Selamat berkunjung ke blog Kembara Bahasa. Bahan dalam blog ini boleh dimanfaatkan asal sahaja dinyatakan sebagai sumber rujukan atau petikan. Bagaimanapun Kembara Bahasa tidak bertanggungjawab atas apa-apa jua implikasi undang-undang dan yang lain daripada penggunaan bahan dalam blog ini.



~Kembara Bahasa~

Pendukung Melayu Mahawangsa berteraskan risalah Ilahi




Tuesday, May 15, 2012

Usrah Nadwah Ilmuwan Siri 3 di Kompleks Darul Hikmah

Alhamdulillah, sesudah penyempurnaan majlis penyampaian hadiah adaptasi novel kepada skrip filem dan drama pentas sebelah pagi dan ziarah Bahasa kepada Dato' Rais Yatim Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan kemudian Ziarah Bahasa kepada TS Gauth Hasmon hingga menjelang Maghrib, kembara bahasa hamba dilanjutkan ke Usrah Nadwah Ilmuwan Siri 3 anjuran WADAH dengan wacana hamba bertajuk "Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Penakatan Tamadun Negara".

Wacana sesudah Isyak di Kompleks Darul Hikmah, Kajang itu berlangsung hingga menjelang tengah malam dengan tanggapan dan pandangan kira-kira 40 orang sarjana, pemikir, ulama dan pemimpin persatuan terhadap kertas kerja itu, dengan rumusan perlunya gerakan bersama semua badan dan individu dalam mengisi perjuangan bahasa dan persuratan Melayu sebagai agenda rakyat dan negara.

Antara yang hadir termasuklah Dato' Dr. Sidiq Fadhil Presiden WADAH, Prof Wan Ramli Wan Daud Presiden ASASI, prof Dato' Redhuan Othman Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM, Dr. Abd. Halim Muhammdi, Prof. Shaharir Md. Zain, Presiden dan Setiausaha Agung ABIM, pemimpin PKPIM, Dr. Abd. Rahman Kurais, Prof. Madya Dr. Shaharudin Baharuddin dari UiTM, Dr. Abu Bakar Sarpon Timbalan Presiden Institut Integriti Nalaysia dan tenaga akademik serta profesional lain. Dr Abd Razak Idris dari Fakulti Pengajian Islam UKM menjadi pengerusi wacana.

Kembara Bahasa
16 Mei 2012, 12.40 pagi

No comments:

Post a Comment