Selamat berkunjung ke blog Kembara Bahasa. Bahan dalam blog ini boleh dimanfaatkan asal sahaja dinyatakan sebagai sumber rujukan atau petikan. Bagaimanapun Kembara Bahasa tidak bertanggungjawab atas apa-apa jua implikasi undang-undang dan yang lain daripada penggunaan bahan dalam blog ini.
~Kembara Bahasa~
Pendukung Melayu Mahawangsa berteraskan risalah Ilahi
Monday, December 13, 2010
Soal Jawab Bahasa (10): Suri Teladan
Perihal "Suri Teladan"
Daripada manakah timbulnya kata suri teladan yang Prof. gunakan dalam tulisan? Saya tertarik oleh penggunaan kata itu.
Penjelasan:
Ungkapan suri teladan telah ada dalam bahasa Melayu sejak lama tetapi sudah kian jarang digunakan atau tidak diketahui oleh kebanyakan pengguna bahasa. Pada hemat, saya konsep role model dalam budaya Barat yang digunakan dalam bahasa Inggeris itu sama sahaja dengan suri teladan dalam bahasa Melayu. Dalam Kamus Dewan, ungkapan itu diberi makna 'contoh yang baik (yang patut ditiru)'.
Tambahan pula, konsep suri teladan dalam bahasa Melayu bersandarkan nilai-nilai yang bertunjang pada agama. Contoh yang baik dalam budaya Melayu didasarkan pada ukuran baik menurut syarak, sedang contoh yang baik dalam budaya bukan Islam lebih berdasarkan akal atau adat kebiasaan semata-mata.
Baiklah diusahakan pengenalan dan pembiasaan penggunaannya dalam media am, baik media cetak mahupun media penyiaran. Wallahu a`lam.
~Kembara Bahasa~
13 Disember 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam, Prof,
ReplyDeletePadanan "suri teladan" dengan "role model" itu saya sedari kurang lebih enam tahun lalu setelah membaca seimbas lalu sebuah novel yang tidak saya ingat penulisnya (mapan).
Alhamdulillah, penjelasan Prof ini menegapkan lagi kebenaran padanan itu.