Muka Depan Cetak
DBP audit bahasa Melayu
Oleh Matzidi Dris
mzidi@bharian.com.my
2012/02/16
Garis panduan hampir siap, kemuka kepada kerajaan Jun
PETRA JAYA: Masih ada kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang tidak menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dalam dokumen urusan rasmi masing-masing, sebaliknya menggunakan bahasa Inggeris, termasuk dalam surat pekeliling dan minit mesyuarat bulanan.
Sehubungan dengan itu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengaudit penggunaan bahasa Melayu dalam semua dokumen rasmi kerajaan bagi mengenal pasti tahap penggunaan bahasa kebangsaan itu setakat ini.
Ketua Pengarah DBP, Dr. Awang Sariyan, berkata hal itu berlaku kerana ada pegawai atasan dan penjawat awam yang tidak memahami atau terlepas pandang Dasar Bahasa Kebangsaan yang turut disokong Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Katanya, setakat ini ada beberapa kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang mencapai tahap 80 hingga 90 peratus penggunaan bahasa Melayu dalam semua dokumen rasmi.
"Pada masa yang sama, masih ada kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang tidak menggunakan bahasa Melayu dalam beberapa dokumennya, iaitu surat pekeliling dan laporan tahunan.
"Cara terbaik meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dalam sektor awam ialah mengadakan audit bahasa dari semasa ke semasa," katanya selepas menyampaikan ucap utama "Dasar Bahasa Kebangsaan: Tuntutan Iltizam Kepada Seluruh Warga Negara", di DBP Cawangan Sarawak, di sini semalam.
Majlis itu dianjurkan oleh DBP Cawangan Sarawak dan Persatuan Karyawan Sastera Sarawak (PEKASA) bersempena dengan Hari Pejuang Bahasa 152 Peringkat Negeri Sarawak 2012.
Awang berkata, mungkin ada pihak yang ketawa dengan langkah itu, tetapi DBP beriltizam melaksanakannya kerana usaha itu bukan satu kesalahan, malah dapat meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan penjawat awam di negara ini.
Katanya, cara kerajaan memperbaiki pencapaian dalam pengurusan dan pentadbiran ialah menerusi proses audit, termasuk aspek kewangan.
“Jadi, dalam penggunaan bahasa Melayu, wajar juga dilaksanakan audit. DBP kini dalam peringkat akhir menyediakan garis panduan untuk digunakan dalam audit berkenaan dan jika semua berjalan lancar, garis panduan itu akan dikemukakan kepada kerajaan Jun ini,” katanya.
Komen Anda
Guna Facebook id anda.
Nama :
Emel :
Komen :
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.
Senarai komen
CikguImSyabas DBP...kembali memartabatkan Bahasa Melayu. Usaha yang wajar disokong semua pihak.
Azmie ChanSaya sangat menyokong perkara yang dilakukan oleh pihak DBP ini kerana masalah penggunaan Bahasa Inggeris sangat berleluasa dalam pelbagai lapisan masyarakat sama ada dalam bentuk lisan atau bukan lisan.
AdikKat IPT pun patut guna bahasa kebangsaan dari sijil hingga la ke phd.
leememang bagus..sebab ia dapat memartabatkan bahasa bangsa kita, dan lebih bagus lagi jika pihak kerajaan samada jabatan ataupun kementerian, menekankan perkara2 begini..kita boleh nmpk dengan nama2 seperti RTC, laman web jabatan2..dan lain2 lagi
Ismail KayatSdr Kedai, berhati-hatilah dengan ejaan Bahasa Melayu anda. Ada 3 kesalahan ejaan di situ.
Kain Amoh WaeSalam sejatera. Bahasa Melayu wajib dipertahankan dan dipertingkatkan penggunaanya. Untuk mencapai kedudukan sebagai negara maju, Bahasa Melayu yang juga diiktiraf sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Utama wajab diperluaskan penggunaanya di semua bidang dan dipertuturkan dengan fasih oleh semua warga Malaysia. Sebagai warga Malaysia yang pernah menetap di pelbagai negara dan sekarang menetap di Jepun, saya dapat membuat kesimpulan, masyarakat antarabangsa selalunya lebih menghormati sesuatu bangsa yang bangga dan selalu mengamalkan dengan adat, budaya dan bahasa ibunda sendiri. Sebagai contoh, mereka lebih menghormati teman-teman saya dari negara jiran kita seperti Indonesia dan Thailand yang hampir semua masyarakatnya bertutur bahasa kebangsaan dalam urusan seharian. Saya pernah mengalami peristiwa yang amat memalukan semasa di Jepun ini. Saya bersama teman warga Jepun telah berjumpa dengan seorang warga Malaysia bukan Melayu yang telah datang ke Jepun. Teman Jepun saya boleh berbahasa Melayu tetapi kurang fasih berbahasa Inggeris. Setiap kali teman saya bertanya sesuatu dengan menggunakan Bahasa Melayu, warga Malaysia tersebut menjawab dengan menggunakan bahasa Inggeris. Saya sesungguhnya teramat malu sekali ketika itu. Akhirnya saya meminta maaf kepada teman Jepun saya di atas apa yang berlaku... Kepada rakyat Malaysia berbanggalah dengan bertutur dan menggunakan Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di dalam segala urusan harian. Moga negara kita lebih dihormati oleh masyarakat antarabangsa.
leememang bagus..sebab ia dapat memartabatkan bahasa bangsa kita, dan lebih bagus lagi jika pihak kerajaan samada jabatan ataupun kementerian, menekankan perkara2 begini..kita boleh nmpk dengan nama2 seperti RTC, laman web jabatan2..dan lain2 lagi
kedaisanggat bagus ..kalau boleh masukan dalam KPI setiap jabatan dan kementerian . Maklumat audit juga perlu di dedahkan kepada umun seperti laporan jabatan audit supaya rakyat tahu .
ikhlasmedia juga perlu mainkan peranan, di tv baik pemimpin atau orang biasa perlu berbahasa melayu, mengaku orangg malaysia tapibila wartawan tanya dlm bm mrk dengan bangga jawab dalam english, kalau memang orang luar tidak apalah, baik ceo, orang biasa, bila perlu disiarkanperlulah berbahasa melayu. Malah iklan2 billboard sekarang tulisan bahasa lain lagi besar dari bahasa melayu malah tiada bahasa melayu pun ada. Pokok pangkalnya penguatkuasaan, zaman menteri penerangan Tok Mat dulu saya tabik kerana benar2 buatkerja, papan tanda dimestikan menggunakan bahasa kebangsaan........yang sekarang ni sibuk buat apa agaknya kat pejabat tu ya?
Semut BiruMemang patut pun disemak semula. Buat pengetahuan umum, agensi kerajaan yang dimaksudkan tu adalah dari pihak atasan. Jangan kerana tinggi ilmu seseorang tu dah cukup hebat dimata umum. Perlu banyak belajar. Bukankah ilmu itu ada dimana-mana...
Tayyar Sikarapsyabas DBP. Masih belum terlambat untuk brtindak. Sepatutnya perkara ini dilakukan 12 tahun yang lalu sebelum penggunaan bahasa dalam kalangan penjawat jawatan awam dan swasta menjadi rojak. Dalam kalangan penjawat awam, mungkin penggunaan bahasa Melayu masih pada tahap 60-70 peratus. Tetapi dalam kaangan penjawat swasta, terlalu sukar untuk kita mendengar dan melihat penggunaan Bahasa Kebangsaan. Keadaan ini bertambah parah apabila Kementerian Pelajaran Malaysia mengisytiharkan penggunaan BI dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik dan Sains di peringkat sekolah. Akibatnya, bahasa Melayu menjadi kelas kedua atau kelas ketiga bagi organisasi swasta. .... bersambung.... kemudian.
HJ SHARISedarnya kita bahawa bahasa melayu seakan dipingirkan oleh warga negara sendiri. Apakah kita tidak mampu menaiktaraf bahasa melayu. Sudah lebih 50 tahun merdeka bahasa masih belum merdeka?.
Hassan MarkoliSyabas DBP!
Zaninov Salam sejahtera, pada pendapat saya DBP perlu memperluaskan lagi penguatkuasaan atau audit di sektor perbankan. Sebagai contoh borong yang diisi ditulis Bahasa Melayu diatas dan bahasa Inggeris dibawah. Ini keterbalikan dimana bahasa Inggeris atas bahasa Melayu dibawah sangat menyayangkan. Buku-buku ilmiah bagi kegunaan Universiti perlu diterjemahkan sepenuhnya kedalam Bahasa Melayu secara berperingkatkan dan diwajibkan penggunaannya. DBP usulkan di Parlimen bahawa untuk melayakkan menjadi warganegara Malaysia mewajibkan warga Malaysia fasih bertutur kata dalam bahasa Melayu.
AdiAkhirnya, DBP bertindak dengan tegas. Kalau tidak, sampai bila? Syabas DBP.
Saya juga cadangkan bagi semua iklan dan poster perlu diaudit DBP sebelum boleh mendapat kelulusan Majlis Perbandaran.
Kongsi Artikel | Facebook MySpace Google Twitter
Alhamdulillah dan bersyukur ke hadirat Allah SWT kerana Sdr Dr Awang Sariyan akhirnya, saya kira menemui tugas dan tanggungjawab yang paling cocok lantaran kewibawaannya. Di peringkat pelaksana dan penguatkuasaan inilah khususnya di DBP tuan boleh memainkan peranan yang lebih berkesan. Sebagai anak Johor jati, tidak terlambat saya zahirkan ucapan tahniah dan syabas. Jawatan KP DBP kepada tuan umpama sirih pulang ke gagang.Salam perjuangan.
ReplyDeletetiubbocor blogspot.com/
drrajieehadi.blogspot.com/
Kepada Allah kita mohon inayah mudah-mudahan ikhtiar kita diberi kemudahan dan kejayaan. Amin.
ReplyDeleteSudah lama saya kecewa dengan DBP yang saya anggap telah memusnahkan bahasa Melayu dengan cara merojakkan bahasa Melayu dengan kemasukan bahasa Inggeris yang tidak menentu. Umpamanya peringkat muda mudi sudah kehilangan kata kata seperti otak, fikiran, ingatan, kefahaman dan sebagainya dengan pengambilan 'minda'. Hilang sebutan hasil, pengeluaran, dan sebagainya dengan kemasukan 'produk'. Orang orang kampong sudah mengguna perkataan 'member' sebagai kawan kerana disistilahkan dalam kamus DBP, tidak pula dimana mana kamus bahasa Inggeris sendiri.
DeleteDengan secara terbuka kita telah disalur keluar dari pendekatan bahasa Melayu dengan istilah bahasa Arab. Kita sudah ketepikan Jawi dengan hasil yang amat ketara kepada saya betapa susahnya kanak kanak Melayu sekarang membaca Quran dengan betul, melainkan mereka yang memasuki sekolah ugama dari mula persekolahan.
Sebagai warga tua yang bermula dengan jawi dan Arab saya sedih melihat DBP selama ini mengkagumi Indonesia dengan hasil kemusnahan bahasa Melayu asli.
salam kepada semua pejuang bahasa. Diharapkan andajuga ialah pejuang bangsa dan bahasa.Apabila DBP bertukar terajunya ada beberapa pendekatan dan perubahan yang akan dibuat dan ada yang telah dibuat.. tetapi kadang-kala perubahan yang dibuat itu tidak nampak oleh sesiapa pun. yang kita tahu.. DBP kalah dengan PPSMI.. kemana perginya pejuangh bahasa dalam DBP ini? yang yang cintakan bahasa dibalun. disembur dengan gas pemedih mata... adakah di dalam ribuan pejuang itu kakitangan DBP yang terlibat? mungkin ada dalam kalangan pekerja biasa.. mereka peneraju dan pencinta bahasa dalam DBP mungkin melihat dari jauh dengan perasaan tertentu..rakyat marhain cinta AKAN BAHASA KEBANGSAAN menangis... mereka yang berjuang melalui pentas mengampu ketawa berdekah-dekah melihat peristiwa itu.. kesian( kata hatinya... aku? eh tak mahulah aku terlibat nanti hilang pangkat.. kalau hilang pangkat.. macamana aku nak mengampu lagi...Langkah rakyat perjuangkan bahasa melalui jalanan mungkin cara yang tidak sesuai.. tetapi kalaulah cara yang sesuai pun tidak dilayan.. apakah ada cara lain? apakah makna kecapaian? apakah erti glokal? kalau yang ini pun DBP kantoi hendak selesaikan bolehkah audit bahasa Melayu hendak selesaikan yang lebih besar.. tunggu dan lihat. ini pendapat peribadi secara ilmiah.
ReplyDeleteSebagai seorang rakyat yang setiap hari bertutur dalam bahasa ibunda(bahasa Melayu bukan Bahasa Malaysia).. tersa terkilang dengan pihak yang melibatkan kewangan seperti perbankan, insuran dan juga yang berkaitan dengan urusan jual beli rumah.. semuanya dalam bahasa Inggeris. kalau ada dalam bahasa Melayu pun ukurannya lebih kecil daripada bahasa Inggeris. Apakah tidak ada sebarang tindakan daripada pihak berkenaan, sedangkan undang-undang bahasa, orang kita yang gubal, kerajaan Malaysia yang membuat akta bahasa tetapi mengapa masih berlaku perkara seperti yang dinyatakan.. apakah kita berkokok seperti ayam jantan tetapi ekor ditarik lalu mengubah rentak dan suara kokoknya.atau kita berkokok kepada si pekak dan si bisu.
ReplyDelete