Selamat berkunjung ke blog Kembara Bahasa. Bahan dalam blog ini boleh dimanfaatkan asal sahaja dinyatakan sebagai sumber rujukan atau petikan. Bagaimanapun Kembara Bahasa tidak bertanggungjawab atas apa-apa jua implikasi undang-undang dan yang lain daripada penggunaan bahan dalam blog ini.



~Kembara Bahasa~

Pendukung Melayu Mahawangsa berteraskan risalah Ilahi




Wednesday, October 31, 2012

Perihal Ungkapan "Mengaku Tidak Bersalah" dalam Bahasa Undang-undang


Pertanyaan:

Adakah ayat pembaca berita TV3, "Pemandu lori itu mengaku tidak bersalah di mahkamah" betul semantiknya. Pada kebiasaan, perkataan "mengaku" membawa maksud jika seseorang mengaku, bermakna dia bersalah.

- Aina

Penjelasan:

Demikianlah sisi semantik dalam laras bahasa undang-undang, kerana dalam proses penghakiman, pertama sekali orang yang dituduh, sesudah pertuduhan dibacakan kepadanya, diminta membuat pengakuan bersalah atau tidak bersalah. Proses penghakiman seterusnya bergantung pada bentuk pengakuan, sama ada "mengaku bersalah" atau "mengaku tidak bersalah" (yang dalam bahasa biasa dinyatakan sebagai "tidak mengaku bersalah").


Kembara Bahasa
1 November 2012

2 comments:

  1. Assalamualaikum

    1. Adakah perkataan 'pohon' bermaksud pokok sahaja atau membawa maksud memohon atau meminta. Betul tak ayat 'Kemaafan saya pohon daripada beliau.'

    2. Dalam penulisan surat rasmi perkataan 'jemput' dalam ayat 'Kami berbesar hati untuk menjemput tuan ke majlis...'.Adakah perkataan menjemput itu perlu ditukarkan kepada mengundang?

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam

    1. Kata "pohon" ada dua makna, iaitu 'pokok' dan juga 'pinta/minta'. Sila baca buku saya "Tuntunan Bahasa" yang membincangkan perihal penggunaan kata.

    2. Elok digunakan kata "mengundang" kerana "menjemput" makna adalnya ialah 'mengambil', walaupun dalam penggunaan masyarakst umum kedua-duanya dianggap sama. Di Indonesia, perbedaan makna kedua-dua patah kata itu masih tegas dijaga.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete