Selasa Oktober 16, 2012
DBP Kenal Pasti Bidang Kerja Sama Dengan Universiti Frakfurt Perkaya Bahasa Melayu
BESUT: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengenal pasti beberapa bidang kerjasama dengan Jabatan Pengajian Asia Tenggara, Universiti Frankfurt, Jerman dalam usaha merancang program untuk memperkaya sumber ilmu bahasa Melayu daripada sumber lain selain Bahasa Inggeris.
Ketua Pengarahnya Dr Awang Sariyan berkata ia adalah hasil satu mesyuarat bersama pimpinan kanan universiti berkenaan semalam yang meliputi agenda mengisi program Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MSBM) dalam pelbagai bidang.
"Bidang dikenal pasti termasuk penyelidikan, perkamusan, pengajaran danpenerbitan termasuk perancangan pemindahan ilmu dalam bidang-bidang penting yangmewakili kekuatan kebudayaan Jerman ke dalam bahasa Melayu," katanya dalam satukenyataan yang dipetik dalam laman sosial Facebook yang dikirimkan kepadaBernama di sini pada Selasa.
Turut serta dalam mesyuarat itu ialah Profesor kanan Jabatan Pengajian AsiaTenggara yang juga pakar bahasa Austronesia, Profesor Bern Notofer, ProfesorArndt Graf, Prof Ulrich Kartz Ibu Hedy Holzwarth dan Dr Sandra di pihak Universiti Frankfurt dengan DBP pula diwakili beliau dan beberapa orang pegawai.
Menurutnya DBP dengan kerjasama Institut Terjemahan dan Buku Malaysia(ITBM) akan memperinci bidang dan judul karya besar daripada pelbagai bahasa utama dunia ke dalam bahasa Melayu sebagai agenda besar negara untuk mengisi taraf negara maju pada tahun 2020.
"Kita berharap semoga taraf negara maju tidak hanya berdasarkan kemajuan prasarana dan pembangunan fizikal semata-mata malah berdasarkan kekuatan ilmu pada masa depan," katanya.
Beliau menganggap perkara tersebut sebagai satu kejayaan bersejarah bagi DBP dalam usaha mempelbagai dan menambah koleksi penerbitan buku-buku ilmu Bahasa Melayu untuk kegunaan rakyat di negara ini. BERNAMA
No comments:
Post a Comment