Selamat berkunjung ke blog Kembara Bahasa. Bahan dalam blog ini boleh dimanfaatkan asal sahaja dinyatakan sebagai sumber rujukan atau petikan. Bagaimanapun Kembara Bahasa tidak bertanggungjawab atas apa-apa jua implikasi undang-undang dan yang lain daripada penggunaan bahan dalam blog ini.



~Kembara Bahasa~

Pendukung Melayu Mahawangsa berteraskan risalah Ilahi




Tuesday, March 22, 2011

Buku "Perkembangan Falsafah Bahasa dan Pemikiran dalam Linguistik"














Penulis: Awang Sariyan
Penerbit: Sasbadi Sdn. Bhd. (2007)

Kandungan:

Bab 1 - Pengenalan

Bab 2 - Falsafah dan Pemikiran Bahasa pada Zaman Awal

Bab 3 - Falsafah dan Pemikiran Bahasa pada Zaman Pertengahan

Bab 4 - Falsafah dan Pemikiran Bahasa pada Zaman Moden

Bab 5 - Falsafah dan Pemikiran Bahasa pada Abad Ke-20

Bab 6 - Bahasa dan Pemikiran Bahasa menurut Perspektif Islam

Bab 7 - Perkembangan Kajian Bahasa dan Linguistik Melayu

Epilog - Isu Epistemologi dalam Disiplin Linguistik: Asas Wujudnya Pelbagai Teori dan Pendekatan

Bibliografi

Indeks

[Ikhtisar: Buku ini disusun berdasarkan keperluan mencari alternatif teori dan pendekatan analisis bahasa yang berpangkal pada isu terasnya, iaitu falsafah bahasa. Sudah terlalu lama dunia ilmu linguistik bersumberkan teori dan pendekatan Barat sedang sumber Islam seakan-akan dilupakan atau malah diremehkan. Sebagai agama yang syumul atau lengkap serta menyeluruh, Islam bukan sekadar menjelaskan perihal akidah dan ibadah khusus, bahkan turut menyediakan asas-asas falsafah bahasa dan pendidikan bahasa, sebagaimana yang diisyaratkan dalam ayat-ayat suci al-Qur'an. Bab 6 dan Epilog, khususnya, memberikan huraian tentang falsafah bahasa menurut sumber Islam. Jika teori dan pendekatan Barat selama ini dijadikan sumber analisis, baik oleh orang Barat mahupun oleh orang Timur, maka daripada sudut ilmiahnya, perlu ada kesediaan para sarjana (apatah lagi sarjana Islam) untuk turut meneliti sumber Islam. Catatan: Tokoh yang dipaparkan dalam gambar ialah Prof. Noam A. Chomsky, ahli linguistik ternama di Amerika Syarikat yang mengetengahkan linguistik mentalistik moden dan terkenal juga sebagai pemikir dan pejuang keamanan dan keadilan dunia.]

~Kembara Bahasa~
23 Mac 2011

2 comments:

  1. Salam prof,

    bertemu lagi kita di sini, di laman kedua selepas facebook...

    ReplyDelete
  2. Sdr. AA,

    Alhamdulillah. Di Facebook masih tetap bertemu insya-Allah. Usah salah faham apa-apa tentang pengumuman saya pada status - saya tidak dapat mengesahkan permintaan tanpa maklumat diri. Tiada soal saya memilih rakan. Dalam pada itu pun ada yang saya sahkan (walaupun tanpa maklumat) dengan meninjau siapakah rakan-rakan orang yang meminta pengesahan itu. Siang tadi ada permintaan daripada seorang wanita tetapi menulis jantinanya lelaki dan tarikh lahirnya 1911 (yang tidak masuk akal) dan sukar saya mengesahkan orang yang bermain-main begitu.

    ReplyDelete