Maka tersebutlah kisah
Ikan-ikan keli di dalam tempayan
Masing-masing tiadalah hidup aman
lantaran ingin hidup selesa
tanpa gangguan teman-teman
Ada pun sekalian teman dianggap saingan
Maka saling menyengatlah si keli
antara satu dengan yang lain
demi kehidupan sendiri-sendiri
tanpa kesediaan berkongsi
Maka cederalah kesemuanya
kerana terus-menerus saling menyengat
tanpa mencuba bersepakat
meskipun badan terkerat
Akhirnya tamat riwayat keli sekaliannya
kerana bergelut tiada sudahnya
Keli setempayan punah tak bermaya
Hidup tak berjasa mati tak meninggalkan nama
KEMBARA BAHASA
14 Ogos 2012/26 Ramadan 1433
No comments:
Post a Comment