Selamat berkunjung ke blog Kembara Bahasa. Bahan dalam blog ini boleh dimanfaatkan asal sahaja dinyatakan sebagai sumber rujukan atau petikan. Bagaimanapun Kembara Bahasa tidak bertanggungjawab atas apa-apa jua implikasi undang-undang dan yang lain daripada penggunaan bahan dalam blog ini.



~Kembara Bahasa~

Pendukung Melayu Mahawangsa berteraskan risalah Ilahi




Wednesday, December 15, 2010

Puisi: Apabila Bila-bila


Apabila Bila-bila

Apabila bila-bila
akal tidak dijaga
kita bisa jadi gila

Apabila bila-bila
rasa merajalela
kita bisa gila kuasa

Apabila bila-bila
harta jadi utama
kita bisa jadi fana

Apabila bila-bila
usia sia-sia
kita bisa hilang redha

Apabila bila-bila
ikhlas hampa di jiwa
kita bisa jadi riyak

Apabila bila-bila
amanah diperkuda
kita bisa jadi pendaya

Apabila bila-bila
yang berhak tidak dibela
kita bisa menerima bala

Apabila bila-bila
keyakinan telah sirna
kita bisa hilang kuasa

Apabila bila-bila
hubuddunya bersarang di kepala
Tuhan sentiasa yang kedua

Apabila bila-bila
sampai bila-bila
demikian lakunya kita
Tunggulah kehancuran tanpa tunda

~Kembara Bahasa~
[Beijing, 15 Disember 2010, 8.20 malam]

3 comments:

  1. Balasan daripada Abu Alex, rakan fb:

    bilamana dimana-mana
    kuasa miliki jadi tunggangan

    bilamana dimana-mana
    amanah tadbir diperlecehkan

    bilamana dimana-mana
    wang jadi berhala sembahan

    bilamana dimana-mana
    harta dikumpul bagai kumbahan

    bilamana dimana-mana
    yang lemah ditekan diperlekehkan

    bilamana dimana-mana
    yang bodoh dibela dipergunakan

    bilamana dimana-mana
    hukum Tuhan dipermain-mainkan

    bila-bila tunggu sahaja masanya
    datangnya azab yang dijanji pada Insan.
    Hantar melalui Facebook Mudah Alih

    ReplyDelete
  2. Ini pula reaksi Andi Muliati Andi Parameter rakan Fb dalam pesannya:

    kesenangan dunia semuanya sementara
    penentuan hakiki di akhirat pasti
    dosa dan pahala jadi ukuran
    syurga dan neraka jadi persinggahan
    di sana nanti kekal abadi...
    moga kita semua syurga menanti...Insya'Allah, amin...

    ReplyDelete
  3. Maaf, nama sebenar rakan Fb saya dalam komen kedua ialah Andi Muliati Andi Paramata.

    ReplyDelete