Selamat berkunjung ke blog Kembara Bahasa. Bahan dalam blog ini boleh dimanfaatkan asal sahaja dinyatakan sebagai sumber rujukan atau petikan. Bagaimanapun Kembara Bahasa tidak bertanggungjawab atas apa-apa jua implikasi undang-undang dan yang lain daripada penggunaan bahan dalam blog ini.
~Kembara Bahasa~
Pendukung Melayu Mahawangsa berteraskan risalah Ilahi
Wednesday, April 18, 2012
Perkara 152 Perlembagaan terus dihina
Bersarang dalam benak hamba rasa kecewa berbaur amarah mengapa masih lagi mesyuarat dalam sektor awam berlangsung dalam bahasa asing walhal Perkara 152 Perlembagaan menetapkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan untuk semua urusan rasmi di peringkst kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa awam.
Adakah puncanya penjawat berkenaan tidak pernah tahu atau mengambil tahu akan adanya ketetapan itu? Apatah ertinya "keluhuran Perlembagaan" sebagai salah satu prinsip Rukun Negara apabila ketetapan penting dalam Perlembagaan diremehkan?
~Kembara Bahasa~
19 April 2012/27 Jamadilawal 1433
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
lnilah padahnya...ketika BM berada pada zaman semarak dan puncaknya sekitar 1980-an dan awal 1990-an;ada 'pemimpin kita' yang 'rendah jiwa tidak bertempat' dan berhati kecil berjiwa bacul yang meruntuhkan tanpa disedari martabat BM itu. Adat orang Melayu; peringatkanlah dari semasa ke semasa bahkan jika boleh setiap saat dengan terus menghantar nota peringatan bertulis kepada ketua-ketua jabatan di semua sektor kerajaan. Usah mengalah,jauhilah putus-asa.
ReplyDelete