Selamat berkunjung ke blog Kembara Bahasa. Bahan dalam blog ini boleh dimanfaatkan asal sahaja dinyatakan sebagai sumber rujukan atau petikan. Bagaimanapun Kembara Bahasa tidak bertanggungjawab atas apa-apa jua implikasi undang-undang dan yang lain daripada penggunaan bahan dalam blog ini.



~Kembara Bahasa~

Pendukung Melayu Mahawangsa berteraskan risalah Ilahi




Saturday, August 28, 2010

Kenangan kepada Ibu pada Ramadan Syahdu




Syahdu
bertemu denganmu, ibu

Sendu
kulihat wajahmu sayu

Siapatah yang dapat membaca hatimu
Meskipun terukir senyum di bibir

Siapatah yang dapat merasakan gejolak rasamu
Kendatipun sinar wajahmu terpancar

Siapatah yang dapat menduga resah rindumu
Sekalipun salam dan pesan bergilir datang

Sepimu, sunyimu, rindumu, sayumu, sendumu
Bertakung di kolam dadaku
Dekat dan akrab hatiku denganmu
Meskipun jasad jauh berantara
Kepada-Nya kuhadirkan munajat
Di tangan-Mu ibuku kupohon terikat
Ke hadrat-Mu hatinya kupohon tertambat

Sesudah Subuh, 19 Ramadan 1431/29 Ogos 2010

2 comments:

  1. Ibu cinta yang sejati
    Tiada bandingan nya
    Kata orang boleh beli dan dapat apa je dalam dunia kecuali ibu
    Semuga anak anak insaf status ibu
    jgn jadi SiTenggang moderen

    ReplyDelete
  2. ...ceretira yang dilakar manusia banyak sifat dan bahagian, terselit kelemahan diantara baris-baris, akan hakikat pengertian sebuah makna kasih sayang....

    ReplyDelete