Selamat berkunjung ke blog Kembara Bahasa. Bahan dalam blog ini boleh dimanfaatkan asal sahaja dinyatakan sebagai sumber rujukan atau petikan. Bagaimanapun Kembara Bahasa tidak bertanggungjawab atas apa-apa jua implikasi undang-undang dan yang lain daripada penggunaan bahan dalam blog ini.



~Kembara Bahasa~

Pendukung Melayu Mahawangsa berteraskan risalah Ilahi




Sunday, April 24, 2011

Puisi: Petikan daripada "Rangkaian Rubai`yat"


Petikan daripada Rangkaian Rubai`yat Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas

Muslim tergenggam belenggu kafir,
Akhirat luput, dunia tercicir,
Budaya jahil luas membanjir,
Banyak yang karam tiada tertaksir.

Barus dan Singkel, Pasai dan Ranir
Silam ditelan masa nan mungkir;
Lupa Jawaban dihafal mahir
Bagi Menyangkal Munkar dan Nakir

(Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Rangkaian Rubai`yat, Dewan Bahasa dan Pustaka 1959)

7 comments:

  1. salam, bapak Prof,

    pernah saya menitip nukil seperti ini dahulu, insya-Allah akan saya kongsikan nanti.

    ReplyDelete
  2. Assalam Sdr. Ampuan Awang,

    Terima kasih. Buku Prof. Naquib itu tidak ada lagi dalam pasaran, tetapi ada tersimpan di Pusat Dokumentasi DBP. Jika ada ongkos, saya bercadang memohon izin beliau untuk menerbitkannya semula. Amat banyak mutiara ilmu dan pemikiran yang dapat dimanfaatkan daripada buku itu.

    ReplyDelete
  3. Prof.Saya amat sanjungi dan nantikan usaha murni Prof tersebut.Ada sebuah karya Tasauf Prof.Sy.Naquib yg dipinjam oleh rakan tapi dua tidak memahaminya samasekali.Sya membacanya dan alhamdulillah. Lantas sy minta pinjam utk fotostst, tapi tak sempat kerana kesuntukan masa waktu itu.Sy tak ingat judulnya tapi mengenai bicara Tasauf yg halus tersirat.Semoga usaha Prof nanti dpt menemukan kembali dengan apa yg saya cari.
    Sekian dan selamat maju jaya.

    ReplyDelete
  4. Mungkin mimeograf yang dihasilkannya semasa di Universiti Singapura dalam tahun 1961 - Tasawwuf as it is understood and practised amongst the Malays (lebih kurang begitu bunyinya; tajuk lengkap tidak dapat saya ingat). Nanti saya semak judulnya yang tepat. Di Universiti Nasional Singapura pasti buku itu masih tersimpan.

    ReplyDelete
  5. Kalau tak silap Prof dia pinjam dari Perputakaan Awam Negeri Melaka dan terbitan ABIM.Tapi sayangnya saya tak pernah ada cara untuk bersemuka dengan Prof tersebut - tak usaha pun - untuk merungkai beberapa isu Tasauf kerana sy mempercayai beliau memang memiliki lautannya.

    ReplyDelete
  6. Oh, kalau terbitan ABIM tidak berapa lama, sekitar 1970-an atau 1980-an. Dapat kita semak dengan ABIM buku-buku beliau yang diterbitkan oleh ABIM. Buku itu dalam bahasa Melayu/bahasa Inggeris?

    ReplyDelete