Apitan 'ke-...-an' yang Membentuk Kata Nama dan Kata Kerja
Ayat "Orang itu kekurangan tenaga" adakah tergolong dalam pola ayat FN + FN atau FN + FK?
- Zul
Sdr. Zul,
Untuk menentukan adakah predikat ayat itu frasa nama atau frasa kerja, perlu dikenal pasti adakah unsur inti frasa itu merupakan kata nama atau kata kerja. Sekilas lalu, kata 'kekurangan' merupakan kata nama, tetapi dalam konteks tertentu, kata yang menerima apitan 'ke-...-an' dapat juga berbentuk kata kerja.
Dalam ayat itu, jelas bahawa kata 'kekurangan' merupakan kata kerja pasif yang menerima apitan 'ke-...-an', iaitu dengan makna subjek ayat(orang itu) merupakan subjek penderita, bukan subjek pelaku. Subjek ayat "Orang itu" tidak melakukan sesuatu, sebaliknya mengalami keadaan kekurangan sesuatu, iaitu kekurangan tenaga.
Kata itu tergolong dalam kata nama jika digunakan sebagai subjek atau objek ayat, seperti:
1. Kekurangan tenaga asli yang dapat menjana elektrik menyebabkan kerajaan terpaksa mencatu bekalan elektrik. (Kata 'kekurangan' sebagai subjek)
2. Negara mengalami kekurangan hasil sejak beberapa tahun lalu. (Kata 'kekurangan' sebagai objek)
Kesimpulannya, kata yang menerima apitan 'ke-...-an' dapat berbentuk kata nama dan juga kata kerja (kata kerja pasif), bergantung pada konteks penggunaannya.
- Awang Sariyan
assalammualaikum doktor,sy amatlah ingin tahu peranan bahasa melayu moden.mengapa bahasa melayu dianggap penting.
ReplyDeleteWassalamualaikum.
ReplyDeletePeranan bahasa Melayu (dahulu dan kini) banyak saya tulis dalam buku dan makalah. Antara buku yang sesuai sdr baca termasuklah "Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia dan "Ceritera Bahasa", kedua-duanya terbitan DBP.
salam,apa pandangan doktor terhadap peranan tilisan jawi yang semakin luput dalam kalangan masyarakat? sehingga kebanyakkan generasi muda sekarang tidak mampu menulis atau membaca tulisan jawi
ReplyDeleteTulisan Jawi perlu dilestarikan semula, kerana Jawi menjadi alat pengembangan agama Islam di Kepulauan Melayu, malahan menjadi tulisan untuk segala bidang ilmu dan bidang lain (undang-undang, surat dan perjanjian dengan kerajaan asing, karya sastera dll.). Tidak ada ruginya mempunyai dua sistem tulisan, malah lebih besar faedahnya.
ReplyDeleteSalam, Prof;
ReplyDeleteSejak 30 Ogos, baru hari ini saya berkesempatan membuka Internet. Agak tidak berkelapangan.
Terima kasih kerana memasukkan pertanyaan saya dan penjelasan itu harapnya disedari oleh pencinta bahasa.
Akan saya wara-warakan perihal bahasa ini dalam Blog saya.
Terima kasih, Prof. Semoga kita dipertemukan dengan malam yang lebih baik daripada seribu bulan itu. Amin.