Selamat berkunjung ke blog Kembara Bahasa. Bahan dalam blog ini boleh dimanfaatkan asal sahaja dinyatakan sebagai sumber rujukan atau petikan. Bagaimanapun Kembara Bahasa tidak bertanggungjawab atas apa-apa jua implikasi undang-undang dan yang lain daripada penggunaan bahan dalam blog ini.



~Kembara Bahasa~

Pendukung Melayu Mahawangsa berteraskan risalah Ilahi




Wednesday, February 29, 2012

Muzakarah Bahasa dan Persuratan


Salam,

Pemimpin persatuan, jabatan, organisasi dan orang perseorangan yang berhasrat untuk ikut serta dalam Muzakarah Bahasa dan Persuratan di DBP, Kuala Lumpur pada 14 dan 15 Mac diminta mengirimkan alamat pos, alamat e.mel dan no. faks untuk dikirimi undangan.

Mohon nyatakan juga kelompok yang ingin disertai, sama ada (a)kelompok media, (b)kelompok bahasa dan sastera, (c) kelompok ahli sains dan teknologi, (d)kelompok profesional (peguam, akauntan dsb.), (e)ulama atau (f) badan bukan kerajaan (persatuan), kerana bagi setiap kelompok ada jadual yang telah ditetapkan.

Maklumat hendaklah dikirimkan ke alamat e.mel ghapar@dbp.gov.my (s.k. awang@dbp.gov.my). Terima kasih.

Kembara Bahasa
29 Februari 2012/8 Jamadilakhir 1433

No comments:

Post a Comment