Selamat berkunjung ke blog Kembara Bahasa. Bahan dalam blog ini boleh dimanfaatkan asal sahaja dinyatakan sebagai sumber rujukan atau petikan. Bagaimanapun Kembara Bahasa tidak bertanggungjawab atas apa-apa jua implikasi undang-undang dan yang lain daripada penggunaan bahan dalam blog ini.



~Kembara Bahasa~

Pendukung Melayu Mahawangsa berteraskan risalah Ilahi




Thursday, August 25, 2011

Puisi: Debar Gentar


Debar Gentar

Dengan dada penuh debar
dengan rasa penuh gentar
aku tetap sedar
bahawa ia akan beredar

Dengan dada penuh debar
dengan rasa penuh gentar
aku tetap sedar
bahawa belum mampu kupenuhi ikrar

Sepurnama bersama
bersemilah cinta sukma
tenggelam dalam dakapan rasa
kuperoleh makna bahagia

Andai kata ini pertemuan terakhir
andai kata belum sempurna cita yang terukir
Kuserahkan kepada takdir
Semoga tiada yang termungkir

Dengan dada penuh debar
Dengan rasa penuh gentar
Tetap daku bermunajat penuh sabar
akan pertemuan semula yang membawa sinar
di bawah naungan rahmah dan maghfirah-Mu

~Kembara Bahasa~
26 Ramadhan 1432/26 Ogos 2011

6 comments:

  1. terima kasih atas ingatan, Prof ...

    ReplyDelete
  2. Anakanda AA,

    Sungguhlah tiada sempurna pengisian erti cinta kita kepada-Nya oleh sifat alpa dan lalai kita sebagai hamba. Mudah-mudahan sedikit yang kita upayakan diterima-Nya.

    ReplyDelete
  3. Benar,"bahawa belum mampu kupenuhi ikrar".

    Kerana, mungkin banyak yang kita tangguhkan.

    ReplyDelete
  4. SALAM, PROF;
    RAMADHAN INI SANGAT BESAR MAKNANYA KEPADA SAYA KERANA SAYA BERIKRAR UNTUK MENJADIKANNYA YANG TERBAIK SEJAK TAMATNYA RAMADHAN 1431 LAGI. ALHAMDULILLAH, IKRAR ITU DAPAT SAYA PEGANG, WALAUPUN ADA YANG KETIRISAN. SEMOGA ALLAH TETAP MENERIMA AMAL SAYA, AMAL KITA. AMIN.

    SELAMAT BERLEBARAN DAN SALAM INGATAN YANG KEKAL DAN BERKEKALAN. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

    ReplyDelete
  5. Salam Sdr.Ujang Kutik dan Sdr. Zul,

    Alhamdulillah, dalam debar dan gentar kita masih tetap berharap; mudah-mudahan rahmah dan maghfirah Allah menaungi kehidupan kita. Amin.

    ReplyDelete
  6. GURINDAM DEBAR GENTAR
    Dada berdebar rasa gentar,
    Engkau beredar kurasa sebentar.

    Dada berdebar tanpa kusedar,
    Amalan kuhantar belumpun segar.

    Rasa gentar di dada menular,
    Nafsu menjalar kupasung ikrar.

    Dada berdebar ibadah kukejar,
    Belum terhampar masih tercalar.

    Rasa gentar engkau belayar,
    Khuatir gebar berganti nyawa terkapar.

    Dada berdebar belum kusambar,
    Ganjaran ditawar kumasih lapar.

    Rasa gentar di dalam sedar,
    Hendak dihindar kuasa Maha Besar.

    Dada berdebar sepurnama berlingkar,
    Pahala terkapar tidak tergambar.

    Rasa gentar bermunajat sabar,
    Iman berakar hendak dikejar.

    Dada berdebar seperti dikelar,
    Madrasah kamar hendak beredar.

    Rasa gentar seperti dicabar,
    Ibadah bersinar terus berpusar.

    Dada berdebar kuterus selongkar,
    Menyalin tikar kutuju mimbar.

    Rasa gentar moga bertemu sinar,
    Di lain sangkar menjelma segar.

    Dada berdebar hati terpanar,
    Nikmat-Mu terpancar dikejar lasykar.

    Rasa gentar gelisah melewar,
    Bahagia berlingkar hendak belayar.

    Dada berdebar dituntut sabar,
    Ibadah menjalar bersepah sinar.

    Wallahu’alam. Salam Lebaran.

    Ilham rasa,
    ~PAUZI MOHD ISA~
    SMJK Choong Hua,35500 Bidor,Perak DR.
    26.8.2011,Jumaat.Jam 6.15 petang.

    ReplyDelete