Selamat berkunjung ke blog Kembara Bahasa. Bahan dalam blog ini boleh dimanfaatkan asal sahaja dinyatakan sebagai sumber rujukan atau petikan. Bagaimanapun Kembara Bahasa tidak bertanggungjawab atas apa-apa jua implikasi undang-undang dan yang lain daripada penggunaan bahan dalam blog ini.



~Kembara Bahasa~

Pendukung Melayu Mahawangsa berteraskan risalah Ilahi




Wednesday, February 27, 2013

Berlakukah evolusi bahasa?

Orang yang percaya bahawa bahasa bermula dengan bentuknya yang tidak sempurna dan secara evolusi dimurnikan menurut zaman dengan sendirinya menafikan bahawa para nabi dan rasul yang diutus Allah untuk menyampaikan petunjuk belum memiliki bahasa yang sempurna, walhal Allah telah mengajar Nabi Adam nama segala kejadian (al-Baqarah, ayat 31).

Para rasul yang diberi amanah menyampaikan risalah Allah telah sedia mempunyai bahasa yang sempurna pada zamannya. Perkembangan sesuatu bahasa menurut zaman ialah sunatullah agar bahasa dapat memenuhi perannanya sebagai alat pemikiran dan komunikasi. Perkembangan ini tidak sama dengan konsep evolusi bahasa yang kononnya bermula dengan bentuk yang kasar atau mentah dan dihaluskan serta dimurnikan dari zaman ke zaman sehingga terbentuk bahasa yang sempurna.

Kembara Bahasa
27 Februari 2013

3 comments:

  1. Assalamualaikum Ayahand yang dihormati.

    Satu permulaan hujah yang baik mengenal ilmu bahasa. Terima kasih kerana menimbulkan hal ini di saat segala aspek dalam hidup di dunia mahu dipisahkan daripada agama.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam anakandaku,

    Hujah naqli telah jelas tentang hakikat bahasa tetapi kebanyakan ahli bahasa masih bersandarkan teori Barat yang kebanyakannya tidak mencapai tahap kebenaran.

    ReplyDelete
  3. Maaf, sebenarnya apa yang dimaksud dengan evolusi bahasa? Sejauh yang saya terima di perkuliahan sejarah linguistik, Sastra Indonesia UGM, evolusi bahasa tidak lantas berarti bahasa yang turun pada awal mulanya itu belum sempurna. Bahasa terus mengalami perubahan/dinamika seiring dengan dinamika umat manusia yang hidup di bumi, tidak ada istilah bahasa 'sempurna' dan 'tidak sempurna'.
    Meski, kalau bicara istilah 'evolusi bahasa', istilah tsb memang muncul karena pengaruh teori evolusi Darwin.
    Mohon penjelasannya.

    ReplyDelete