Selamat berkunjung ke blog Kembara Bahasa. Bahan dalam blog ini boleh dimanfaatkan asal sahaja dinyatakan sebagai sumber rujukan atau petikan. Bagaimanapun Kembara Bahasa tidak bertanggungjawab atas apa-apa jua implikasi undang-undang dan yang lain daripada penggunaan bahan dalam blog ini.



~Kembara Bahasa~

Pendukung Melayu Mahawangsa berteraskan risalah Ilahi




Friday, June 28, 2013

MBMMBI di Institut Perguruan

Perihal MBMMBI:

Munsyi Mohamad Musip menulis kepada hamba - Datuk KP DBP, sekadar makluman, kami di Jabatan Pengajian Melayu IPG sedang menggerakkan upaya melatih guru-guru BM bawah Dasar MBMMBI. Dalam pengetahuan dan tindakan saya, ada empat kaedah digunakan:
1. Kursus Pendek Kelolaan Institut (kini kelolaan Jabatan Pelajaran Negeri);
2. Program Kolaboratif DBP-BPG;
3. Kursus Intensif Bahasa Melayu 40 + 5 Jam;
4. Kursus Pemantapan Tatabahasa 10 Jam (diberikan dalam Kursus Intensif BM untuk tajuk yang selain ptajuk Pemantapan Tatabahasa).

Setiap kaedah itu tersedia senarai tajuk kursus yang disampaikan dalam bentuk modul latihan ke arah memantapkan pengetahuan dan kefahaman serta amalan profesional BM dalam kalangan pendidik bahasa. Saya sendiri dan beberapa orang rakan terlibat dalam penyediaan modul tatabahasa. Penganjur keempat-empat kaedah pelaksanaan kursus ini ialah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu, DBP turut membantu menyediakan jurulatih bagi tajuk-tajuk bawah program kolaboratif BPG-DBP. Jabatan Pelajaran Negeri pula menjadi pengelola di peringkat negeri, manakala IPG menyediakan tenaga jurulatih utama.

Dari sudut ini, jurulatih sebenarnya berupaya memupuk kesedaran guru-guru supaya mewibawakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah sebagai wahana ilmu untuk membina jati diri dan amalan santun berbahasa. Elemen yang menjadi punca kuasa kepada keutuhan bahasa Melayu, pada persepsi saya ialah:

1. Akta 152 Perlembagaan Persekutuan dan DBP sebagai agensi perancanan bahasa;
2. Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara;
3. KSSR (mulai 2011) dan KSSM (mulai 2017);
4. Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025;
5. Kemahiran Alaf 21 (Pengetahuan Kandungan Berasaskan Teknologi dan Pedagogi/TPCK).

Slaid persembahan saya mengutarakan kesemua yang saya tanggapi ini.

Kembara Bahasa
Sabtu 29 Jun 2013, 3.52 pagi

2 comments:

  1. Assalammualaikum wbt Prof.
    Semoga diberkati dan dirahmati Allah swt. Kursus yang ditawarkan untuk guru BM ini amat bermanfaat.Cuma saya hendak tahu bila empat kaedah ini akan diwar-warkan kepada guru BM?
    Terima kasih, Prof.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah saya pastikan dengan IPGM. Kini IPGM dan DBP sedang memantapkan modul kursus.

      Delete