Selamat berkunjung ke blog Kembara Bahasa. Bahan dalam blog ini boleh dimanfaatkan asal sahaja dinyatakan sebagai sumber rujukan atau petikan. Bagaimanapun Kembara Bahasa tidak bertanggungjawab atas apa-apa jua implikasi undang-undang dan yang lain daripada penggunaan bahan dalam blog ini.



~Kembara Bahasa~

Pendukung Melayu Mahawangsa berteraskan risalah Ilahi




Friday, October 22, 2010

Mencari Akar


Salasilah Keluarga Sebelah Ayahku


Tidak terlalu banyak yang kuketahui tentang salasilah keluargaku. Namun, berkat usaha Paman Ustaz Khalil bin Maon (sepupu ayahku) di Singapura yang rajin membuat kajian, terhasil susur galur salasilah sembilan generasi keluarga sebelah ayahku. Tanah leluhur nenek moyangku, menurut Paman Khalil yang telah menelusurnya ialah Kendal di Jawa Tengah. Menurut Allahyarham ayahku pula, nenekku berasal dari Solo.

Kaum kerabat keluargaku kebanyakannya di negeri Johor, khususnya di daerah Pontian dan sebahagiannya di Singapura. Ada juga yang kemudian merantau ke daerah dan ke negeri lain.

Seandainya ada pengunjung blog ini yang mempunyai kaitan dengan salasilah itu, sudilah berhubung untuk menjalin silaturrahim.

2 comments:

  1. Salam, saya juga sedang mengkaji susur galur keluarga sebelah ibu dan ayah. Sebelah ibu katanya dari Kendal - Tok Mat Semawi dan Nek Chemplok (Karsinah atau Kamsinah) - tinggal dekat Orang Grove Road atau Wayang Satu. Sebelah ayah - Haji Yusof Sahabudin dari Telok Menegun dan Hajjah Aishah dari Selekoh, Bagan Datoh. Mungkin sepupu sdr dapat bantu bagi sebelah ibu. Ribuan terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Saya susur galur dari Nyai Sarijan.

    ReplyDelete