Selamat berkunjung ke blog Kembara Bahasa. Bahan dalam blog ini boleh dimanfaatkan asal sahaja dinyatakan sebagai sumber rujukan atau petikan. Bagaimanapun Kembara Bahasa tidak bertanggungjawab atas apa-apa jua implikasi undang-undang dan yang lain daripada penggunaan bahan dalam blog ini.



~Kembara Bahasa~

Pendukung Melayu Mahawangsa berteraskan risalah Ilahi




Thursday, March 10, 2011

Bangau, oh, Bangau!




Bangau, oh, bangau!
Kenapa engkau kurus?
Bagaimana aku tak kurus
Ikan tak mahu timbul.

Ikan, oh, ikan!
Kenapa engaku tak timbul?
Bagaimana aku nak timbul
Rumput panjang sangat.

Rumput, oh, rumput!
Kenapa engkau panjang sangat?
Bagaimana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku.

Kerbau, oh, kerbau!
Kenapa tak makan rumput?
Bagaimana aku nak makan
Perut aku sakit.

Perut, oh, perut!
Kenapa engkau sakit?
Bagaimana aku tak sakit
Makan nasi mentah.

Nasi, oh, nasi!
Kenapa engkau mentah?
Bagaimana aku tak mentah
Kayu api basah.

Kayu, oh, kayu!
Kenapa engkau basah?
Bagaiamana aku tak basah
Hujan timpa aku.

Hujan, oh, hujan!
Kenapa kautimpa kayu?
Bagaiamana aku tak timpa
Katak panggil aku.

Katak, oh, katak!
Kenapa kaupanggil hujan?
Bagaimana aku tak panggil
Ular nak makan aku.

Ular, oh, ular!
Kenapa kaumakan katak?
BAGAIMANA AKU TAK MAKAN
MEMANG MAKANAN AKU
MEMANG MAKANAN AKU
MEMANG MAKANAN AKU!

5 comments:

  1. Salam, Prof,
    Semua saling menyalahkan dan di negara kita kebetulannya memang banyak ULAR.

    ReplyDelete
  2. Salam. Ular hitam bisa. Ular macam belut dan lidahnya juga macam lidah biawak. Mungkin saya silap. Wallahuaklam.

    ReplyDelete
  3. Sdr. Zul,

    Ya, terlalu banyak ular yang bersedia untuk menelan apa-apa sahaja kerana semua itu dianggapnya 'makanannya'. Ular tidak belajar fiqah tentang halal dan haram!

    Tuan Haji Mohd. Isa,

    Ular jenis apa pun fitrahnya sama - bersedia membelit dan mengorbankan mangsanya. Satu-satunya ular yang "warak" ialah ular yang terjadi daripada tongkat Nabi Musa.

    ReplyDelete
  4. sekarang baru anakanda faham maksud lagu ni.....

    ReplyDelete
  5. Hebat orang yang mencipta lagu ini...mempunyai maksud yang amat sinis, yang ditujukan kepada makhluk manusia, dengan dianalogikan kepada makhluk bukan manusia, sehingga ramai yang tidak menyedarinya, lalu menyanyikan lagu ini sebagai hiburan semata-mata.

    ReplyDelete