Selamat berkunjung ke blog Kembara Bahasa. Bahan dalam blog ini boleh dimanfaatkan asal sahaja dinyatakan sebagai sumber rujukan atau petikan. Bagaimanapun Kembara Bahasa tidak bertanggungjawab atas apa-apa jua implikasi undang-undang dan yang lain daripada penggunaan bahan dalam blog ini.
~Kembara Bahasa~
Pendukung Melayu Mahawangsa berteraskan risalah Ilahi
Sunday, May 29, 2011
Puisi: Selamat Datang Tamuku
Selamat Datang Tamuku
Dalam debar aku menunggu
Dalam gementar aku merayu
Di sela-sela waktu yang terus berlalu
bermunajat daku mengharapkan belas kasih-Mu
Syukur tamu nan dinanti kini bersama
di alam fana 'kan turut memenuhi rencana
menggalas taklif ketetapan Azzawajalla
sebagai khalifah-Nya di alam yang nyata
Selamat datang wahai tamuku
Dikaulah penyeri taman usrahmu
permata hati pendamai kalbu
anugerah nur daripada Nan Satu
Selamat datang wahai tamuku
ke negeri ini yang penuh berliku
Semoga dikau tidak 'kan tertipu
oleh pesona kemilau pendaya nan semu
Selamat datang wahai tamuku
Usah kaulupakan ikrarmu dahulu
Di alam ruh dikau sedia mengaku
Dialah nan kausaksikan Tiada Bersekutu
Selamat datang wahai tamuku
Taati kedua-dua punca hidupmu
Berbakti usah mengira waktu
laksana pelita terbakar sumbu
Selamat datang wahai tamuku
Tegakkanlah akaid yang padu
Hablum mina-Allah tunjang yang fardu
Habulum minannas kaujadikan perdu
Selamat datang wahai tamuku
Hiasilah dirimu dengan ilmu
Akrabkan dirimu dengan guru
Nescaya kembalimu kelak tiada 'kan kelu
Selamat datang wahai tamuku
~Kembara Bahasa~
30 Mei 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tetamu nan datang adalah amanah
ReplyDeleteAmanah Allah nan punya khazanah
Andai tak sampai maqam makrifah
Nescaya kembali di jalan punah.
Ibu bapalah yang memikul bencana
Dek lalai leka di alam buana
Bila amanah tidak berguna
Bencana abadilah selama-lamanya.
Semoga saya dan Prof berada dalam rahmatNya.Amin.
Mudah-mudahan, insya-Allah. Kepada-Nya kita merafakkan permohonan rahmat dan inayat-Nya agar 'tamu' yang menjadi waris kita itu turut selamat di dunia dan di akhirat. Amin.
ReplyDelete