Apabila harta berkata-kata, banyak jiwa yang menjadi hamba.
Kembara Bahasa
1 Mei 2013
Selamat berkunjung ke blog Kembara Bahasa. Bahan dalam blog ini boleh dimanfaatkan asal sahaja dinyatakan sebagai sumber rujukan atau petikan. Bagaimanapun Kembara Bahasa tidak bertanggungjawab atas apa-apa jua implikasi undang-undang dan yang lain daripada penggunaan bahan dalam blog ini.
~Kembara Bahasa~
Pendukung Melayu Mahawangsa berteraskan risalah Ilahi
Tuesday, April 30, 2013
Saturday, April 27, 2013
Puisi "Pilihan Raya"
PILiHAN RAYA
Pilihan raya
bukan memilih untuk suka-suka
bukan memilih asalkan sesiapa
bukan memilih asalkan kerana mendapat apa-apa
bukan memilih untuk mendapat laba
bukan memilih untuk melempiaskan kecewa
bukan memilih kerana amarah tak terkata
bukan memilih kerana dendam di sukma
bukan memilih kerana terpesona oleh kata-kata
Pilihan raya
masa untuk menilai semua
calon berwibawa atau calon badut bahan bercanda
janji tulus atau janji semu bersifat sementara
wawasan berjejak atau ilusi bersalut gula
pemimpin bergagasan atau yang tandus fikiran tak bermaya
Pilihan raya
menjadikan kita bijaksana
atau terkambus dalam bencana
Kembara Bahasa
Kota Kinabalu
28 April 2013

Rona-rona Bahasa: Nikmat Bahasa bagi Setiap Bangsa
Dalam Surah al-Rum, ayat 21 Allah menjelaskan bahawa antara tanda kekuasaan-Nya termasuklah menciptakan manusia yang terdiri daripada pelbagai bahasa dan warna kulit (bangsa). Maka mengapatah ada yang mengingkari nikmat Allah itu dengan meremehkan bahasanya sendiri?
Kembara Bahasa
28 April 2013
Kembara Bahasa
28 April 2013
Puisi "Belum Perlu Noktah"
Noktah akhir itu
tidak wajar dikau letakkan
sebelum wacana kita
tentang masa hadapan
selesai kita bicarakan
Insafilah
bahawa sejarah kita sedang ditata
dengan ramuan dan cita
yang tidak pernah terencana
dan terduga
namun kini memerlukan upaya
dan keberanian di luar kerangka biasa
kerana perahu kehidupan itu telah di air
dan pelayarannya tidak akan diundurkan
meskipun destinasinya belum pasti kesampaian
Atas keperluan
menghormati jalan yang dirintis
tidak dikekang dan dihalang
maka dikau tangguhkanlah
meletakkan noktah
pada wacana yang belum usai.
Kembara Bahasa
28 April 2013
Hotel Perkasa, Keningau

Friday, April 26, 2013
Rona-rona Bahasa: Bendera Dinaiki atau Dinaikkan?
Esei yang memenangi satu peraduan menulis berjudul "Peristiwa Menaiki Bendera pada 31 Ogos 1957". Ertinya para pemimpin kemerdekaan menaiki bendera, entah bagaimana bendera itu begitu kuat dan tahan sehingga dapat dinaiki.
Yang sebenarnya ialah "Peristiwa Menaikkan Bendera pada 31 Ogos 1957", dengan erti bahawa benderalah, bukan orang, yang naik atau dinaikkan.
Kembara Bahasa
27 April 2013/16 Jamadil Akhir 1434
Wednesday, April 24, 2013
Rona-rona bahasa: Siapa mewakili siapa?
Rona-rona bahasa:
"Saya sebagai setiausaha diwakili oleh Pengerusi dalam majlis ini untuk menyampaikan ucapan beliau."
Siapakah yang menjadi wakil - setiausaha atau pengerusi? Setiausaha mewakili Pengerusi hal biasa, tetapi Pengerusi mewakili Setiausaha hal yang luar biasa.
Yang sebenarnya "Saya sebagai setiausaha diwakilkan oleh Pengerusi dalam majlis ini untuk menyampaikan ucapan beliau."
Dalam bentuk ayat aktif, binaannya "Saya sebagai setiausaha mewakili Pengerusi dalam majlis ini." atau "Pengerusi mewakilkan saya sebagai setiausaha dalam majlis ini." Tidak munasabah "Pengerusi mewakili saya dalam majlis ini."
Kembara Bahasa
25 April 2013

Tuesday, April 23, 2013
Rona-rona bahasa: Polis dan penjenayah saling mengejar?
Rona-rona bahasa:
"Drama kejar-mengejar antara polis dengan penjenayah itu berlangsung selama satu jam." Munasabahkah polis dan pejenayah saling mengejar? Etika polis tidak memungkinkan polis lari kerana dikejar oleh penjenayah.
Jika dikatakan "Drama tembak-menembak antara polis dengan pejenayah itu berlangsung selama satu jam", dapat diterima fakta itu kerana ertinya polis dan pejenayah saling menembak.
Jelas bahawa yang hendak diberitakan ialah "Usaha polis mengejar penjenayah itu berlangsung selama satu jam."
Kembara Bahasa
24 April 2013/13 Jamadil Akhir 1434

Rona-rona Bahasa: Mangsa kemalangan yang dikejar
"Mangsa kemalangan itu dikejar ke hospital." Demikian ayat dalam satu berita.
Malang sungguh mangsa kemalangan itu; sesudah mengalami kemalangan ia dikejar pula.
Yang sebenarnya, mangsa kemalangan itu dikejarkan ke hospital (dihantar dengan segera ke hospital).
Kembara Bahasa
23 April 2013

Sunday, April 21, 2013
Tazkirah kepada diri: Bertandinglah menurut syariat
Kalau niat memang ikhlas untuk berkhidmat, bertandinglah dengan penuh takzim dan hormat. Tidak perlu nista dan umpat. Tidak perlu menyimpan dendam kesumat. Ikut syariat untuk mendapat berkat.
Kembara Bahasa
21 April 2013
Kembara Bahasa
21 April 2013
Wednesday, April 17, 2013
Tazkirah kepada diri: Lagu selimut putih
Lagu "Selimut Putih" elok diperdengarkan dengan kerap di radio dan di televisyen agar pengadu domba, pemfitnah, penyebar fitnah dan keaiban orang lain segera insaf bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara. "Tiada lagi gunanya harta, kawan karib, sanak-saudara. Jikalau ada amal di dunia, itulah hanya pembela kita".
Kembara Bahasa
18 April 2013
Kembara Bahasa
18 April 2013
Saturday, April 13, 2013
Tazkirah kepada diri: Syaitan berpesta
Maka berpestalah masyarakat syaitan meraikan kemenangan mengadudombakan manusia sehingga saling bermusuhan kerana berebut kuasa dan harta dunia.
Kembara Bahasa
13 April 2013
Kembara Bahasa
13 April 2013
Wednesday, April 10, 2013
Tazkirah kepada diri: Politik yang sihat
Silakan berpolitik
tetapi bukan dengan cara yang picik.
Silakan bertanding
tetapi jika kalah usah melenting.
Silakan mengundi
dengan menggunakan akal budi.
Kembara Bahasa
11 April 2013
tetapi bukan dengan cara yang picik.
Silakan bertanding
tetapi jika kalah usah melenting.
Silakan mengundi
dengan menggunakan akal budi.
Kembara Bahasa
11 April 2013
Tazkirah kepada diri: Hindari ketaksuban
Mengapatah perlu kaupenjarakan kemerdekaan fikiranmu dalam ketaksuban?
Kembara Bahasa
10 April 2013
Saturday, April 6, 2013
Tazkirah kepada diri: Tabii manusia sama pada semua zaman
Apatah yang dihairankan, zaman berubah tetapi tabii manusia demikian adanya - yang adil, yang zalim, yang berilmu, yang jahil, yang santun, yang kasar...wujud pada semua zaman.
Kembara Bahasa
7 April 2013
Kembara Bahasa
7 April 2013
Wednesday, April 3, 2013
Tazkirah kepada diri: Manusia yang tertipu oleh dirinya sendiri
Ada masanya manusia ditipu oleh dirinya sendiri, melalui akal yang dangkal dan pertimbangan yang tidak berimbang; maka ketika itu jauhlah ia daripada berlaku adil dan sampai pada kebenaran.
Kembara Bahasa
3 April 2013
Kembara Bahasa
3 April 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)