa Melayu. Daripada segi bentuk pula, karya itu tertampil sama ada dalam bentuk prosa mahupun puisi.

Persuratan Melayu secara kasar dapat dibahagi kepada dua periode, iaitu persuratan Melayu tradisional atau klasik dan persuratan Melayu baharu. Penekanan yang diberikan dalam buku ini tertumpu pada falsafah dan logika Melayu yang bersendikan Islam atas dasar bahawa Islam merupakan sumber falsafah dan logika Melayu yang amat dominan. Hal ini telah disentuh dalam bahagian awal Bab 3.

Karya persuratan Melayu klasik yang tertulis banyak sekali menayangkan falsafah dan logika yang bersumberkan dan berteraskan Islam. Dalam bidang undang-undang, misalnya, Hukum Kanun Melaka jelas berdasarkan undang-undang Islam. Demikian juga dalam bidang ketatanegaraan (Dr. Jelani Harun (2003) menggunakan istilah adab ketatanegaraan), jelas bahawa asas-asas tanggungjawab pemerintah yang dinukilkan dalam karya seperti Nasihat al-Muluk, Taj al-Salatin dan Bustan al-Salatin didasarkan pada lunas Islam. Bahkan karya agung Melayu Sulalat al-Salatin (Sejarah Melayu) yang dikatakan penuh dengan mitos dan legenda itu pun banyak mengandung unsur-unsur Islam, termasuklah dalam penampilan pelbagai metafora yang berlunaskan prinsip Islam.

Dalam peribahasa dan pelbagai bentuk puisi Melayu pun tertampil dengan jelas sekian banyak asas falsafah dan logika Melayu yang berterasakan dan bersumberkan Islam. Beberapa contoh akan diberikan dalam bab ini.

Karya Persuratan Ilmu

Khazanah persuratan Melayu kaya dengan karya ilmu dalam pelbagai bidang. Dalam zaman klasik, ilmu yang paling menonjol ialah ilmu agama Islam. Hal ini dapat difahami kerana apabila permulaan Islam diperkenalkan kepada umat Melayu, diperlukan pengembangan ajaran Islam dalam segala sudut yang berkaitan dengan kehidupan dunia dan akhirat bangsa Melayu, selaras dengan kesepaduan yang ditekankan oleh Islam, iaitu hubungan dengan Tuhan (hablum min Allah) dan hubungan dengan sesama manusia dan bahkan makhluk lain (hablum min al-nas). Oleh itu, terhasillah beberapa banyak karya persuratan dalam bidang ilmu keagamaan.

Secara kasar, ilmu keagamaan yang dikembangkan dalam penulisan para ulama’ terbahagi kepada:

1. Ilmu kalam atau tauhid atau akidah.
2. Ilmu feqah atau ibadat seperti solat, puasa, zakat, haji.
3. Ilmu kekeluargaan (munakahat).
4. Ilmu hubungan ekonomi dan sosial (muamalat).
5. Ilmu undang-undang dan pengadilan (jinayat).
6. Ilmu tasawuf atau akhlak.

Ilmu lain yang turut digarap ialah sirah atau sejarah, qiraat atau pembacaan al-Quran dan hadith.

Sebagai contoh penerapan falsafah dan logika Melayu yang berteraskan Islam, dalam bab ini dibincangkan sebuah karya ilmu agama Islam yang mewakili karya persuratan ilmu dalam tamadun Melayu. Karya itu ialah Al-`Aqaid al-Nasafi, iaitu terjemahan kitab yang menurut Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Atta ditulis oleh seorang ulama’ di Aceh Darussalam ketika pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah IV (1589-1604M.).

Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas yang mengkaji kitab tersebut menegaskan bahawa karya itu merupakan manuskrip tertua yang terhasil dalam tamadun Melayu. Kitab itu bertarikh 1590 dan lebih tua daripada manuskrip lain yang tidak bersifat karya keagamaan, seperti Hikayat Seri Rama (1633). Beliau menyusun teks tersebut kepada 23 perenggan.

Prof. Dr. Wan Muhammad Nor Wan Daud (2005) meringkaskan kandungan karya yang dikupas oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib itu sebagai yang berikut:

Perenggan 2-4 membicarakan kemungkinan atau keupayaan manusia mencapai ilmu tentang hakikat segala perkara dan penolakan akan golongan peragu dan penisbi (golongan Sufastai`yyah/Sofis). Salah satu asas epistemoloi (teori ilmu) Islam yang penting, iaitu sumber ilmu yang bersepadu turut dibincangkan. Sumber ilmu menurut perspektif Islam bersepadu antara sumber pancaindera, akal dan khabar yang benar turut dibincangkan.

Perenggan 5 menghuraikan sifat segala alam makhluk yang senantiasa baharu, berlawanan dengan sifat Tuhan yang tidak baharu. Perenggan 6-9 membicarakan keesaan Tuhan dan sifat-sifat-Nya, iaitu aspek yang menjadi teras pandangan sarwa atau pandangan hidup bangsa Melayu Islam.

Perenggan 10 membicarakan kemungkinan “melihat Tuhan” di akhirat kelak, dengan paduan antara hujah naqal (nas al-Qur`an dan hadith) dengan hujah akal. Perenggan 11-12 membicarakan peranan Tuhan yang maha meliputi segala tindak-tanduk manusia dan juga kebebasan manusia untuk berikhtiar.

Perenggan 13 menghuraikan eskatalogi, iaitu hakikat alam kubur, balasan di akhirat, syurga dan neraka. Selanjutnya perenggan 14 menghuraikan rahmat Tuhan yang sedia mengampuni makhluknya asalkan mereka tidak menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

Perenggan 15 menegaskan hakikat iman, Islam dan kebahagiaan. Ditekankan pentingnya kesepaduan antara iman dengan Islam. Perenggan 16 pula menghuraikan aspek kenabian dan mukjizat serta peranan para nabi. Seterusnya, perenggan 17 menghuraikan perihal malaikat, sementara perenggan 18 menghuraikan peristiwa Isra` dan Mikraj serta karamah dalam kalangan para wali Allah.

Perenggan 19 membicarakan para sahabat Nabi dan khilafat atau pemerintah. Sementara itu, perenggan 20 menjelaskan keharusan solat di belakang orang yang salih dan fasiq, kewajiban bersangka baik kepada sahabat Nabi dan perihal sepuluh orang sahabat Nabi yang dijamin masuk ke syurga.

Perenggan 21 menegaskan maqam para wali yang tidak sampai ke peringkat nabi, penolakan ajaran batiniah dan perkara yang mengkufurkan seseorang seperti mempersendakan syariat. Perenggan 22 pula menghuraikan tanda-tanda kiamat. Akhirnya, perenggan 23 menegaskan keterbukaan dalam bermazhab dengan penekanan bahawa imam mujtahid (Syafii, Hanafi, Malik dan Hanbal) berkemungkinan silap dalam hal tertentu. Dalam perenggan akhir ini ditegaskan juga bahawa taraf manusia yang mukmin lebih tinggi daripada taraf malaikat.

Saturday, March 5, 2011

Buku "Asas Falsafah dan Pemikiran Melayu Berteraskan Islam"


Buku Asas Falsafah dan Pemikiran Melayu Berteraskan Islam (oleh Awang Sariyan)

Pengenalan

Tamadun Melayu telah melalui jalan sejarah yang panjang. Asasnya dipercayai telah bermula lebih dua alaf lalu, dengan peningkatannya yang mula nyata apabila terasas kerajaan-kerajaan Melayu lama seperti Funan, Campa, Langkasuka dan Sriwijaya. Tamadun Melayu pada zaman Sriwijaya yang bermula pada abad ke-7 Masihi seringkali dirujuki sebagai permulaan pertumbuhan dan perkembangan tamadun Melayu yang gemilang, disebabkan kekuatan kuasanya sebagai kuasa politik maritim yang luas wilayah jajahan takluknya sehingga sampai di bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu dan dan di Thailand selatan, iaitu kawasan yang dikenal sebagai Segenting Kera, bahkan diketahui pula mempunyai hubungan sehingga sampai di Sri Lanka (menurut catatan dalam peta lama di Arkib Negara Sri Lanka yang diperlihatkan kepada penulis oleh Pengarah Arkib berkenaan pada tahun 2002).

Sriwijaya terkenal juga disebabkan peranannya sebagai kota pelabuhan perdagangan dan pusat pengajian agama Buddha sehingga I Cing, ahli agama Buddha dari tanah besar China bermukim selama enam bulan di ibu kota Sriwijaya untuk bergiat dalam pengajian agama itu. Bahasa Melayu kuno yang asasnya dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit, baik dalam hal kosa kata dan tulisannya, telah berperanan sebagai bahasa pentadbiran, bahasa perdagangan dan bahasa pengajian agama pada zaman pra-Islam itu.

Namun demikian, tiadalah jelas pada kita yang mewarisi tamadun Melayu kini bahawa asas falsafah dan pemikiran Melayu berteraskan falsafah Hindu-Buddha yang mewarnai tamadun Melayu dalam zaman kuno itu. Sebaliknya, falsafah dan pemikiran Melayu dengan amat ketara berteraskan Islam sebagai agama yang meliputi kesempurnaan kehidupan di dunia dan di akhirat apabila risalah Islam sampai di alam Melayu pada sekitar awal abad ke-13 (malah mungkin lebih awal lagi), menurut kajian sarjana seperti Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas (1969 dan 1972).

Zaman sesudah alam Melayu menerima Islam memperlihatkan suatu transformasi tamadun yang amat ketara, yang disimpulkan oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas sebagai perubahan "rupa" dan "jiwa" atau struktur zahir dan struktur batin masyarakat Melayu-Indonesia.

Kejelasan wujudnya faham-faham falsafah yang berkaitan dengan ontologi (sistem kewujudan pencipta dan yang dicipta), epistemologi (teori ilmu) dan aksiologi (teori dan asas nilai atau akhlak) terpapar dalam sekian banyak karya buah tangan para ulama, pemikir dan pujangga Melayu, baik yang berbentuk prosa mahupun puisi, baik yang dinukilkan dalam karya-karya ilmu kalam, fiqah mahupun metafizik atau tasawwuf.

Malahan amat penting dan menarik bahawa dalam karya-karya yang berbentuk susastera atau dalam zaman moden disebut karya kreatif, asas-asas falsafah dan pemikiran Melayu yang bertunjangkan Islam itu dapat juga dikesan.

Apabila Dasar Kebudayaan Kebangsaan dirumuskan pada tahun 1971, Islam telah diletakkan sebagai unsur teras pembinaan dan pengembangan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia. Malahan asas pertama Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang menegaskan “unsur-unsur kebudayaan asal rantau ini” tidaklah lain daripada merujuk kepada kebudayaan Melayu, dan kebudayaan Melayu itu pula merupakan kebudayaan yang terasnya ialah Islam.

Bahkan penetapan Islam sebagai salah satu ciri Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dengan nyata memperlihatkan kaitan yang amat akrab antara jati diri Melayu dengan Islam. Dalam usaha pencarian setengah-setengah kalangan yang masih meraba-raba untuk menentukan takrif Melayu, pada hemat penulis, hakikat yang sudah terang ada di hadapan mata kita tentang Islam sebagai teras jati diri Melayu itu tidak perlu diragui lagi.

Sudah sampai saatnya kita (pemimpin setiap sektor kehidupan – politik, ekonomi, undang-undang, pendidikan dan yang lain) dengan sedar dan serius menumpukan upaya dan perhatian untuk merangka pelan tindakan dan melaksanakan program yang berkaitan dengan segala aspek kehidupan yang berpaksikan sistem dan nilai anjuran agama tanzil itu.

Selama sistem kehidupan dalam semua sektor itu tidak diasaskan pada acuan dan lunas yang disediakan oleh pengatur yang maha sempurna, iaitu Allah, dan selama sistem kehidupan masih berteraskan lunas yang semata-mata terhasil daripada akal manusia yang terbatas dan lebih cenderung pula kepada pengaruh hawa nafsu, maka selama itulah tidak tercapai barakah dalam kehidupan masyarakat. Sebaliknya musibah demi musibah menimpa sekalian kita.

Buku ini sekadar pembicaraan umum dan ringkas tentang asas-asas falsafah dan pemikiran Melayu yang berteraskan Islam. Kandungannya merupakan peluasan dan pengolahan semula bahan kuliah penulis untuk kursus wajib di Akademi Pengajian Melayu, Univerisiti Malaya, iaitu "Falsafah dan Logika Melayu". Sebahagian besar bahan, terutama yang berkaitan dengan falsafah, didasarkan pada bab-bab awal tesis doktor falsafah penulis (1997). Bab tentang logika (Bab 7) sebahagiannya didasarkan pada mimeograf Hashim Musa (2004) yang berjudul “Logika”, iaitu salah satu bahan asas kurus Falsafah dan Logika Melayu yang pada waktu itu dikendalikan olehnya, di samping buku Pemikiran Kritis oleh Lok Chong Hoe (1984).

Pada asasnya buku ini terbahagi kepada dua bahagian. Beberapa bab mengupas falsafah dan logika secara teoretis dengan menjelaskan konsep-konsep pentingnya. Beberapa bab atau bahagian dalam bab tertentu memperlihatkan penerapan falsafah dan logika dalam beberapa ranah kehidupan dalam tamadun Melayu.

Penerapan itu dengan jelas dapat dibaca dalam bab yang membicarakan aspek falsafah pendidikan dan implikasinya dalam sistem pendidikan di negara ini (Bab 4, 5 dan 6). Selain itu, diusahakan juga, dengan cara yang ringkas dan terbatas, gambaran falsafah dan logika Melayu dalam beberapa contoh karya persuratan Melayu, yang berbentuk prosa dan juga yang berbentuk puisi (Bab 8).

Amat banyak karya persuratan Melayu yang menampilkan falsafah dan logika Melayu, khusunya yang berteraskan Islam. Sebahagiannya telah dikaji dan diterbitkan tetapi banyak lagi kupasan mendalam yang perlu dilakukan tentang karya-karya persuratan Melayu untuk memahami dan menghayati falsafah dan logika Melayu.

Buku ini ibarat “Tiada rotan, akar pun berguna”. Selain aspek kandungannya yang serba sederhana, barangkali di sana sini terdapat kekurangan lain yang harus dimaafkan oleh pembaca. Mudah-mudahan pada kesempatan lain, kupasan yang lebih menyeluruh dan mendalam dapat diketengahkan.



Prof. Dr. Awang Sariyan
Profesor Bahasa Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
(Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di China

Jun 2010

Thursday, March 3, 2011

Buku "Asas Falsafah dan Pemikiran Melayu berteraskan Islam"


Kandungan:

Pengenalan
Bab 1: Sejarah dan Konsep Dasar
Bab 2: Inti Sari Falsafah Barat
Bab 3: Inti Sari Falsafah Islam
Bab 4: Implikasi Falsafah terhadap Ilmu dan Pendidikan
Bab 5: Falsafah Pendidikan Islam
Bab 6: Falsafah Bahasa dan Pendidikan Bahasa dalam Rangka Pengislaman Ilmu
Bab 7: Logika
Bab 8: Falsafah dan Logika Melayu dalam Karya Persuratan
Bab 9: Rumusan: Islam Penganjak Paksi Tamadun Melayu

Penerbit: IKDAS dan ABIM
Harga: RM 15.00
Maklumat perhubungan: Editor (Bam Alhaj: bam.alhaj@gmail.com)
No. telefon penerbit: 03-22841975
Dapat dibeli di Kedai Buku Nufair, Jalan Pahang Barat, ABIM dan kedai buku lain.

Wednesday, March 2, 2011

Kandungan Buku "Mencari Makna Diri Melayu: Renungan untuk Bangsaku"


Buku "Mencari Makna Diri Melayu: Renungan untuk Bangsaku"

Kandungan:

Prakata
1. Makna Diri Melayu dalam Sorotan Sejarah
2. Dasar-dasar Kenegaraan yang Berteraskan Melayu: Cabaran dan Hambatannya
3. Kian Rapuhnya Kontrak Sosial yang Berteraskan Melayu
4. Kekeliruan dalam Kehidupan Beragama dan Isu Hak serta Kebebasan Bersuara
5. Cabaran kepada Bahasa Melayu sebagai Tunjang Tamadun
6. Untuk Renungan Bangsaku