Selamat berkunjung ke blog Kembara Bahasa. Bahan dalam blog ini boleh dimanfaatkan asal sahaja dinyatakan sebagai sumber rujukan atau petikan. Bagaimanapun Kembara Bahasa tidak bertanggungjawab atas apa-apa jua implikasi undang-undang dan yang lain daripada penggunaan bahan dalam blog ini.



~Kembara Bahasa~

Pendukung Melayu Mahawangsa berteraskan risalah Ilahi




Wednesday, May 30, 2012

Kerjasama DBP-Pusat Bahasa Melayu Singapura

TODAYonline.com

S'pore, Malaysia to improve teaching and learning of Malay
by CHANNEL NEWSASIA
04:45 AM May 30, 2012

SINGAPORE - The Republic and Malaysia are exploring ways to improve the teaching and learning of the Malay language, through a partnership between the Malay Language Centre of Singapore and the Language and Literature Agency in Malaysia.

The two centres will create enrichment programmes for teachers and students.

Four areas of cooperation are being explored.

They include creative writing courses for teachers and training new teachers in standard pronunciation. Also in the pipeline are joint learning camps.

It is hoped that the initiative will also foster closer ties between students from both countries.

Meanwhile, the Malay Language Centre of Singapore will also be sending eight senior teachers to Universiti Pendidikan Indonesia in Bandung for a structured immersion programme.

This is part of the Education Ministry's effort to enhance the training of Malay-language teachers.

~Kembara Bahasa~
30 Mei 2012





Tuesday, May 29, 2012

Calon Pendeta

Kukira dan jua kuharapkan
dikau calon pendeta
dalam era kebijaksanaan kian menipis
dalam era kewaspadaan kian menggelungsur
dan bicara kebenaran kian sirna
agar dikau menjadi jurubicara
menyuarakan hak, hasrat dan hajat
golongan terbanyak yang memerlukan pembelaan
lewat madah bernas berisi
segala tamsil dan ibarat

Lamun tingkahmu mengapatah tiba-tiba berubah
kehalusan budi dalam berperi
yang sekian lama menjadi pakaian diri
bertukar mendadak
dengan amarah yang tidak terbendung
dengan pertimbangan akal dewasa yang tampak menguncup
kian kabur hemah diri dalam menyikapi ehwal
kian menyerlah pula keliru dalam kelam

Aduhai calon pendeta!

Kembara Bahasa
30 Mei 2012

Sunday, May 27, 2012

Isu penggunaan bahasa Inggeris untuk menarik pelancong

Pelita sokong henti guna nama Inggeris
Utusan Online 23 Mei 2012

KUALA TERENGGANU 22 Mei - Persatuan Sasterawan Terengganu (Pelita) menyokong penuh gesaan supaya pengunaan bahasa Inggeris bagi nama-nama lokasi pelancongan di negeri ini dihentikan.

Setiausaha I Pelita, Abdul Mubin Ismail berkata, keghairahan menggunakan bahasa itu kononnya untuk menarik pelancong semakin berleluasa sehingga menghakis kepentingan bahasa Melayu.

"Adalah sangat malang jika semua pihak menganggap bahasa Inggeris satu tarikan sedangkan negara yang hebat dalam industri pelancongan termasuk Perancis tidak pula menggunakannya," ujarnya.

Beliau mengulas gesaan Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Kebangsaan (Gagasan), Syed Anuar Syed Mohamad supaya pihak tertentu termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak menggunakan bahasa Inggeris bagi nama kawasan atau produk yang dikaitkan dengan pelancongan.

Pada masa sama, Abdul Mubin turut merujuk kepada beberapa laluan di sekitar Pasar Payang, di sini yang akan dinaik taraf sebagai kawasan pelancongan dan bakal dikenali sebagai Payang Walk tidak lama lagi.

Katanya, nama 'walk' boleh digantikan kepada 'pesisir', 'susur' atau 'lintasan' Payang yang lebih mencerminkan identiti Melayu.

"Saya hairan kenapa kita perlu menggunakan nama atau istilah dalam bahasa Inggeris sedangkan bahasa Melayu sarat dengan pelbagai frasa dan istilah yang boleh kita tonjolkan.

"Dalam perkara ini, kita tidak boleh bersikap memilih sehingga sanggup mengenepikan kepentingan serta martabat bahasa ibunda kerana ia akan terus kekal menjadi sebutan sampai bila-bila," katanya.

Menurut Abdul Mubin, penggunaan nama 'waterfront' juga perlu dikaji seterusnya digantikan dengan perkataan Melayu yang lebih sesuai dengan identiti Melayu.

"Tidak salah kalau kita mencontohi negeri lain seperti Kuching Waterfront di Sarawak. Dari segi konsep, kita boleh ikut tapi tidak semestinya nama pun kita guna perkataan Inggeris," katanya.

Beliau menambah, adalah lebih sesuai kalau perkataan 'anjung muara' atau 'pesisir air' digunakan bagi menggantikan 'waterfront' memandangkan kawasan itu tetap akan menjadi tarikan utama pelancong.

Kembara Bahasa
27 Mei 2012

Monday, May 21, 2012

Isu peribahasa "Pagar makan padi"

Nota ini ditulis oleh  Tuan Haji Mohd Isa Abdul Razak.

Dalam buku Ilmu Mengarang Melayu, Za‘ba menjelaskan, “Peribahasa itu ialah segala susunan cakap yang pendek yang telah melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya, luas dan benar tujuannya – dipakai akan dia jadi sebutan-sebutan oleh orang sebagai bandingan, teladan, dan pengajaran.” Za‘ba mengatakan ada dua golongan peribahasa. Pertama, peribahasa yang bererti selapis; dan kedua, peribahasa yang bermakna dua lapis. “Pagar makan padi” ialah peribahasa yang bermakna dua lapis.

Lapis pertama peribahasa ialah makna yang tersurat. Makna tersurat ada yang jelas seperti “cicak makan kapur”, “abu di atas tunggul” dan “anjing menyalak bukit”. Kita dapat melihat cicak terkulat-kulat sekiranya cicak itu termakan kapur. Kita dapat melihat abu di atas tunggul. Kita dapat melihat anjing dan mendengar salakannya. Ada juga makna tersurat yang kurang jelas seperti “meniup api dalam air”. Mustahil kita dapat melihat orang meniup api dalam air. Kita hanya dapat membayangkan keadaan itu. Seterusnya, ada pula makna tersurat yang kabur seperti “pagar makan padi”, “pancing makan umpan” dan “perigi mencari timba”. Memang mustahil kita tidak dapat melihat perkara ini berlaku.
Menurut Za‘ba, peribahasa dua lapis ialah perumpamaan. Beliau menyatakan, perumpamaan itu “asalnya daripada bahasa kiasan, iaitu satu barang dikiaskan kepada lain barang oleh sebab hendak memisalkan dan menerangkan maksudnya.” Jadi, yang penting di sini ialah maksudnya atau lapis kedua, atau dengan ungkapan lain, makna tersirat.
“Pagar makan padi” bermaksud orang yang kita percayai mengkhianati kita. Peribahasa lain yang sama maknanya ialah “pancing makan umpan”, “sokong membawa rebah” dan “telunjuk mencucuk mata”. Pagar, pancing, sokong dan telunjuk dalam peribahasa ini ialah benda yang diumpamakan sebagai orang, iaitu pengkhianat. Demikian juga halnya dengan padi, umpan dan mata; kesemuanya benda yang diibaratkan sebagai orang, iaitu mereka yang dikhianati. Perkataan “rebah” pula dapat dianggap sebagai kelainan tetapi maksudnya tetap sama, iaitu ada orang yang dikhianati atau menderita akibat sokong yang rebah itu.

Semasa berkomunikasi, kita berharap kumpulan sasaran kita memahami maksud peribahasa yang kita gunakan. Kita tidak mengharapkan mereka bermati-matian membina citra minda “pagar makan padi”, “pancing makan umpan”, “perigi mencari timba”, “lesung mencari antan”, “belut pulang ke lumpur”, “sirih pulang ke gagang”, “tikus membaiki labu”, “menatang minyak yang penuh” dan sebagainya. Peribahasa itu hanya alat bagi menguatkan hujah, menyampaikan perutusan dan menyerapkan pengajaran.

Walau bagaimanapun perkara ini dapat sahaja menjadi bahan perbincangan di bilik kuliah, seminar, blog, Facebook dan sebagainya. Misalnya, pengendali Facebook Dr. Burhanuddin al-Helmy menerbitkan tulisan tentang peribahasa “pagar makan padi” dan “melepaskan batuk di tangga” pada 18 Disember 2011. Dalam tulisan itu dinyatakan bahawa peribahasa yang tepat ialah “pegar makan padi” dan “melepaskan batok di tangga”. Tulisan itu, yang sudah saya sunting, dilampirkan.
Pengendali laman itu berpendapat, pada zaman dahulu ejaan perkataan pagar dan pegar sama, iaitu pa-ga-ra. Apabila peribahasa itu disalin dalam tulisan Rumi, perkataan pegar bertukar menjadi pagar. Perkara ini menjadi bahan perbincangan masyarakat, khususnya melalui blog dan Facebook. Ruangan “Mewah Bahasa” akhbar Berita Harian keluaran 11 Januari 2012 juga membincangkan perkara ini. Umumnya masyarakat kita akur bahawa peribahasa yang tepat ialah “pegar makan padi”.

Pada 7 Februari 2012, Khidmat Nasihat, Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyatakan, “Sehingga kini belum ada dapatan sahih tentang peribahasa tersebut. Walaupun pendapat yang mengatakan peribahasa ‘harapkan pegar, pegar makan padi’ adalah betul tetapi tidak ada satu dapatan yang mengesahkannya. Perlu kita ingat peribahasa ialah warisan daripada zaman berzaman dan bentuknya tidak berubah walau diulang cetak berkali-kali. Mungkin juga ada benarnya pendapat yang mengatakan kesilapan ejaan berlaku sewaktu pemindahan teks daripada tulisan Jawi kepada tulisan Rumi tetapi tidak ada dapatan yang dapat mengesahkannya.”
Pada 19 Februari 2012, Dr. Haji Awang Sariyan yang dikenali sebagai Kembara Bahasa dalam komunikasi maya menyatakan, kajian awal DBP menunjukkan bahawa ejaan Jawi yang digunakan dalam buku-buku lama ialah pa-alif-ga-ra (pagar), bukannya pa-ga-ra (pegar). Jadi, alasan yang menyatakan perkataan pagar itu digunakan akibat kesilapan transkripsi tulisan Jawi kepada Rumi tertolak.

Seterusnya Kembara Bahasa menulis, “Telah saya sebut dalam siaran laman saya hujah pagar tidak mungkin makan padi tidak dapat diterima kerana dalam peribahasa memang banyak penggunaan unsur gaya bahasa seperti personifikasi.” Beliau menegaskan, perlakuan pagar dalam peribahasa itu diperorangkan dengan berdasarkan gaya personifikasi (perorangan). Perorangan bagi benda yang lain termasuklah “perigi mencari timba”, “lesung mencari antan” dan “pancing makan umpan”.
.
Pada 19 Februari 2012 juga saya dan Kembara Bahasa sudah meminta pengendali Facebook Dr. Burhanuddin al-Helmy untuk menyatakan sumber tulisan itu. Kembara Bahasa menulis, “Salam. Jika saya boleh mendapat kepastian, adakah pandangan tentang peribahasa berkaitan dengan pagar dan pegar dinyatakan oleh tokoh besar pejuang kebangsaan Dr. Burhanuddin Al-Helmy atau sebenarnya pendapat pentadbir laman ini? Jika penyataan itu dikeluarkan oleh Allahyarham, mohon nyatakan sumbernya seperti buku, majalah, akhbar atau yang lain. Kesahihan itu penting supaya kita dapat membuat kajian yang mendalam untuk mencari ketepatan tentang sesuatu. Terima kasih.” Jawapan yang tepat daripada pengendali laman itu belum diperoleh.
.
Sebagai kesimpulannya, peribahasa “pagar makan padi” sudah utuh sama seperti peribahasa “pancing makan umpan”, “sokong membawa rebah”, “telunjuk mencucuk mata”, “perigi mencari timba”, “lesung mencari antan”, “tikus membaiki labu” dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sekiranya terbukti perkataan pagar dalam peribahasa itu pernah dieja pa-ga-ra dan tulisan itu memang tulisan Dr. Burhanuddin al-Helmy, maka rasanya DBP tidak menolak untuk melakukan perubahan tetapi bukanlah secara tergesa-gesa.
.
Port Dickson
20 Februari 2012

Lampiran I
.
Ada dua peribahasa Melayu mempunyai maksud yang tidak jelas, iaitu “pagar makan padi” dan “melepaskan batuk di tangga”. Peribahasa yang tepat ialah “pegar makan padi” dan “melepaskan batok di tangga”.
.
Pegar adalah sejenis burung yang dibela oleh pesawah untuk menjaga sawah padi mereka daripada ancaman haiwan perosak seperti serangga, tikus dan sebagainya. Maksud peribahasa ini ialah burung pegar yang diharapkan untuk menjaga sawah padi tidak boleh diharap kerana bertindak memakan padi milik tuannya.
Batok pula ialah gayung yang digunakan untuk membersihkan kaki sebelum naik tangga rumah kampung. Di rumah kampung dahulu ada tempayan di hadapan rumah. Maksud peribahasa ini ialah sikap membuat kerja sambil lewa, acuh tak acuh serta tidak bertanggungjawab.
Punca kesalahan ini ialah peribahasa yang tepat dan tidak tepat itu sama dan serupa sekiranya ditulis dalam tulisan Jawi. Mungkin kekeliruan dan kesalahan ini timbul semasa orang Melayu masih aktif menggunakan tulisan Jawi.

Penjelasan untuk mengelakkan kekeliruan

Siaran dalam Facebook dala Kumpulan Kembara Bahasa dan dalam laman Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa pada awal pagi 22 Mei 2012 mungkin menimbulkan salah faham meskipun niat penulisnya baik, iaitu untuk menegaskan kesan buruk penggunaan kata yang tidak sempurna. Petikan daripada Facebook di laman Kumpulan Kembara Bahasa:

Pibg Bersatu
Menurut prof Awang Sariyan (Kembara bahasa) Bahasa Melayu kuno terbina dengan beberapa suku kata pendek ( a, i, u, ba, bu, pi, si sekadar contoh) maka lahirkan beberapa kata seperti / api / besi / padi / babi dan seumpamanya. Semakin lama bahasa melayu semakin berkembang. Tetapi kini anak muda Melayu sudah kembali kezaman bahasa Melayu Kuno.

Cuba baca dalam FB semakin lama semakin pendek perkataannya ( watpe/ takleh / napew ) dan sebagainya. Adakan bangsaku sudah semakin berundur ke zaman kuno?????
Suka · · Berhenti Ikut · 3 jam yang lalu
Zaidi Ismail dan Yahya Isa menyukainya.

Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa: Boleh nyatakan sumber rujukan petikan yang dikatakan daripada tulisan saya itu? Saya tidak ingat pernah mengeluarkan pendapat demikian. Malah dalam dua atau tiga tahun lalu di laman ini saya siarkan kontroversi pandangan yang saya sanggah bahawa kononnya kata asli bahasa Melayu empat patah, iaitu api, besi, padi dan babi. Sebuah sajak khas telah pun saya siarkan dakm laman ini dan dalam blog saya untuk menolak pendapat itu - lihat sajak "Mitos Bahasa" dalam nota Fb saya dan blog saya kembarabahasa,blogspot.com.
6 minit yang lalu · Suka
Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa Ralat: dalam laman ini
5 minit yang lalu · Suka

Saturday, May 19, 2012

Tazkirah kepada diri

Kalau kuasa yang kaudambakan, akan sirna kuasa pada saat dikau tidak diperlukan. Kalau harta yang kaugapai, akan susut dan hakis harta pada saat hilang keberkatan. Kalau kehebatan diri yang kaubanggakan, akan punah kehebatan pada saat akal dan jasmanimu dimamah usia. Kalau dunia yang kaucintai, akan kecundang hidupmu di alam yang abadi.

Kembara Bahasa
20 Mei 2012

Satu Episod dalam Pertemuan Meja Bulat Kajian Semula Sistem Pendidikan Kebangsaan, 19 Mei 2012 di Memorial Tun Hussein Onn:

Hairan sungguh hamba apabila seorang profesional Melayu berhujah bahawa kita tidak sesuai mengikuti jejak bangsa-bangsa besar dalam penggunaan bahasa kebangsaan untuk kemajuan bangsa kerana kononnya sejarah kita masih amat baru. Sanggahannya itu berkaitan dengan seruan saya agar para pemimpin kita mengikut jrjak negara-negara maju sedunia yang menggunakan bahasa kebangsaan mereka dalam proses memajukan negara.

Apabila dijelaskan bahawa dalam zaman Sriwijaya pada abad 7 bahasa Melayu telah menjadi bahasa tamadun tinggi dan kemudian menanjak dalam zaman kesultanan Melayu, sehingga Valentijn menyamakan taraf bahasa Melayu dengan taraf bahasa Latin dan Perancis pada abad yang sama, iaitu abad 16, terbayang keraguan pada wajahnya.

Malah menurut sumber sejarah China, tamadun Melayu telah wujud sebelum tahun Masihi lagi apabila dicatay hubungan China dengan negeri-negeri di alam Melayu.Memang wajar sejarah dijadikan mata pelajaran wajib.


Suka · · Kongsi · 4 jam yang lalu berhampiran Kuala Lumpur ·
AbdRahman Mohamed, Norliza Abu Bakar, Zana Ahmad dan 82 yang lain menyukainya.
Dikongsi 3 kali

Mohd Faizal Profesional Melayu yang tidak profesional
4 jam yang lalu · Suka · 2

Haris Zuan malangnya sejarah diajar di sekolah hanya sejarah elit politik pemerintah. Sejarah sosial, apatah lagi sejarah kebudayaan bangsa tidak ditekankan dengan bersungguh.
4 jam yang lalu · Tak Suka · 4

Aseef Alwee Begitu naif sekali? Inilah akibatnya apabila minda terlalu berpaksikan Barat!
4 jam yang lalu melalui mudah alih · Suka

Amir Wijaya Patutnya sejarah kegemilangan bahasa Melayu tu semua diajar dalam mata pelajaran BAHASA MELAYU sendiri sejak sekolah rendah dan disambung ke peringkat menengah. Masukkan terus dalam sukatan pelajaran. Sekarang ni pelajar2 TIDAK diajar tentang sejarah bahasa Melayu secara mendalam, KECUALI mereka yg mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu di Tingkatan 6.
4 jam yang lalu · Tak Suka · 6

Amir Wijaya Dalam mata pelajaran Sejarah pun, mana ada diceritakan tentang sejarah bahasa Melayu dengan mendalam? Tidak ada, selain dinyatakan bahawa bahasa Melayu memainkan peranan sebagai lingua franca pada zaman kerajaan Melayu Melaka dalam 2-3 ayat daripada keseluruhan buku teks. Itu saja. Dengan hanya menjadikan Sejarah mata pelajaran wajib, masalah ini tidak akan selesai. Sukatan pelajaran Sejarah kita sendiri memang banyak kekurangannya. Seperti kata Haris Zuan, yg banyak ditekankan ialah "sejarah elit politik pemerintah", bukan keagungan tamadun bangsa Melayu.
4 jam yang lalu · Suka

Merrylnnda Anne org mcm 2 memang buta sejarah...soriee jika pandangan dr org muda mcm saya d pertikaikan..tp kenyataannya menurut sejarah yg sebenarnya sejarah d tanah melayu telah d putar belitkan beberapa faktanya oleh pihak barat dan ada beberapa fakta yg sebena mseh berada d dlm simpanan mereka hingga sekarang...itulaa propaganda org barat..mereka bukan sepenohnya ingin meninggalkan tanah kitaa...tidak menghairankan jika satu hari nanti kita akan dijajah semula...opss terlebih2 pulak~~~~..maaffff.............
4 jam yang lalu · Suka

Amir Wijaya Bayangkanlah daripada begitu ramai pengguna bahasa Melayu di negara ni, tak sampai 0.0x% (x = angka isi sendiri) pun yg tahu kewujudan batu bersurat Kedukan Bukit atau teks Melayu 'Aqaid Al-Nasafi. Sudahlah tak ramai yg hendak masuk Tingkatan 6, yg masuk Tingkatan 6 pula bukan semuanya wajib ambil Bahasa Melayu, kerana mata pelajaran wajib ialah PENGAJIAN AM, BUKAN Bahasa Melayu, sedangkan Bahasa Melayu Tingkatan 6lah satu2nya mata pelajaran di negara ini yg mengajar sejarah bahasa Melayu.
4 jam yang lalu · Suka
Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa Ralat:Pada abad 16
4 jam yang lalu · Suka
Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa Sukatan pelajaran sejarah dan pendekatan pengajarannya perlu diorientasikan semula, terutama untuk penghayatan, bulan pengetahuan fakta.
4 jam yang lalu · Suka · 2

Chegu Fakta Auta sokong 100%
3 jam yang lalu · Suka

Ahmad Sarju Saya yakin bukan seorang seperti yang Tuan sebutkan itu.Ada ramai lagi yang fikiran mereka dijajah dan masih memandang sepi hingga ke hari serta memperlekehkan keupayaan Bahasa Melayu mampu menjadi salah satu bahasa ilmu di dunia ini.Buktinya tokoh sukan,tokoh kewangan,tokoh pentadbiran malahan media masaan sendiri masih tidak yakin kepada Bahasa Melayu.Namun demikian perjuangan memartabatkan Melayu tetap akan terus diperjuangkan kerana bahasa adalah maruah bangsa bagi mempastikan bangsa Melayu tidak akan hilang di dunia.
3 jam yang lalu · Tak Suka · 4

Chegu Fakta Auta Bahasa Melayu adalah Bahasa Pemasaran no 1 di Malaysia
3 jam yang lalu · Suka

Amir Wijaya Masalah tidak yakin kepada bahasa peribumi sendiri turut melanda India, Filipina, Singapura, negara2 Afrika...paling teruk di Filipina rasanya. Krisis jiwa.
3 jam yang lalu · Tak Suka · 1

Moktar Mohd Nuri Adakah perlu sistem pendidikan kita dihalusi semula?. Nampak seperti ada yang kurang mantap ataupun pelaksananya yang kurang mantap.
3 jam yang lalu · Suka

Muhamat AbdRahman Jangan lupa bahawa kita bukan bangsa warisan revolusi. Kemerdekaan kita bukan oleh pejuang yang cinta bahasa sendiri seperti bangsa lain. Tetapi kita tetap bersyukur kerana di era kemerdekaan kita di salut dengan sistem pendidikan yang tetap mahu kepada acuan sendiri. Perlahan-perlahan dan mungkin bukan di zaman kita ini, Bahasa Melayu akan kembali ke persadanya apabila barisan pemimpin generasi baru kita akan meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa negara sesuai dengan jati diri negara Malaysia yang berlatar melayu dan nusantara.
3 jam yang lalu · Tak Suka · 1

Amir Wijaya Bila kita mengkritik sistem pendidikan kita, maka akan ada beberapa suara sumbang lagi jahil yg berkata "sistem pendidikan kita kan dah cukup baik, anak2 kita tidak pun diajar untuk menjadi penyamun atau perompak, nak ubah apa lagi". Ramai drpd kita, ialah "herd of idiots", yg hanya tahu menelan dan menerima segala2nya yg disumbat oleh kuasawan@kapitalis.
3 jam yang lalu · Tak Suka · 2

Zulkifli Hamid memang buat sakit hati bincang dengan orang yang tak dak jati diri dan lebih banggakan bahasa lain.....lalu saya buat cerita bodoh saja dengan mereka ni..."bulan lepas saya pi london..dari pemandu teksi...cuci tandas.. cuci longkang..angkut sampah...buka pintu hotel..jaga hotel...dan semua tu ...depa ni semua speaking english.... dari kecik sampai mati...tak pulak jadi saintis mcm yg hangpa kata tu !!!!
3 jam yang lalu · Tak Suka · 1

Jamal Iskandar Bin Ismail KBMM: Bukanlah dinamakan rakyat negara jika tidak tahu akan sejarah bangsa negaranya. Prof. Naquib mewajibkan sejarah dipelajari. Setuju akan saranan Prof agar mata pelajaran Sejarah diwajibkan dipelajari.
3 jam yang lalu melalui mudah alih · Tak Suka · 1

Ramlee Wahab Kalau dapat saya berjumpa denggan 'manusia' tersebut, alangkah seronoknya...!
3 jam yang lalu · Suka

Amran Ibrahim Rashidi MOHON KONGSI ya Prof akan catatan hebat Prof ini.
3 jam yang lalu · Tak Suka · 1

Cikgu Mohamad Musip Memang banyak profesional Melayu yang berpendirian dan bersikap "lupa daratan" setelah berjaya dalam kerjaya masing-masing. Benar, mata pelajaran Sejarah patut dijadikan mata pelajaran wajib atau mata pelajaran teras untuk memasakkan kesedaran terhadap jati diri bangsa.

Pada masa yang sama, saya juga terkilan apabila dua orang pemimpin atasan kita tampak suka berucap dalam bahasa Inggeris meskipun khalayak mereka ialah rakyat Malaysia. Apakah perlunya mereka berucap dalam bahasa Inggeris sedangkan yang mendengar ucapan itu warganegara Malaysia?
3 jam yang lalu · Tak Suka · 1

Yusuf Muhammad Itulah sikap sebilangan profesional Melayu kita, terlalu dibelenggu oleh bahasa Inggeris sehingga minda terus terjajah. Semoga Bahasa Melayu akan menjadi salah satu bahasa dunia. Saya menyokong penuh perjuangan Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa.
2 jam yang lalu · Tak Suka · 1

Cik Ros Kesiannya, orang berkenaan buta sejarah...
2 jam yang lalu · Tak Suka · 1

Rose Disember Seharusnya Bahasa Pusaka ibunda tercinta~ Bahasa Melayu ~ dibajai agar tambah teguh berdiri, bukan dipandang sepi tidak dihormati oleh bangsa sendiri. Siapa lagi kalau bukan kita sendiri yang mesti menjaga identiti ini. Bukankah bahasa itu adalah jiwa bangsa?
2 jam yang lalu · Tak Suka · 2
Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa Kanda Ahmad Sarju: Keadaan itu terjadi dalam pertemuan meja bulat kajian semula sistem pendidikan negara anjuran sebuah badan bukan kerajaan dan dihadiri oleh wakil80 badan. Di luar pertemuan itu memang banyak lagi watak seumpama itu. Bagaimanapun perjuangan kita terusKan dan penerangan kita perluas supaya kian banyak yang faham.
lebih kurang sejam yang lalu · Suka · 1

Cikgu Mohamad Musip Jika saya berada dalam majlis itu, saya sendiri sanggup menyelar insan yang sedemikian walaupun saya bukanlah tokoh atau personaliti penting. Setelah 54 tahun merdeka, masih ada insan yang masih menggilai bahasa Lord Mounbatten...
lebih kurang sejam yang lalu · Suka

Badr HMan Berpeluang berjumpa dgn bangsa2 lain,mengembara ke beberapa negara.Membuat saya bertambah teguh, bahawa bahasa Melayu mmg boleh menjadi bahasa Ilmu. Ilmu ialah pemahaman, bahasa memudahkannya.
59 minit yang lalu melalui mudah alih · Tak Suka · 1
Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa Sebagai pembentanG undangan, tanggungjawab saya menjelaskan isu itu tadi. Syukur beberapa tokoh yang hadir, terutama Datuk Kamaruddin Kachar, cukup vokal membantah anggapan bahawa Melayu itu sejarahnya konon agak baru. Begitu juga Datuk Dr. Ramlah Adam selaku pengerusi sesi.
57 minit yang lalu · Suka

Ruby Redzuan tidak keterlaluan jika kita sebut sebagai 'sengal'...
51 minit yang lalu melalui mudah alih · Suka

Aminuddin Mohamed KB: Mengapa di US sejarah USA tu wajib dipelajari oleh pelajar disana sdgk sejarah USA masih terlalu muda jika dibandingkan dgn sejarah bangsa melayu.Ianyatidak lai utk mewujudkan jati didri didlam sesuatu umat.Polisi pendidikan "flip flop" Malaysia ini menjadikan masyarakat kita tiada jati diri.Natijahnya dunia entah keman,akhirat pun entah kemana.Pendapat ahli professiional berkenaan adalah lumrah dikalangan umat melayu ni
36 minit yang lalu · Tak Suka · 1

Rose Disember Apa-apa pun didoakan semoga nanti Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa dan lain-lain akan berjaya juga menjernihkan isu ini dan mampu membuat sebilangan profesional yang tidak profesional itu jangan menganggap mudah dan memandang rendah bahasa kita. Pencerahan tentang isu ini harapnya berterusan supaya mereka benar-benar sedar jangan bersikap seperti melepaskan batuk di tangga sahaja bila sampai kepada isu bahasa. Saya amat menyokong perjuangan tuan.
30 minit yang lalu · Tak Suka · 2

Zaiton Ismail Sejarah Tahun 4 bakal diwajahkan..sesiapa yang ingin jadi calon penulis, sila sahut tawaran pelawaan di akhbar perdana hari minggu ini.
19 minit yang lalu · Suka

AbdRahman Mohamed Inilah dia jenis manusia Melayu yang meruntuhkan semula kegembilangan Bahasa Melayu.
..
5 minit yang lalu melalui mudah alih · Suka

Wahai Hati

Wahai, hati, tenang dan tenteramlah dikau seandainya ada yang mengocakmu! Usahlah dikau terusik oleh ujian dan cabaran yang timbul daripada makhluk, kerana semua makhluk ialah ciptaan-Nya yang bersifat lemah dan tiada sempurna. Kepada-Nya sahaja dikau berserah.
4Suka · · Berhenti Ikut · Kongsi
Angah Fadlynn, Khadijah Abd Wahab, Zaharah Karim dan 62 yang lain menyukainya.

Amir Wijaya Ini luahan Prof tentang cabaran memartabatkan bahasa Melayu sebenarnya...jika benarlah tafsiran saya.
13 jam yang lalu · Suka

Chegayah Chehak HATI............hanya seketul daging. Tak mampu menahan cabaran. Hanya airmata yang akan membasuhnya. Apatah lagi airmata KEINSAFAN.....
13 jam yang lalu · Suka · 1

Aminuddin Mohamed Jazakallah hukhairan kasiroh,KB
13 jam yang lalu · Suka

Norlidah Zainal Abidin ameen ameen ya Rabb
13 jam yang lalu · Suka

Cikgu Mohamad Musip Saya pohon berkongsi doa kepada-Nya. Syukran..
13 jam yang lalu · Suka

Ladin Nuawi elok buat lirik lagu puisi wahai hati...
13 jam yang lalu · Tak Suka · 1

Sallehuddin Ibrahim membelai kalbu pembaca ke sana
12 jam yang lalu · Suka

Tuesday, May 15, 2012

Usrah Nadwah Ilmuwan Siri 3 di Kompleks Darul Hikmah

Alhamdulillah, sesudah penyempurnaan majlis penyampaian hadiah adaptasi novel kepada skrip filem dan drama pentas sebelah pagi dan ziarah Bahasa kepada Dato' Rais Yatim Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan kemudian Ziarah Bahasa kepada TS Gauth Hasmon hingga menjelang Maghrib, kembara bahasa hamba dilanjutkan ke Usrah Nadwah Ilmuwan Siri 3 anjuran WADAH dengan wacana hamba bertajuk "Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Penakatan Tamadun Negara".

Wacana sesudah Isyak di Kompleks Darul Hikmah, Kajang itu berlangsung hingga menjelang tengah malam dengan tanggapan dan pandangan kira-kira 40 orang sarjana, pemikir, ulama dan pemimpin persatuan terhadap kertas kerja itu, dengan rumusan perlunya gerakan bersama semua badan dan individu dalam mengisi perjuangan bahasa dan persuratan Melayu sebagai agenda rakyat dan negara.

Antara yang hadir termasuklah Dato' Dr. Sidiq Fadhil Presiden WADAH, Prof Wan Ramli Wan Daud Presiden ASASI, prof Dato' Redhuan Othman Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM, Dr. Abd. Halim Muhammdi, Prof. Shaharir Md. Zain, Presiden dan Setiausaha Agung ABIM, pemimpin PKPIM, Dr. Abd. Rahman Kurais, Prof. Madya Dr. Shaharudin Baharuddin dari UiTM, Dr. Abu Bakar Sarpon Timbalan Presiden Institut Integriti Nalaysia dan tenaga akademik serta profesional lain. Dr Abd Razak Idris dari Fakulti Pengajian Islam UKM menjadi pengerusi wacana.

Kembara Bahasa
16 Mei 2012, 12.40 pagi

Thursday, May 10, 2012

Puisi "Harapan"


Harapan

Tiadalah sekali-kali kuharapkan kemuliaan
hanya kerana sedikit wewenang yang diamanahkan

Tiadalah sekali-kali kuharapkan kepatuhan
Hanya kerana kedudukan mengemudikan haluan

Tiadalah sekali-kali kuharapkan pujian
hanya kerana sedikit wawasan dan gagasan

Tiadalah sekali-kali kuharapkan persetujuan
hanya kerana takut menyatakan kebenaran

Tiadalah sekali-kali kuharapkan sokongan
hanya kerana ingin menjaga perasaan

Tiadalah sekali-kali kuharapkan keistimewaan
hanya kerana ditunjuk menjadi atasan

Yang semata-mata kuharapkan
sekadar keikhlasan, kejujuran, amanah dan tetap pendirian
untuk bersama-sama denganku
menjunjung martabat tamadun warisan
memperteguh jati diri dan citra wangsa
memperkaya khazanah ilmu membijaksanakan warga
memperhalus akal budi dan keperibadian semua
agar kita maju dalam jalur yang mulia
akarnya kuat pucuknya menjulang

- Kembara Bahasa
11 Mei 2012/19 Jamadilakhir 1433

Saturday, May 5, 2012

Forum Sofa Putih ITBM di Pesta Buku Antarabangsa KL 2012



Institut Terjemahan dan Buku Malaysia menganjurkan siri Forum Sofa Putih (memang sofa tempat panel dan pengerusi duduk berwarna putih, dan mungkin juga sebagai lambang kebersihan ilmu bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012). Pukul 3 petang 5 Mei 2012, Sabtu, giliran saya dan Prof. Emeritus Abdullah Hassan menjadi panel untuk menggarap isu martabat bahasa Melayu, masalah dan langkah mendepaninya. Pengerusi forum ialah Tuan Sayed Munawar Sayed Mohd. Mistar.

Penegasan kami, antara lain berkisar di sekitar:

1. Martabat bahasa Melayu tidak akan datang sendiri; menjadi kewajiban bangsa Melayu sendiri dan bangsa Malaysia memartabatkannya dalam semua sektor kehidupan di negara ini jika bahasa Melayu sebagai bahasa negara benar-benar hendak dijadikan bahasa tunjang tamadun negara.

2. Dapat dikatakan semua bangsa dan negara maju dari dahulu hingga kini mencapai tahap besar dan maju dengan berasaskan bahasanya sendiri, seperi Jerman, Perancis, Rusia, China, Korea, Jepun dan yang lain. Bahasa asing menjadi nilai tambah, bukan pengganti bahasa negara.

3. Pada kemuncak keemasan tamadun Islam dahulu, khususnya pada zaman Abbasiyah, bangsa-bangsa Barat mengambil ilmu daripada khazanah ilmu Islam dengan menerjemahkan segala ilmu ke dalam bahasa mereka dan sejumlah sarjana sahaja yang benar-benar dilatih menguasai bahasa Arab untuk memindahkan ilmu ke dalam bahasa mereka. Yang diambil oleh mereka ialah ilmunya, bukan bahasa Arabnya.

4. Islam telah menggariskan perlunya setiap bangsa memajukan bahasa yang dikurniakan oleh Allah kepadanya dan hal itu diisyaratkan dalam al-Qur`an, surah al-Rum, ayat 21. Dalam surah Ibrahim ayat 4 pula disebut bahawa tidak diutus para rasul melainkan dalam bahasa yang difahami oleh kaumnya. Isyarat syariat itu cukup jelas bahawa proses pengilmuan masyarakat lebih berkesan dalam bahasa masyarakat itu sendiri. UNESCO yang tidak dipimpin oleh kalangan orang Islam sendiri pun dalam piagamnya mencatat bahawa bahasa yang berkesan untuk proses pendidikan, khususnya di peringkat awal, ialah bahasa ibunda sesuatu bangsa.

5. PPSMI merupakan program yang bertentangan dengan tabii dan fitrah dan terbukti gagal kerana melanggar fitrah. Program itu bercanggah juga dengan dasar dan undang-undang negara, khususnya Akta Pendidikan, Perkara 17(1) yang menetapkan bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) sebagai bahasa penghantar utama sistem pendidikan negara ini. PPSMI melebarkan jurang bandar luar bandar, jurang kelas sosial dan juga menyebabkan kemerosotan pencapaian murid dan pelajar dalam mata pelajaran sains, matematik, bahasa Inggeris dan malangnya bahasa Melayu juga. Demikian hasil kajian yang dijalankan. Keputusan kerajaan, khususnya Kementerian Pendidikan di bawah pimpinan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin amat tepat dan perlu disokong dengan kuat.

6. Langkah memartabatkan bahasa Melayu perlu berasaskan usaha melibatkan seluas dan sebanyak mungkin sektor masyarakat, seperti golongan profesional, pentadbir, ahli undang-undang, pemimpin, pengendali syarikat berkepentingan kerajaan, usahawan dan yang lain, dan tidak seharusnya bahasa dan persuratan dianggap milik eksklusif golongan budayawan semata-mata. DBP menggerakkan program Ziarah Bahasa untuk mendapat sokongan dan pengertian para menteri, ketua setiausaha setiap kementerian, naib canselor, pemimpin persatuan dan yang lain dalam rangka mengatur strategi, langkah dan kegiatan yang dapat mengangkat martabat bahasa Melayu dalam semua bidang.

7. Langkah yang berdampak besar perlu dilaksanakan. DBP telah mula merangka kerja audit bahasa di semua jabatan dan agensi kerajaan untuk menilai pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan juga mutu bahasa yang digunakan. Dijangka bahawa jika program audit bahasa diterima dengan baik untuk dilaksanakan dalam sektor awam, lonjakan iltizam dalam penggunaan bahasa Melayu dan kawalan mutu bahasa dapat dilihat dalam beberapa tahun. Tahap seterusnya akan melibatkan syarikat berkepentingan kerajaan (GLC) dan sektor swasta.

8. Sikap tidak yakin akan kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu berpunca daripada fenomena minda tertawan, sebagai kesan penjajahan yang disebut oleh Ibnu Khaldun dalam Al-Mukaddimahnya dan sikap negatif itu perlu dinyahkan dengan mengisi khazanah ilmu dalam bahasa Melayu sebanyak-banyaknya, khususnya melalui kerja terjemahan, di samping penulisan karya asli dalam bahasa Melayu.Kejayaan UKM menggunakan bahasa Melayu dalam bidang ilmu sudah menjadi bukti nyata tentang kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi kerana sebahagian besar kuliah di universiti itu disampaikan dalam bahasa Melayu, dan 152 daripada 153 syarahan perdana para profesor dalam segala bidang ilmu di unviersiti itu disampaikan dan diterbitkan dalam bahasa Melayu.

9. Kegilaan dan ketaksuban akan penarafan antarabangsa sebagai mata alamat institusi pengajian tinggi di negara ini mesti segera dibetulkan agar universiti mengutamakan proses memandaikan anak watan, melalui penyampaian ilmu dalam bahasa yang difahami oleh majoriti rakyat dan karya ilmiah berbahasa Melayu mesti benar-benar dijadikan salah satu syarat penetapan jawatan dan kenaikan pangkat di universiti. Jika diperlukan piawai jurnal dan terbitan lain, negara ini dengan pakatan strategik universiti di alam Melayu perlu membentuk piawainya sendiri, bukan bergantung pada badan-badan antarabangsa yang dipercayai mempunyai agenda tersembunyinya, yang jelas tidak relevan dengan situasi dan keperluan negara.

10. Tiada mana-mana tamadun di dunia yang dapat berkembang dan bertahan tanpa khazanah ilmu. Oleh itu, perancangan rapi dan strategis perlu dilakukan agar keseimbangan penghasilan persuratan kreatif dapat diseimbangkan dengan persuratan ilmu yang dapat memenuhi pelbagai peringkat masyarakat, seperti masyarakat umum, remaja dan kanak-kanak, selain golongan sarjana dan pelajar. Khazanah itu pula hendaklah diusahakan dengan mengutamakan bahasa negara kerana bahasa itulah yang paling berkesan untuk majoriti rakyat. Himpunan memori bangsa atau rakyat diperlukan dalam bahasa negara kerana itulah yang dilaksanakan oleh negara-negara maju.

~Kembara Bahasa dan Prof. Emeritus Abdullah Hassan~
5 Mei 2012/13 Jamadilakhir 1433

Wednesday, May 2, 2012

Kreativiti yang disalahgunakan


Sedih sekali hamba melihat kreativiti disalahgunakan. Kepandaian melukis digunakan untuk menghina dan memperolok-olokan orang. Kepandaian berbahasa digunakan untuk menabur fitnah, mencaci dan bahkan mencarut untuk melempiaskan kebencian kepada orang lain. Begitukah yang diajarkan di rumah dan di sekolah? Begitukah cara orang yang diberi nikmat Islam berperi laku? Tidak aibkah kepada orang yang tidak mendapat suluhan iman tetapi tidak tergamak berbahasa buruk seperti itu? Silalah raikan perbedaan pendapat apabila memang perlu, tetapi tidak perlu sama sekali sehingga kehilangan adab.

Kembara Bahasa
2 Mei 2012

Buku dan Tamadun


Antara isu yang saya kemukakan semasa melancarkan 48 judul buku baru terbitan Galeri Ilmu di bawah pimpinan Haji Abu Hasan Morad di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012, di PWTC pada 1 Mei 2012:

1. Peranan ilmu amat besar dalam kebangkitan dan penakatan tamadun sedunia, seperti tamadun Yunani, Rumawi, Islam dan bahkan alam Melayu pada zaman kesultanan Melayu.

2. Ilmu bukan milik eksklusif sesuatu golongan. Semua golongan berhak mendapat ilmu dan maklumat. Oleh itu penerbit perlu merancang penerbitan buku dan terbitan lain untuk memenuhi proses pengilmuan masyarakat.

3. Penulis yang benar- benar berjaya ialah yang dapat menyampaikan ilmu dan maklumat kepada seluas mungkin khalayak. Ilmu tidak sewajarnya ditujukan hanya kepada kalangan sarjana dan pelajar. Masyarakat umum, remaja dan kanak-kanak merupakan golongan pembaca yang sama pentingnya dalam pengilmuan masyarakat.

4. Sampai saatnya sesuatu bidang dan aspekmilmu tertentu disebarkan dengan melakukan proses adaptasi untuk memenuhi keperluan pelbagai golongan. Karyanilmiah dapat diubah suainuntuk masyarakat umum, remaja dan kanak- kanak. Peranan penerbit cukup bedar dalam hal ini.

Kembara Bahasa
2 Mei 2012