Selamat berkunjung ke blog Kembara Bahasa. Bahan dalam blog ini boleh dimanfaatkan asal sahaja dinyatakan sebagai sumber rujukan atau petikan. Bagaimanapun Kembara Bahasa tidak bertanggungjawab atas apa-apa jua implikasi undang-undang dan yang lain daripada penggunaan bahan dalam blog ini.



~Kembara Bahasa~

Pendukung Melayu Mahawangsa berteraskan risalah Ilahi




Monday, December 19, 2011

Memupuk persaudaraan sejati


"Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara" - mafhum sebahagian ayat 10, surah al-Hujurat.

Apabila perpecahan, persengketaan, adu domba dan fitnah-memfitnah kian leluasa berlaku dalam kalangan umat Islam, itu tandanya "beragama Islam" sahaja belum cukup untuk perpaduan umat, kerana yang ditegaskan oleh Allah dalam ayat itu ialah "orang yang beriman".

Di negara kita, dalam kalangan penduduknya yang kira-kira 60% (atau mungkin lebih) merupakan orang Islam, kian menjadi-jadi perbuatan mengadu domba, saling memfitnah, khianat, jatuh-menjatuhkan dan pelbagai perbuatan keji lain yang ditegah oleh agama Islam. Perbuatan-perbuatan keji itu berlaku dalam pelbagai bidang kehidupan, baik dalam bidang kerjaya, kekeluargaan, persatuan, jabatan, institusi dan yang paling ketara serta menjadi-jadi dalam bidang politik.

Mudah-mudahan kita berusaha meningkatkan iman untuk memupuk persaudaraan sejati, bukan sekadar laungan di bibir semata-mata. Asas persaudaraan dan perpaduan umat Islam tidaklah lain daripada "tali (agama)Allah". Dalam surah ali Imran, ayat 103, Allah mememerintahkan "Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai...."

~Kembara Bahasa~
20 Disember 2011/24 Muharam 1433

2 comments:

  1. Salam, Prof,
    Sangat benar, Prof dan hal ini sangat menakutkan walhal bangsa lain terus memperkejap kesatuan mereka.

    Lihatlah perihal Interlok yang akhirnya gugur itu, bagaimana bersatunya mereka menolaknya sedang kita?

    ReplyDelete
  2. Salam, Sdr. Zul,

    Biarlah saya sadur ungkapan Abdullah Munsyi perihal orang Melayu pada tahun 1882 lewat adikaryanya "Hikayat Abdullah" tentang sikap terhadap bahasanya sendiri yang tampaknya turut mengenai sikap terhadap hal yang lain juga. Kata Abdullah, "Adalah hairan lagi tercengang aku melihat orang Melayu itu tinggal dalam bodohnya [tidak mengenal besarnya makna perpaduan dan persaudaraan yang bersendikan akidah, sehingga sanggup mereka berbuat onar saling menjatuhkan, saling mengkhianati, saling berbunuhan walhal segalanya itu terlarang oleh agama yang disyariatkan oleh Allah yang esa].

    ReplyDelete