Selamat berkunjung ke blog Kembara Bahasa. Bahan dalam blog ini boleh dimanfaatkan asal sahaja dinyatakan sebagai sumber rujukan atau petikan. Bagaimanapun Kembara Bahasa tidak bertanggungjawab atas apa-apa jua implikasi undang-undang dan yang lain daripada penggunaan bahan dalam blog ini.



~Kembara Bahasa~

Pendukung Melayu Mahawangsa berteraskan risalah Ilahi




Saturday, February 23, 2013

Mentong

Semakin jauh daripada tradisi Jawa leluhurku, banyak kosa kata Jawa yang mewarnai bahasa Melayuku sekeluarga di kampung kian hilang daripada penggunaan bahasa sehari-hari.

Hari ini, mungkin disebabkan perlu 'berpuasa' dari tengah malam hingga waktu pemeriksaan kesihatan menyeluruh dilakukan pada pagi tadi, maka entah bagaimana timbul desakan untuk "mentong" sesudah Asar tadi, kebiasaan yang telah kutinggalkan puluhan tahun.

Maka satu patah kata Jawa muncul semula dalam kamus kehidupanku pasa hari ini. Namun tabiaat "mentong" tidak baik diamalkan untuk kesihatan.

Kembara Bahasa
23 Februari 2013

No comments:

Post a Comment