Selamat berkunjung ke blog Kembara Bahasa. Bahan dalam blog ini boleh dimanfaatkan asal sahaja dinyatakan sebagai sumber rujukan atau petikan. Bagaimanapun Kembara Bahasa tidak bertanggungjawab atas apa-apa jua implikasi undang-undang dan yang lain daripada penggunaan bahan dalam blog ini.
~Kembara Bahasa~
Pendukung Melayu Mahawangsa berteraskan risalah Ilahi
Wednesday, January 19, 2011
Puisi: Kalau Hanya
Kalau Hanya
Kalau hanya
atas nama kesetiakawanan
sanggup kauhulurkan jabat penerimaan
Kalau hanya
atas nama persahabatan
sanggup kaukorbankan hak asal-muasal
Kalau hanya
atas nama persatuan kebangsaan
sanggup kauleburkan citra kemahawangsaan kita
Kalau hanya
atas nama tolak ansur
sanggup engkau melihat yang teras ditolak beransur-ansur
Kalau hanya
atas nama tahap keinsanan sama
sanggup kaupersekutukan ad-Din mardhatillah
Kalau hanya
atas nama kebebasan bersuara
sanggup kaukaburkan kebenaran dan kebatilan
Kalau hanya
atas nama kelangsungan kuasa siasah
sanggup kaukorbankan makna dirimu dan hak leluhurmu
Kalau hanya atas nama semua itu
Kita yang memberi senantiasa mengalah dan perlu kalah
yang menerima sentiasa beroleh dan tidak segan-segan menilai kita remeh
Maka usah kautangisi dan kausesali zaman gelap yang menanti
untuk wangsa teras yang menunjang rantau sejak zaman bahari
dan padamu beban tanggungjawab atas kemungkinan itu terjadi
~Kembara Bahasa~
Kuala Lumpur 20 Januari 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Prof.Awang(Kembara Bahasa),
ReplyDeleteSalam daripada saya. Sebagai peminat bahasa Melayu, tulisan dalam soal jawab bahasa(blog Kembara Bahasa) sangat berguna untuk dimanfaatkan dan disebarluaskan. Mohon keizinan untuk saya mengambil mana-mana bahan/catatan dalam soal jawab bahasa. Jika saya ambil catatan itu, insya-Allah sumbernya akan dimasukkan atau dinyatakan.Berikut ialah blog dan laman web saya:
http://mypandan.blogspot.com
http://pandanresort.blogspot.com
http://pandanresort.weebly.com
Sdr. Mypandan,
ReplyDeleteSilakan. Catatan sumber itu penting, terutama kepada pihak tertentu yang mungkin ingin bertanya lanjut supaya dapat berhubung dengan saya di blog atau di Facebook. Salam perjuangan.
~Kembara Bahasa~