Selamat berkunjung ke blog Kembara Bahasa. Bahan dalam blog ini boleh dimanfaatkan asal sahaja dinyatakan sebagai sumber rujukan atau petikan. Bagaimanapun Kembara Bahasa tidak bertanggungjawab atas apa-apa jua implikasi undang-undang dan yang lain daripada penggunaan bahan dalam blog ini.
~Kembara Bahasa~
Pendukung Melayu Mahawangsa berteraskan risalah Ilahi
Monday, August 8, 2011
Puisi: Infak
Infak
Usah dikau mengira
zakat dan sedekahmu mengurangi pusaka
Usah dikau mengira
milik yang kauagihkan menyusutkan harta
Usah dikau mengira
nikmat kurnia-Nya hak mutlakmu belaka
Kita hanya pengurus rezeki-Nya
Berbahagi nikmat sama-sama merasa
Sebiji benih yang dikau infakkan
Tujuh tangkai akan dikeluarkan
Seratus biji buah di setiap tangkai bergugusan
Demikian tamsil Allah berfirman
~Kembara Bahasa~
9 Ogos 2011/9 Ramadhan 1432
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
GURINDAM INFAK
ReplyDeleteHarta milikmu janganlah mengira,
Berinfak sedekah demi agama.
Janganlah mengira harta dunia,
Berinfaklah zakat merendang pahala.
Janganlah mengira jutaan harta,
Di alam akhirat tidak berguna.
Janganlah mengira kekayaan di riba,
Berinfaklah kepada golongan menderita.
Janganlah mengira tanah pusaka,
Berwakaflah demi manfaaf agama.
Janganlah mengira kekayaan semasa,
Nikmat dunia bersifat sementara.
Janganlah mengira kesenangan dunia,
Kumpulkan bekalan di akhirat sama.
Janganlah mengira harta milikmu semua,
Berinfaklah sedekah berzakatlah harta.
Janganlah mengkira nikmat dunia,
Nikmat akhirat aura dijaga.
Janganlah mengira duit di meja,
Jihad fi sabilillah dimanfaat harta.
Kebun di gunung dikias harta,
Disirami hujan buah berganda.
Limpahan harta tidak berguna,
Kalau tidak dikongsi bersama.
Berinfaklah kita di alam fana,
Sebiji benih bercambah melata.
Infak kita nanti dikira,
Di alam akhirat seperti tiara.
Ilham rasa,
PAUZI MOHD ISA,
SMJK Choong Hua, 35500 Bidor,Perak DR.
9.8.2011, Selasa. Jam 3.00 petang.